Elfira Loy Cipta KELAINAN Majlis Pertunangan Dengan Memilih Tema BATIK Yang Kini Trending. So SWEET!

Tahniah admin ucapkan buat pelakon, pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira sekitar jam 3 petang tadi.

Sama cantik sama padan.
Dalam majlis itu kedua-dua pihak berbalas dulang 5 daripada pihak perempuan dan 7 daripada pihak lelaki. Kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis berjalan dengan baik dan lancar.


Pasangan yang sama cantik sama padan ini memilih tema batik di majlis ini. Kelihatan Elfira sangat cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain.

Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan tengah trending dan digunakan oleh pasangan ini untuk merealisasikannya di majlis pertunangan mereka. Pereka Duo Rizman Ruzaini mencipta busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Cukup manis dan cantik sekali penampilan Elfira menggayakan kebaya peplum ini yang dipasangkan dengan kain batik.

Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik. Kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan solekan Najeeb Azami.

E l f i r a b e r t u n a n g ..today by me 😘

A post shared by Najeeb Azami (@najeebazami) on

Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Pasangannya pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga dengan padanan sampin.

Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan tahun depan. Tahniah admin ucapkan.

By Siti Zurina