Mengagumkan !! Sukar Dipercayai ! Lelaki Ini Cipta Sesuatu Yang Sungguh Hebat Dengan Hanya Menggunakan Selipar Getah Terpakai

Seorang lelaki dari Filipina ini mempunyai semangat dan bakat yang sangat istimewa. Peralatan yang digunakan olehnya agak mudah dan ringkas, dengan menggunakan pisau, gunting dan potongan-potongan selipar getah terpakai yang berwarna-warni.

Kita seperti tidak boleh menyangka bagaimana dia berjaya membuat patung-patung itu kelihatan sangat menarik dan kelihatan hampir seakan hidup dengan hanya menggunakan bahan dan alatan yang ringkas ini. Bakatnya yang sungguh luar biasa dan hebat ini sungguh mengaggumkan.

Kreativitinya dalam membuat patung dari sumber  barang terpakai yang ringkas ini layak untuk menerima jutaan pujian dan disebabkan itu dia sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kita semua sudah tahu bahawa selipar getah atau selipar flip flop kebanyakannya bertujuan untuk dipakai pada musim panas dan selepas itu kebanyakannya dibuang sehingga boleh mencemarkan alam sekitar.

Lelaki ini mengguna selipar getah untuk membuat patung-patung yang hasilnya sangat mengujakan ini merupakan satu tindakan yang sangat bagus dan telah mendapat perhatian di internet.

Elmer Padilla namanya, dia mempunyai 2 orang anak perempuan dan dia menampung keluarganya dengan bekerja sebagai buruh binaan, tetapi dia juga telah membuka sebuah kedai dengan hasil karya seninya ini. Hasil kerjanya menjadi viral apabila salah seorang kawannya berkongsi gambar-gambar di bawah ini di Facebook.

Jom kita lihat hasil buatan tangannya ini yang sangat kreatif dan mengaggumkan ini.

Sumber : Era Baru

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *