Akhirnya, Fazley Yaakob Dapat Juga Timang Baby Girl!

Tahniah! Termakbul juga hasrat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, untuk memiliki anak perempuan.

Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Fazley, 39, berkongsi berita gembira itu selepas isterinya, Azrene Ahmad, selamat melahirkan anak keempat mereka.

“Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan. Saya sangat gembira kerana sudah lama kami menantikan cahaya mata perempuan.

“Bagaimanapun, maafkan saya kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai anak kami ini. Apapun, saya tetap akan berkongsi maklumat apabila sudah tiba masanya nanti,” katanya kepada Bh Online.

Terdahulu, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.

Foto: IG Fazley

Mesti seronok kan, setelah sekian lama menunggu kehadiran seorang puteri dalam keluarga? Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fazley sekeluarga.

Oleh : Maly Rosli