Anak Norman Hakim Jumpa Sesuatu Mengejutkan Yang Membuat Ayahnya Sayu Di Pagi Ramadhan…

Walaupun kita nampak Norman Hakim berbadan sador, namun dalam hati Norman ada sudut kelembutan dan kasih sayang. Bagi siapa yang follow perkembangan Norman Hakim, korang mesti tau yang Norman ni seorang ketua keluarga yang baik serta bapa penyayang.

Anak perempuan kepada Norman Hakim, Marissa Dania Hakim pernah di suatu pagi buat ayahnya sebak. Walaupun kisah ini pernah diviralkan tapi sekadar perkongsian yang akan memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak diluar sana…Bila kami baca dan menghayati sendiri perbualan ni, kami pun dapat rasa apa yang Norman Hakim rasa. Aishh sedihnya.. Sob sob..

Doa papa, roh papa & restu papa akan selalu ikut adik dalam Muqaddam ni..

Si cantik manis papa #MarissaDaniaHakim buat mata papa ‘masuk habuk’ jew pagi2 nih.. .

Dania: Papa..papa tawu tak adik Iqra pakai apa sekarang? .

Papa: Mesti la pakai Iqra cayang… .

Dania: Papa tengok adik pakai apa eh (sambil bawak keluar something dari zip depan beg)…Jeng!!!Adik pakai..aaa…Muqaddam!Haa…Muqaddam papa masa papa darjah empat dulu…hehhehe…boleh ye pa? .

Papa: Allahuakbar dikkk! Adik dapat kat mana Muqaddam papa ni?! .

Dania: Adik jumpa kat rumah Tok Mak masa pergi Kuantan hari tu…Adik cantik2kan tampal selotape,lepas tu mana yang renyok,adik gosok.Cantik tak pa? .

Masha allah! Terkedu saya.Hiba pun ye,happy pun ye.Muqaddam yang saya pakai masa darjah 4! Saya ambik,saya junjung,saya cium Muqaddam tu…otomatik baunya imbas balik momen 29 tahun lepas, masa saya Darjah 4 dulu (1986),sama darjah mcm#MarissaDaniaHakim sekarang .

Papa: Pakailah cayang…doa papa,roh papa & restu papa akan selalu ikut adik dalam Muqaddam ni… .

Dania: Tq papa…! .

Haihh masuk habak mata kami di pagi ramadhan ni. Semoga Marissa Dania jadi anak yang solehah dan balas jasa dan pengorbanan ibu bapa ye?

Kejar Akhirat Umpama Akan Mati Bila-Bila Masa – Pesan Norman Hakim Kepada Anak Perempuan

Pelakon, Norman Hakim berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak perempuan kesayangannya, Marissa Dania Hakim.

Nukilan tersebut ditulis oleh Norman selepas Marissa menyambut hari lahirnya yang ke 12 beberapa bulan lalu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon juga turut memuat naik satu video di akaun Instagram sedang mencium pipi anak perempuannya, berlatar belakangkan lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan.

“Secara rasminya anak papa dah berusia 12 tahun sayang. Kalau papa nak terangkan macam mana sayangnya papa kat adik dan anak-anak papa yang lain, perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan ‘rasa’ itu.

“Papa nak adik dan anak-anak papa yang lain tahu yang doa papa pada korang tak pernah sekalipun putus untuk pastikan adik dan anak-anak papa sentiasa selamat, sentiasa bahagia, sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang di bawah lindunganNya 24/7 pagi, petang, siang & malam.

“Itu je ‘senjata’ yang papa ada iaitu DOA yang in shaa Allah mabrur dari seorang papa sebab satu hari nanti DOA adik & anak-anak papa yang lain adalah ‘senjata’ & penyelamat kepada papa pulak di ‘kehidupan’ yang lagi satu dari anak-anak yang soleh & solehah In Shaa Allah.

“Terima kasih sebab sentiasa bagi peluang kepada papa untuk jadi ‘superhero’ korang. Ampun maaf adik & anak-anak papa yang lain kalau ada kekurangan dari papa yang serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada korang.

“Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang, dapat selalu jalan-jalan, dapat makan sedap-sedap itu semua adalah dari-Nya,” tulisnya.

Selain itu, Norman juga turut berharap supaya Marissa menjadi seorang anak yang solehah dan pandai seimbangkan antara ilmu di dunia dan akhirat.

“Sentiasa bersyukur dengan apa juga yang Allah bagi ya sayang. Seimbangkan dunia akhirat. Kejar akhirat umpama kita akan mati bila-bila masa, In Shaa Allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi. Last but not least, put Allah S.W.T first, In Shaa Allah u’ll never ever be last.

“Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa. Papa sayang adik & anak-anak papa yang lain sangat-sangat sebab cinta papa pada Allah & korang BUKAN CINTA BIASA. Semoga ianyanya kekal sampai bila2… Aamiin YRA,” tulisnya

Teks oleh: Mya Amri

You're officially 12 years old sayang…❤️ . . Papa simplifieskan words papa sbb papa tawu kalau papa nak explain mcmana sayangnya papa kat adik & anak2 papa yang lain,perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan 'rasa' itu . . Papa nak adik & anak2 papa yang lain tawu yang doa papa pada uolls tak pernah sekalipun putus utk pastikan adik & anak2 papa sentiasa selamat,sentiasa bahagia,sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang dibawah lindunganNya 24/7 pagi,petang,siang & malam.Itu je 'senjata' yang papa ada iaitu DOA yg in shaa allah mabrur dari seorang papa sbb satu hari nanti DOA adik & anak2 papa yang lain adalah 'senjata' & penyelamat kpd papa pulak di 'kehidupan' yang lagi satu dari anak2 yg soleh & solehah in shaa allah . . Terima kasih sbb sentiasa bagi peluang kpd papa utk jadi 'superhero' uolls.Ampun maaf adik & anak2 papa yg lain kalau ada kekurangan dari papa yg serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada uolls.Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan,kebahagiaan,kasih sayang,dapat selalu jalan2,dapat makan sedap2 tu semua adalah dariNya . . Papa cakap nak 'simplifieskan words' tapi tgk mcm dah berjela je😅Sikit je lagi . . Sentiasa bersyukur dgn apa jugak yg Allah bagi ye sayang.Seimbangkan dunia akhirat.Kejar akhirat umpama kita akan mati bila2 masa,in shaa allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi.Last but not least,put Allah s.w.t first in shaa allah u'll never ever be last . . Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa.Papa sayang adik & anak2 papa yg lain sgt2 sbb cinta papa pada Allah & uolls BUKAN CINTA BIASA.Semoga ianyanya kekal sampai bila2…Aamiin YRA❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.

Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.

Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.

Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayinya.
Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.


Abby menjerit kepala bayi dah keluar
Mengimbas kisah Abby bersalin dalam kereta yang mendapat liputan meluas akhbar pada waktu itu ujar Norman dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.

Namun begitu katanya selepas memandu lebih kurang 500 meter keluar dari rumah, Abby menjerit menyatakan bahawa kepala bayinya hampir keluar.

Tanpa berlengah dia berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan tenang dan diazankan.

Selepas membidankan Abby, Norman juga sempat menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat namun dia diminta membawa terus bayi baru mereka ke klinik.

Marissa iras Abby

Lucunya sewaktu dalam perjalanan ke klinik kedua mereka ketawa mengingatkan apa yang berlaku malah sempat berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.
Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.

Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.

Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak.

Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.

ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA IBU BAPA

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak.

Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal: ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala yang besar”.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kehadiran anak adalah adalah penawar kepada ibu bapanya terutamanya pabila usia emas kelak. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka. Segalanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terhadap anak-anak termasuk didikan agama dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya. Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Mereka akan mendidik anak-anak mereka mengikut acuan dan panduan Islam supaya keislaman anaknya itu tidak dirosakkan.

Sebagai kesimpulan, sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya didunia mahupun akhirat. Oleh itu, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga. Berilah perhatian agar mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta Negara.

Sumber:http://ohbulan.com | http://www.gempak.com | http://www.vanillakismis.my | http://islamituindah.my