Siapa Kata Wanita Bertudung Tak Boleh Ber-Cosplay? Lihat Gadis Ini!

Siapa yang minat anime atau animasi Jepun pasti sudah biasa dengan aktiviti peraga ‘Cosplay’ yang biasanya memakan perbelanjaan tinggi untuk menyediakan kostum dan mekapnya.

Apapun, jarang kita lihat wanita bertudung menggayakan watak anime dalam cosplay. Yalah, dah namapun bertudung, takkan nak pakai rambut palsu blonde pula untuk menggayakan watak Naruto? Eh, susahlah nak peraga cosplay kalau bertudung ni!


Nanti dulu, siapa cakap susah? Wanita ini membuktikan tudung bukan penghalang bagi seorang wanita muslimah untuk menggayakan kostum anime.

Seorang gadis berusia 21 tahun berasal dari Perlis ini menggunakan nama Miisa MHC di akaun Instagramnya (IG) memaparkan minat mendalam terhadap Cosplay.

Menerusi perkongsian gambar keratan akhbar, dipercayai nama sebenar Miisa ini ialah Amalina Hamzah.

Tengoklah sendiri IG-nya, boleh dikatakan menjadi jugalah watak-watak cosplaynya. Malah, dia menjadikan identitinya sebagai muslimah bertudung ciri unik cosplaynya. Tak perlu risau nak warnakan rambut atau memakai rambut palsu. Bagus, kan?

Foto: IG Miisa

Tapi seperti biasalah. Dalam pada orang memuji, pasti terselit kritikan negatif.

Comel dan kreatif, kan? Kalau tak puas dengan gambar ini semua, anda boleh singgah ke laman IG atau Facebooknya untuk melihat lebih banyak lagi kostum anime yang diperagakannya.

 

Sumber : cari