Cucur Manis ‘Viral’ Ini Boleh Dibuat Guna 4 Bahan Saja. Versi Cheese Pun Ada!

Nak makan sebagai kuih manis pun boleh, nak cicah dengan sambal pun boleh.

Kalau dulu Kek Milo digilai ramai kerana resipi 2-bahannya yang mudah, kini tampil pula satu lagi resipi yang semakin viral iaitu Cucur Manis


Image viaInstagram @edafata
Ada juga yang panggil kuih ini Cucur Kembung kerana rasanya yang lembut dan fluffy apabila digoreng.
Yang istimewanya, cucur ini boleh dimakan sebagai kuih manis ataupun dicicah dengan sambal. Dua-dua cara pun sedap!


Walaupun dipanggil Cucur Manis, kuih ini memang sedap dimakan bersama sambal.
Image viaInstagram @leezaramzi

Kalau teringin nak makan sebagai kuih manis, anda boleh juga tabur gula ke atas Cucur Manis ni.
Image viaInstagram @nurulyusoff89


Nak lagi special? Hidangkan dengan Nutella!
Image viaInstagram @by_annalova
Cara penyediaannya pun teramat senang! Ini resipinya:


Image viaInstagram @fatihah_nurraysabeauty
Bahan-bahan:
– 2 cawan tepung gandum
– 2 cawan air mendidih
– 3 sudu besar gula
– Secubit garam

Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
5. Siap untuk dihidang!
Ada juga versi yang menggantikan gula dengan susu pekat:


Image viaInstagram @zubaidahintan
Bahan-bahan:
– 2 cawan tepung gandum
– 2 cawan air mendidih
– 1/2 cawan susu pekat
– Secubit garam

Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama susu pekat dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Instagram @zubaidahintan
Nak letak cheese pun boleh!


Image viaDonut Pandan
Bahan-bahan:
– 2 cawan tepung gandum
– 2 cawan air mendidih
– 3 sudu besar gula
– Secubit garam
– Keju dipotong kiub (boleh cuba guna Mozzarella)

Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
2. Masukkan air panas dan gaul hingga sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Masukkan kiub keju ke dalam doh.
5. Goreng hingga keemasan.
6. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi: Fieza Sofia / Masak Apa Hari Ni

Kalau nak lagi awesome, jadikan cheese sebagai topping sekali 😉


Image viaInstagram @qila_qilah
Versi ini ditabur dengan cheese dan ditambah pula dengan susu pekat!

 

BY JULIE MOKHTAR

 

Sumber :http://says.com/my/seismik/resipi-cucur-manis-viral