Resipi Mi Wantan Homemade Terbaik Ada Di Sini, Rugi Besar Tak Cuba

Bosan dan dah tak tahu nak makan apa? Jom cuba resipi Mi Wantan. Senang sahaja, buat sendiri di rumah.

WANTAN
Kulit wantan

-125g tepung gandum
-40g tepung ubi
-sedikit garam
-3/4 sb minyak masak
-100ml air panas mendidih

Satukan kesemua bahan kering,masukkan minyak dan air panas, uli sampai doh tidak melekat. Ketepikan tutup dengan tuala basah.

Inti wantan
-1 keping dada ayam dicincang
-sedikit carrot diparut
-daun sup & daun bawang
-crunchy garlic dihancurkan
-garam sedikit
-1sk tepung jagung

Gaul rata kesemua bahan.

Cara buat WANTAN
-canai doh nipis-nipis, tekapkan bulat-bulat atau nak potong 4 segi pun boleh, tabur dengan tepung supaya tak melekat.
-isikan inti wantan ke dalam kulit wantan,sapukan air keliling kulit wantan.
-lekatkan macam bentuk karipap,lepas tu temukan hujung kulit wantan kiri & kanan ke tengah.
-siap boleh goreng atau masukkan dalam sup nanti.

Foto: Facebook

SUP JERNIH WANTAN
-1/2 ekor ayam potong 2
-2inci halia hiris
-batang daun bawang
-minyak bawang putih
-fishball
-garam secukupnya
-daun sup dan daun bawang

Buat stok ayam dulu,rebus ayam bersama dgn halia,api perlahan. Dalam setengah jam reneh,Kemudian angkat ayam ketepikan.
Masukkan fishball,batang daun bawang,garam.
Biarkan mengelegak masukkan wantan & minyak bawang putih, tutup api, taburkan daun sup dan daun bawang.

AYAM BAKAR SIMPLE

-ayam yang direbus tadi
-1inci halia diparut
-1sb minyak bawang putih
-kicap manis,kicap masin,kicap pekat & sos seafood adabi & garam secukupnya.

Gaul kesemuanya dan perap selama setengah jam ke sejam, kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit.

Foto: Facebook

MI KICAP
-1 keping mi bulat brand iman (beli dekat Azzain)
-4sb kicap pekat
-1sb minyak bawang putih
-2sb kicap manis
-1sb sos seafood adabi
-1sb kicap masin

Gaulkan kesemua kicap & sos seafood adabi, celur mi bulat kemudian tapis.
Gaulkan dengan campuran kicap tadi, siap.

Mi kicap makan dengan ayam bakar,cili potong,wantan goreng, sawi celur,minyak bwg putih dan sup wantan!

Selamat mencuba!

sumber:cari.com.my