Ustaz Ahmad Dusuki Dedah RAHSIA Arwah Nik Aziz Yg Ramai TAK TAHU. Subhanallah.

Siapa kat Malaysia ni yang tak kenal dengan tokoh yang sangat berpengaruh iaitu arwah Nik Aziz, bekas Menteri Besar Kelantan. Kehilangannya sangat dirasai dan kata-kata hikmahnya kini jadi sebutan. Ikuti wawancara wartawan dengan Ustaz Ahamd Dusuki yang masih ramai tak tahu ni.

Terasa cepat masa berlalu, dalam sedar tak sedar rupanya sudah beberapa tahun insan yang ternyata disayangi dan disanjungi ramai Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pergi meninggalkan kita semua.

Pemergiannya begitu dirasai dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu di mana puluhan ribu hadir ke majlis pengebumian ulamak terkenal ini.

Pemergian Allahyarham turut dirasai oleh anak saudaranya yang merupakan penceramah terkenal ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Beliau telah berkongsikan kenangannya bersama Tuan Guru Nik Aziz kepada Sinar Harian di mana katanya, apa yang beliau paling ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

…sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam disini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.

“Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

“Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat ‘wirering’ kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah…sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah,” ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.

“Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga,” katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

“Beliau akan pergi ‘bersembunyi’ di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin ‘merehatkan diri’ buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

“Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika,” katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Nasihat TGNA Yang Sangat Berguna. Al Fatihah.

5 mutiara kata dari Nik Aziz

Memperingati pemergiannya, Astro AWANI mengumpulkan 5 mutiara kata yang ditinggalkan beliau. Semoga segala yang dikongsi beliau bersama masyarakat menjadi pedoman untuk menghadapi hari-hari mendatang.

“Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang ‘brek’. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka.”

– ‘Bertemu Janji Allah Jilid 2’

“Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.”

– Hikam Tok Guru Siri 3 (2008)

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.”

– sayangislam.com (2009)

“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah.”

– Komik Tazkirah Tok Guru (2015)

“Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan.”

– Ucapan di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010

 

 

Sumber: khalifahmailonline.com | astroawani.com