“Saya Tak Pandai Akademik, Inilah Kerja Yang Mampu Dibuat Untuk Sara Keluarga”

JIHAD Fi Sabilillah (berjuang di jalan Allah) bukan hanya berperang membela Islam dan kaum Muslim. Bekerja mencari nafkah pun termasuk jihad di jalan Allah SWT.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullah berkata, “Sesungguhnya bisa jadi ada seorang yang senantiasa berjihad walaupun tidak pernah menyabetkan pedang -di medan perang- suatu hari pun.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim [6/264] cet. Dar Thaibah).

Ath-Thabarani meriwayatkan dari Abu Hurairah yang berkata, “Tatkala kami (para sahabat) duduk-duduk di sisi Rasulullah Saw, tiba-tiba ada seorang pemuda yang keluar dari jalan bukit. Ketika kami memperhatikannya, maka kami pun berkata, “Kalau saja pemuda ini menggunakan kekuatan dan masa mudanya untuk jihad di jalan Allah!”

Mendengar ucapan para sahabat itu, Rasulullah Saw bersabda:

وَمَا سَبِيلُ اللَّهِ إِلا مَنْ قُتِلَ ؟ مَنْ سَعَى عَلَى وَالِدَيْهِ فَفِي سَبِيلِ اللَّهِ، ومن سعى على عياله ففي سبيل الله، وَمَنْ سَعَى مكاثِرًا فَفِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ.

“Memangnya jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) saja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya, maka dia di jalan Allah, siapa yang berkerja menghidupi keluarganya maka dia di jalan Allah, tapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewahan (memperbanyak harta) maka dia di jalan thaghut.” (HR Thabrani, Al-Mu’jam Al-Ausath).

Kisah ini di ambil dari www.thevocket.com dan semoga kisah ini menjadi iktibar dan bermanfaat buat Tuan Puan.

Nama penuh pemuda berjiwa besar ini ialah Ahmad Faizal Murtadza, 25, sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri bernama Aisyah. Pekerjaan beliau adalah menyediakan perkhidmatan penghantar barang atau runner.

Apakah yang Tuan fikir sebelum memulakan perkhidmatan ini?

Tuan Ahmad Faizal (TAF): Saya terfikir melakukan pekerjaan ini adalah untuk memudahkan urusan semua org tanpa mengira agama bangsa dan negara. Kalau kita tolong orang inshaAllah Allah tolong kita juga dalam masa cari rezeki untuk anak isteri. Saya tak pandai dalam bidang akademik, jadi inilah kerja yang mampu dibuat untuk sara keluarga. Biar pun tak mewah tapi Alhamdulillah rezeki itu ada sahaja.

Bilakah Tuan memulakan perkhidmatan ini? Apakah kawasan yang dilitupi untuk perkhidmatan ini?

TAF: Saya mula perkhidmatan ini dari awal tahun ini. Kemudian ia jadi viral satu Malaysia, Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang viral kan terutama pihak The Vocket sendiri dan pihak media lain serta masyarakat. Sebenarnya, kawasan perkhidmatan saya meliputi Selangor/Kuala Lumpur tapi ada juga pelanggan yang minta pergi ke luar kawasan. Kalau ada masa dan urgent yang perlu saya tolong hantarkan, jadi saya pergi la selagi mana saya mampu.

Bagaimanakah sambutan orang ramai dengan perkhidmatan Tuan ini?

TAF: Sambutan Alhamdulillah memang menggalakkan sejak orang mula kenal perkhidmatan ini. Kita pula tak cukup tangan nak buat. Haha. Tapi ada je budak runner lain buat servis macam ni. Jadi, saya beri nombor telefon runner kepada client. Sikit sebanyak boleh la bantu mereka cari rezeki dan memudahkan urusan client juga.

Berapakah caj bagi perkhidmatan ini?

TAF: Caj perkhidmatan saya adalah seikhlas hati nak bagi pun. Tak kisah! Janji anda ikhlas. Itulah rate saya dari mula saya buat servis ini sampai sekarang. Alhamdulillah saya cukup makan anak isteri. Saya tak nak letakkan rate sebab takut nanti client kata mahal, duit itu jadi tak berkat pula. Biar customer rela hati nak bagi berapa pun. Kalau sikit saya dapat alhamdulillah. Kalau banyak saya dapat pun Alhamdulillah juga. Moga yang bagi lebih, rezekinya bertambah dan yang bagi sikit itu mungkin perlu guna duit untuk tujuan lain. Jadi, saya tak kisah.

Apakah cara penghantaran yang disediakan?

