“UNDUR DIRI @ DI BUANG SINAR FM”.. PELAWAK TERSOHOR TAMPIL MENOLAK DAKWAAN ‘DI BUANG’ SEBAGAI PENYAMPAI SEPAHTU SINAR

PELAWAK Shuib menolak dakwaan yang kedengaran kononnya dia telah ‘dibuang’ daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut sudah dirancang sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu.

Shuib terpaksa menolak tawaran sambung kontrak dua tahun bersama Sepahtu Sinar.

“Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan,” kata Shuib

Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital

Shuib diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan diberhentikan daripada segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Menerusi secara langsung Instagram Shuib pada Rabu, dia mengumumkan tidak lagi kendali segmen bersama Jep dan Rahim itu kerana perlu memberi tumpuan penuh pada perniagaan yang sedang meningkat naik.

Pada hari terakhir bersama Sepahtu Sinar, Shuib menjaga isterinya yang terpaksa dikejarkan hospital.

Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.

“Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

“Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

“Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru,” ujarnya.

Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.

Shuib undur diri dari Sepahtu Sinar

Selepas dua tahun menjadi penyampai radio, Shuib Sepahtu umum undur diri dari keluarga Sinar FM.

Pelakon dan pelawak itu berkata dia terpaksa undur diri untuk lebih fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi berita sedih itu menerusi laman media sosial, Instagram pada Rabu.

“Assalammualaikum, 2 tahun yg penuh tawa,duka, susah,senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa.

“sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2. Maafkan Segala salah dan silap sy.

“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya.. Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian. Love U all,Love U Sinar Fm,” tulis beliau.

Assalammualaikum,2 tahun yg penuh tawa,duka,susah,senang…Itulah Sepahtu Sinar….Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa,tp sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2 …..Maafkan Segala salah dan silap sy,Terima Kasih all the bosses, @jakeabdullah,kakak kesayangan @shidahkhasim ,Producer yg selalu bgaduh @lixaramli ,music exec @emanzaki , @zarul.zulkifli ,Razlyn,kirin,appy, dan ramai lagi dibalik tabir Sinar Fm… Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya….😀😀😀… Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian….. Love U all,Love U Sinar Fm…… . . . #pershuibofhappyness #lastdaydisepahtusinar #sepahtusinar #selamattinggal

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Pada masa sama, pihak Sinar FM turut meluahkan rasa dukacita atas pengunduran salah seorang penyampai radio bagi segmen Sepahtu Sinar itu.

“Kenangan bersama dengan awak memang kami tak akan lupakan dan kami doakan semoga awak berjaya dengan apa sahaja kerja yang awak lakukan di luar sana.

“Terima kasih Shuib di atas segala jasa dan khidmat baik awak!,” kata mereka menerusi laman Facebook SINAR.

 

Segmen Sepahtu Sinar bersiaran bersama kumpulan pelawak Sepahtu dari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.

Biodata Shuib Sepahtu

Nama Penuh : Shahmira bin Muhamad
Nama Popular : Shuib Sepahtu
Asal : Kulai, Johor
Tarikh Lahir : 12 September 1984
Umur : 32 tahun (2016)
Status : Berkahwin (Siti Sarah Raisuddin)
Anak : 3 orang
Keturunan : Melayu
Warganegara : Malaysia
Agama : Islam
Kerjaya : Pelakon, penyampai radio, pengacara dan pelawak
Pencapaian : Juara Parodi (2015), Juara Raja Lawak 3 (bersama Jep dan Mamat), Maharaja Lawak (2011) dan juara Maharaja Lawak Mega (2013)
Filem : Man Sewel Datang KL (2012), Sepah The Movie (2012), O.M.K. (Oh Mak Kau) (2013), Amir & Lokman Pergi Ke Laut (2014), Usin UFO (2016), Rock Bro!! (2016)
Telefilem : Lemang Si Bujang Sepah, Bila Shuib Speaking London, Muaddib Super, Bujang Sepahtu Kepok Bonda, Ayah Den Lopeh, Awaklah Imam Saya, Sepahtu Kisah Tauladan, Sepahtu Mercun Raya, Sepahtu Cinta Plastik

Sumber foto : google

sumber : http://www.mstar.com.my | astroawani.com | https://www.google.com.my