Penerangan Dr Zakir Naik Ini Akan Buatkan Kita Semua FAHAM Mengapa ALLAH Cipta Makhluk Bernama DAJJAL???

Baiklah, pada artikel ini kami akan membincangkan sedikit isu tentang dajjal, dan beberapa sebab kenapa Allah SWT mencipta dajjal.

Seperti yang kita ketahui, suatu masa akan datang suatu makhluk yang menyebarkan fitnah yang luar biasa, makhluk itu disebut dajjal, dan yang perlu kita tahu tidak ada kota yang tidak akan terkena fitnah ini kecuali kota Mekah dan kota Madinah. Namun, mungkin sebahagian dari kita bertanya-tanya, Mengapa Allah swt menciptakan makhluk tersebut? dibawah ini akan kami jelaskan sedikit alasan tentang hal tersebut sesuai dengan penjelasan yang pernah di utarakan oleh Dr. Zakir naik.

Dr. Zakir naik dalam ceramahnya pernah diajukan soalan oleh seorang gadis, mengapa Allah SWT menciptakan dajjal dan mengapa Allah memberi kekutan kepadanya (dajjal) untuk menguasai dunia?

Dr. Zakir Naik menjelaskan, pendeknya, Allah menciptakan dajjal untuk meguji / memberi cubaan kepada kita manusia, sungguh tiada cobaan / ujian yang lebih besar selain cubaan yang diturunkan Allah SWT dengan menurunkan dajjal diantara manusia.

Dr. Zakir Naik juga menambah kenapa Allah memberikan kekuatan kepada dajjal untuk menguasai dunia, itu kerana dalam surah Al-Baqarah iblis meminta kepada Allah untuk penangguhan seksaan kepadanya (iblis) kerana Allah telah mengutuknya (iblis) kerana kesalahan yang dilakukannya, sehingga iblis berkata “aku akan menyesatkan semua pengikut-Mu (Allah) “. Dan pada saat itu Allah SWT berfirman “Aku memberi penangguhan (dari azab seksa) kepada kamu. Apa kamu fikir kamu hebat? Kamu (iblis) tidak akan dapat menyesatkan para pengikut-Ku (Allah), kau hanya boleh menyesatkan yang bukan pengikut-Ku ( Allah) “. Makna pengikut disini adalah hamba Allah yang taat dan Taqwa.

Jadi saudara, kesimpulannya adalah Allah menciptakan dajjal untuk menguji umat manusia. dan kenapa Allah memberikan kekuatan kepadanya kerana Allah ingin menguji kita sama ada kita mampu mengikuti perintahnya atau tidak.

Dr. Zakir Naik juga menambah perumpamaan untuk hal ini “Kenapa guru memberikan soalan yang sangat sukar? Soalan tersebut tidak boleh kamu jawab namun apabila kamu sanggup menjawab soalan sulit tersebut sungguh kamu mempunyai nilai / score yang sangat tinggi dari jawapan kamu itu, begitu pula dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dengan menurunkan fitnah dajjal, apabila kita sanggup menahan ujian tersebut sungguh kita akan mendapat balasan yang sangat besar dari Allah SWT.

Itulah sedikit pengetahuan tentang dajjal yang boleh kami jelaskan, terima kasih sudah berkunjung, dan semoga bermanfaat.

Ini jawapan dr zakir naik apabila ditanya macamana boleh hafal banyak kitab..

Semua sedia maklum kehebatan yang dianugerah Allah kepada Dr Zakir Naik sehingga dapat menghafal selain Al Quran dan kitab muktabar Islam, beliau juga banyak menghafal kitab-kitab agama lain seperti Injil dan Veda. Persoalannya apa rahsianya ? Ini jawapannya yang buat ramai tak sangka. Subhanallah.

RAHSIA HAFALAN DR ZAKIR NAIK

Bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal kitab-kitab agama lain sehingga sangat lancar memetik ayat dalam kitab Bible, Veda, dan sebagainya? Seorang non-muslim memberanikan diri bertanya kepada Dr Zakir Naik, apakah ada rahsia dalam Al Quran untuk menguatkan hafalan seperti itu?

Rupanya, bukan hanya wanita itu sahaja yang bertanya tentang hafalan kepada Dr Zakir Naik. Ramai juga yang bertanya soalan tersebut. Mereka takjub dengan hafalan Dr Zakir Naik yang dianggap seperti memiliki “chip komputer” di kepala.

Berikut ini jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaan wanita bernama Wandena itu:

Saudari ini bertanya bahawa hafalanku sangat fenomenal dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apakah ada ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang hafalan? Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya?

Apakah engkau memiliki chip komputer? Apa rahsianya? Rahsianya ada di dalam Al Quran. Dalam pengajaran program dakwah yang aku ajarkan pada murid-muridku, aku sebutkan ada tiga hal yang harus diperhatikan.

3 RAHSIA DALAM AL QURAN
Yang pertama, disebutkan dalam Quran surah Ali Imran ayat 160 bahwasanya “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” Jadi yang pertama, bertawakal kepada Allah.

Yang kedua, disebutkan dalam Surat Al Ankabut ayat 69. “Jika kamu berjihad untuk (mencari keredhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalanNya.” Jadi yang kedua adalah kerja keras.

Dan yang ketiga, Allah berfirman dalam surat Al Anbiya ayat 7 dan surat An Nahl ayat 43. “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.” Yang ketiga bersifat teknikal. Teknik yang kami cuba dalam pengajaran program dakwah kami, orang-orang bertanya padaku, “Zakir, apa tekniknya?”

TEKNIK DAKWAH
Aku katakan ada tiga teknik terpenting dan yang pertama adalah beriman kepada Allah.

Nombor satu adalah beriman kepada Allah.

Dan semua teknik ilmu Anda yang ada di dunia, kamu tahu berapa banyak muridku yang bergelar MBA dengan teknik menghafal segitiga dan house. Aku tidak mengetahui teknik-teknik seperti teknik segitiga dan segala bentuknya. Allah Subhanahu wa Ta’ala penolong terbaik melebihi dari teknik apapun. Bagaimana cara mendapat pertolongan Allah? Iaitu jika kamu berjuang di jalan-Nya. Kamu berjuang di jalan-Nya nescaya kamu mendapat kejayaan (insyaAllah).

Dalam pengajaran kami, aku mengajarkan murid menghafal surat dan ayat ini, bagaimana menyampaikan ceramah dan mengelola soal jawab.

Dan sebelum aku memulakan ceramah, aku selalu membaca doa sebagaimana dalam Surat Thaha ayat 25-28. Yang maksudnya, Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku

‘Zakir Naik Malaysia’

Seremban: “Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed, 41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehannya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Auni berkata, dia mempelajari kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.

Sumber : http://www.indahnyaislam.my | khalifahmailonline | https://www.hmetro.com.my