KISAH NYATA Yang BENAR | YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN

Benarlah kata pepatah jangan sesekali menilai seseorang itu hanya dari luaran! Mungkin kita tengok seseorang tu teruk dari luaran namun dalam hatinya MASYAALLAH siapa sangka.

Kisah ini pernah dikongsikan menerusi laman Facebook menceritakan pengalaman seorang pemuda yang telah berkunjung ke sebuah surau bagi menunaikan solat namun telah berlaku sesuatu yang tidak dijangka semasa beliau dalam perjalanan menuju ke surau tersebut. Ianya akan mengingatkan kita untuk tidak prasangka buruk terhadap seseorang melalui penampilan!

Ikuti kisah selanjutnya:-

YA ALLAH, Kagumnya Abe Dengan BUDAK PUNK Ni | THIS IS KELANTAN.

Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah.

Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum solat Zohor lagi, al maklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.

Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni silap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.

Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.

Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelikat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate “Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2″. Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.

Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.

Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu “Adik orang mana? Asal kelate ke? “. Dorang jawab “Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?”

Abe jawab “takdop gapo2, Abe cuma banggo je. Tak sangko”.

Dorang senyum je dan jawab “THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate”

MASYAALLAH!! Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk Ini Sangat Menginsafkan – THIS IS KELANTAN

Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don’t Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka baik sebelum mengenali seseorang…

Alhamdulillah… Allahuakbar !! Berkat Negeri Ditadbir Ulamak… Damailah Dikau Disana Wahai Guruku… IlmuMu Akan Terus Hidup Dibumi Allah Ini… Al-Fatihah….

10 Koleksi Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah…”

“Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangan dengan lebih meluas..”

“Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil…”

“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen…”

” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau…Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa…tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek…kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka”….

Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam, kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat…saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya, pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda, saya hanya mahu datang dan dengar…

“..Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup…”

“Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya…”

“Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Baik manusia hebat mana pun, semuanya akan didedah rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat..”

“Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya telah ada harapan untuk menyaksikan kemarau berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru.

LIKE & SHARE buat Renungan Semua…

*gambar sekadar hiasan

sumber :google

Sumber :mediapenmerah.com | kmwicbmwid.blogspot.my