TAF: Cara hantar barang, pelanggan boleh WhatsApp atau telefon atau mesej saya dan beritahu maklumat. Kemudian saya akan pergi ambil barang dan hantar ke destinasi. Upah boleh beri di tangan atau bank in. Ia mengikut keselesaan pelanggan.

Apakah barang yang boleh dihantar?

TAF: Apa-apa barang pun boleh dihantar. Tapi sekarang kalau boleh tak digalakkan hantar makanan sebab saya banyak destinasi nak pergi. Takut makanan itu sejuk, rosak dan sebagainya. Risau tak dapat tepati masa pula. Client dah lapar, kita lambat. Takut juga tu. Haha.

Baca: Seorang Wanita Membuktikan Kita Boleh Mula Bisnes Tanpa Modal

Berapa lamakah tempoh penghantaran yang diambil?

TAF: Tempoh hantar barang berdasarkan jarak tempat juga. Kalau dekat, cepat sampai. Kalau jauh, faham-faham lah ambil masa sedikit. Harap client faham lah ya. Saya bukan naik superbike pun. Hehe.

Apakah harapan Tuan untuk perkhidmatan sebegini?

TAF: Semoga saya dapat teruskan perkhidmatan ini dan menolong orang terutama mereka yang sakit dan kurang upaya. Ini sahajalah cara saya nak berbakti untuk masyarakat dan dalam masa yang sama mencari rezeki. Dan harapan saya kepada mereka terutama remaja yang merempit itu, ambillah peluang ini untuk kita bina satu budaya tolong-menolong sambil mencari rezeki. Semua boleh buat, tanpa SPM pun boleh. Yang paling penting kena ada usaha dan rajin untuk berjaya.

Apakah nasihat Tuan untuk mereka yang mahu menjalankan perkhidmatan runner ini?

Kepada mereka yang mahu buat perkhidmatan runner ini, kalau boleh jaga nama baik anda. Tolong jujur dan amanah. Tak pandai tak apa, jangan malu bertanya. Kita buat bersungguh-sungguh. InshaAllah kita berjaya. Bukan senang kita nak dapat kepercayaan pelanggan tanpa ada syarikat. Teruskan usaha.

Lelaki Ini juga pernah Memandu Sejauh 180 Kilometer Untuk Menyelamatkan Nyawa Orang Yang Tidak Dikenalinya

Seorang wanita telah menghubungi Tuan Ahmad Faizal pada waktu tengah malam bagi meminta pertolongan menghantar ubat buat kakak yang memerlukannya dalam kadar segera. Sebenarnya Tuan Ahmad Faizal yang berusia 25 tahun ini menjalankan perkhidmatan runner untuk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja tetapi demi rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa seseorang, beliau telah memandu sejauh 180 kilometer dari Shah Alam, Selangor hingga ke Merlimau, Melaka.

Inilah kisah perjalanan beliau membantu menghantar ubat kepada sebuah keluarga di Merlimau, Melaka.

Inilah job urgent saya dapat tengah malam tadi. Nak tolak serba salah. Saya kena tolong orang yang susah.

Macam biasa nak hantar barang mesti la kena collect dulu. Inilah akak yang suruh saya hantar ubat tu untuk kakaknya. Amat-amat penting ubat kena sampai sebelum tengah hari.

Kita isi minyak full dulu sebelum meneruskan perjalanan. Hehe.

Alhamdulillah sampai Seremban dah, macam biasa la. Air Moutain Dew pilihan saya ketika buat kerja ke sana kemari. Haha.

“Assalamualaikum pakcik saya dah sampai Merlimau, pakcik ada kat mana?” kata Faizal melalui perbualan telefon bimbit dengan client.

Pakcik decide ajak lepak minum kat sini.

Inilah dokumen peribadi anak pakcik yang sakit dan ubatnya yang digunakan setiap hari. Sebab tu saya sanggup hantar.

Inilah bapa kakak yang suruh saya hantar ubat tu. Yang tengah tu kakaknya yang sakit. Hujung tu maknya. Hehe, sembang lama macam-macam pakcik kongsikan pengalaman hidup pakcik dalam membesarkan anak dan keluarga.

Terima kasih pakcik belanja saya minum tadi. saya minta maaf lambat sikit sampai. pakcik memang seorang ayah yang sangat tabah. Hampir menitis air mata saya bila pakcik cerita kisah hidup pakcik. Syukur sangat Allah ketemukan kita untuk bagi saya motivasi dalam kehidupan. Inilah kenangan manis saya walaupun saya hanya menghantar ubat untuk anak pakcik yang sedang sakit. Moga Allah murahkan rezeki pakcik sekeluarga dan diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan, amin. Alhamdulillah job settle jom balik Shah Alam.

“Majulah Runner Untuk Negara”

sumber : www.thevocket.com