Penaklukan Baitulmaqdis Tanda Besar Kiamat? Orang Islam Wajib Baca!

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah;

Penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat….’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)

Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, karena setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin, sebagaimana hadist.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata,

‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

Allahuakbar, penghujung dunia semakin dekat. Perbanyakkan ibadah kepada Allah dan banyakkan membaca Surah Al Kahfi setiap hari jumaat. Jika tidak mampu membaca habis, baca lah 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.

Mengapa Yahudi Berebut Untuk Dapatkan Masjid Al-Aqsa?


Saban hari kita mendengar dan menonton kisah yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis (Jerusalem). Masjid Al-Aqsa kini telah banyak berlaku kerosakan hasil daripada kekejaman dan pencerobohan pengganas Israel ini

Adakah kita terfikir bagaimana kehidupan oleh umat Islam di Palestin? Tidak bukan? Kita langsung tidak sedar penderitaan rakyat Palestin sekian lama dengan mempertahankan Masjidil Al-Aqsa.

Namun, adakah kita tahu sebab musabab Yahudi ingin meruntuhkan Masjid Al-Aqsa ini? Untuk apa umat islam di Palestin mempertahankan Masjid Al-Aqsa sehingga mereka terkorban di tangan rejim Yahudi?

Sedarkah kita, bahawasanya Masjidil Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam? Jika robohnya masjid ini, apakah yang akan terjadi?

Sekilas mengenai agenda besar rejim Zionis merobohkan Masjid Al-Aqsa?

1) Israel berani melakukan penindasan dan keganasan ini kerana mendapat perlindungan Amerika Syarikat (AS). AS mengaku melindungi hak asasi manusia dan kebebasan beragama di seluruh dunia.

2) Tiada negara Islam yang berani tampil untuk leraikan keganasan ini. Benar, rata-ratanya mampu mengecam tindakan dan hanya memberi amaran kepada Israel. Sebagai contoh, Arab Saudi dan Negara besar teruatama negara Teluk.

3) Rejim Yahudi ini melarang umat Islam daripada melakukan Ibadat dan menghalau daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

4) Membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian iaitu, sebahagian untuk pengikut agama Islam dan satu bahagian lagi kepada Yahudi.

5) Langkah Israel untuk merobohkan masjid Al-Aqsa semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman.

6) Terdapat rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa.

7) Terdapat buku-buku dan kitab-kitab berkaitan ilmu sihir ditanam di bawah masjid tersebut di mana Nabi Sulaiman AS mengarahkan supaya buku-buku tersedut dikuburkan.

Bagaimana umat Islam sedunia ingin menyelamatkan Masjidil Al-Aqsa jika umat Islam dan negara Islam sendiri berperang sesama sendiri?

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia”

Penceritaan dan sejarah mengenai rahsia tapak Masjidil Al-Aqsa sangat panjang jika diceritakan satu persatu. Namun, apa yang perlu kita ingat seperti yang terdapat dalam Al-Quran bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa. Keruntuhan Masjid Al-Aqsa petanda awal Kiamat. Wallaualam.

 

 

Hayati hadis ini. Orang mukmin mendapat pahala dari musibah yang menimpanya.

ٌعَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ دَخَلَ شَبَابٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى عَائِشَةَ وَهِيَ بِمِنًى وَهُمْ يَضْحَكُونَ فَقَالَتْ مَا يُضْحِكُكُمْ قَالُوا فُلَانٌ خَرَّ عَلَى طُنُبِ فُسْطَاطٍ فَكَادَتْ عُنُقُهُ أَوْ عَيْنُهُ أَنْ تَذْهَبَ فَقَالَتْ لَا تَضْحَكُوا فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ. رواه مسلم.

Dari Mansur dari Ibrahim dari Al Aswad dia berkata; “Pada suatu hari, seorang pemuda Quraisy berkunjung kepada Aisyah, isteri Rasulullah, ketika ia sedang berada di Mina. Kebetulan saat itu para sahabat sedang tertawa, hingga Aisyah merasa hairan dan sekaligus bertanya; ‘Mengapa kamu tertawa? ‘ Mereka menjawab; ‘Si fulan jatuh menimpa tali kemah hingga Iehernya (atau matanya) hampir lepas.’ Aisyah berkata; ‘Janganlah kamu tertawa terbahak-bahak! Karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu derajat dan akan dihapus satu kesalahannya.’ HR Muslim (4664)

Sumber foto: google

sumber : http://www.islamituindah.info