Bertemu IMAMNYA Di Mekah, Ini Rahsia Rumah Tangga IRMA HASMIE & Suami Kekal Bahagia Hingga Ke JANNAH

Urusan jodoh, ajal dan maut itu terletak di tangan Allah. Ada yang bercinta bertahun-tahun dan kemudiannya putus di tengah jalan tanpa sempat disatukan dalam ikatan halal. Bagi pelakon dan pengacara, Irma Hasmie ini pula kisah cintanya sebelum bertemu jodoh dengan suami cukup sweet. Dia yang pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini akhirnya tidak menyangka bertemu jodoh dengan suaminya kini di tanah suci Mekah. Kini, beliau cukup bahagia setelah empat tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

TIADA yang lebih indah apabila setiap doa dan harapan yang diungkapkan ketika berada di Tanah Suci Mekah dimakbulkan Yang Maha Esa.

Itu yang turut dirasai pelakon Irma Hasmie, apabila segala doa dan harapan terutama yang diminta ketika di hadapan Kaabah menjadi kenyataan.

Mensyukuri nikmat terindah itu, kata Irma, dia tidak pernah menyangka bakal bertemu jodohnya di kota suci itu.

Namun siapa yang mampu menelah dan mengetahui rahsia dan rancangan Tuhan buat hamba-Nya.

Last… #eidmubarak1438h #raya2017 #irmahasmie

A post shared by IRMA Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Apa yang dapat diperhatikan, kehidupan keluarga Irma kini lebih kepada berlandaskan cara Islamik dan ternyata calon pilihannya itu adalah IMAM terbaik buat dirinya. Jika dilihat di laman sosial instagramya, Irma juga turut menekankan ilmu agama kepada dua orang anak-anaknya yang masih kecil. Menurut Irma juga anak-anak itu adalah anugerah paling besar dari Allah untuk kita ibu dan ayah. Dia juga turut memberi perkongsian 7 rahsia mendidik anak dari Ustaz Farid dalam perkongsian di laman Instagramnya.

Malah Irma juga turut memuat turun beberapa hadis dan salah satu adalah panduannya sebelum melakukan sesuatu kerja. Irma juga banyak memotivasikan dirinya dengan mengamalkan hadis Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupannya. Dia juga rajin berkongsi potongan ayat suci Al-Quran dengan maksud yang membawa kepada satu peringatan buat umat-Nya. Ini adalah satu satu caranya untuk berdakwah dengan followernya dan boleh dicontohi bersama.

www.irmahasmie.com.my #tudunghasmie #irmahasmie #alquran #goodwords

A post shared by IRMA Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Memang beruntung Irma dan pilihannya lima tahun lalu itu sangat tepat. Sebenarnya ada cerita di sebalik jodohnya ini dan segala-galanya sudah di takdirkan oleh TUHAN.

Menurut Irma, dia bertemu suaminya, Redza Syah kini ketika di tanah suci Mekah. Ketika itu dia mengerjakan umrah untuk kali yang ke tiga. Dan ditakdirkan Tuhan Irma telah di approach oleh emak suaminya, Datin Azizah Osman yang telah menegurnya di depan pintu Kaabah.

Ketika itu suaminya mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya. Ibunya bertanya kenapa Irma mengerjakan tawaf umrah seorang diri dan tidak takut dengan bahaya yang mungkin berlaku. Irma ketika itu menjawab dengan baik pertanyaan ibunya itu. Dan dalam kekalutan ketika itu, ibunya sempat menarik tangannya dan menjemput Irma untuk makan malan sekeluarga sempena sambutan hari jadi suaminya.

Sebaik selesai mengerjakan tawaf berkenaan, Irma terus bergegas pergi dan tanpa disangka, dia bertemu sekali lagi dengan keluarga mentuanya itu ketika mahu mengerjakan saei. Irma kemudiannya mengerjakan saei bersama-sama keluarga suaminya itu. Tetapi waktu itu Irma hanya berbual dengan ibu dan adik suaminya itu sehinggalah selesai mengerjakan saei bersama-sama.

Dan sekali lagi, ibunya mengajak Irma untuk makan malam bersama keluarga. Ajakan makan makan diterima dan pada malam itu barulah mereka sekeluarga bertanya mengenai keluarga Irma dan dia juga turut berkenalan antara satu sama lain.

Oleh sebab Irma balik dulu Malaysia, jadi sekali lagi ibunya menyampaikan hajat untuk bertemu Irma bagi menunaikan satu hasrat. Siapa sangka selepas seminggu, keluarga suaminya itu datang ke rumahnya untuk merisik dan kemudian diadakan majlis pertunangan dan akhirnya keduanya disatukan dalam satu majlis penuh meriah pada 2012.

Betapa indah sekali perjalanan cinta Irma Hsmie dan suaminya. Ternyata kota Mekah jadi saksi perkenalan mereka hinggalah disatukan dalam satu ikatan yang sah. Walaupun sudah mempunyai anak, hubungan Irma dan suami boleh dilabel β€˜loving couple’. Malah Irma turut mengakui keutamaan kini hanyalah pada keluarga berbanding perkara lain. Kerja seninya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa tetapi setiap tawaran akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Admin doakan pasangan ini akan kekal bahagia ke JANNAH dan terus istiqomah dalam melalui perjalanan hidup cukup indah.

VIDEO PENUH PERKONGSIANNYA

 

8 Tips Keluarga Bahagia Menurut Islam, dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Sumber foto: Instagram

Sumber : www.hijabista.com.my | tentangartis.blogspot.my | siraplimau.com