TERKINI: PBB Mengadakan Sidang Tergempar, Bahas Status Kota Jerusalem Esok, Khamis

PBB (ANTARA News) – 193 negara anggota Majelis Umum PBB akan menggelar sidang istimewa darurat, esok Kamis, atas permintaan negara-negara Arab dan negara-negara muslim, guna mementahkan keputusan Presiden Amerika Serikat Donald Trump mengakui Yerusalem ibu kota Israel.

Duta Besar Palestina untuk PBB Riyad Mansour mengungkapkan Majelis Umum PBB akan menggelar pemunggutan suara untuk rancangan resolusi yang menyerukan penarikan deklarasi Trump yang sudah diveto AS saat masih di Dewan Keamanan PBB yang beranggotakan 15 negara, Senin lalu.

14 negara anggota Dewan Keamanan PBB mendukung rancangan resolusi yang disusun Mesir yang tidak secara khusus menyebut AS atau Trump itu, namun mengungkapkan penyesalan mendalam atas keputusan belakangan ini mengenai status Yerusalem.

Mansour mengharapkan dukungan besar Majelis Umum untuk resolusi itu. Suara Majelis Umum memang tidak mengikat, namun mempunyai dampak politik.

Menanggapi hal ini Duta Besar AS untuk PBB Nikki Haley, via Twitter, mengancam akan mengingat negara mana pun yang mendukung resolusi itu.

“Di PBB kami selalu diminta untuk berbuat lebih dan lebih. Oleh karena itu, ketika kami membuat keputusan, atas mandat rakyat Amerika mengenai di mana kami menempatkan kedutaan besar kami, kami tak ingin mereka yang telah kami bantu malah menentang kami. Kamis nanti mungkin ada voting yang mengkritik pilihan kami. AS akan mencatat nama-nama (negara yang mengkritik keputusan AS mengakui Yerusalem ibu kota Israel),” tulis dia.

Berdasarkan resolusi tahun 1950, sidang istimewa darurat bisa dimintakan kepada Majelis Umum untuk membahas pandangan mengenai rekomendasi yang pantas bagi para anggota dalam menentukan aksi bersama, seandainya Dewan Keamanan tidak beraksi.

Hanya 10 kali sidang semacam ini yang sudah digelar dan terakhir kali terjadi pada 2009, menyangkut wilayah Yerusalem Timur dan Palestina yang diduduki Israel. Sidang istimewa darurat Kamis nanti akan menjadi keterusan dari sidang istimewa darurat 2009 itu.

Trump menjungkirbalikkan berpuluh-puluh tahun kebijakan AS menyangkut Yerusalem dengan mengakuinya sebagai ibu kota Israel. Keputusan ini membuat Palestina dan dunia Aran marah, serta membuat negara-negara Barat sekutu AS menjadi cemas.

Trump juga berencana memindahkan kedutaan besar AS di Israel dari Tel Aviv ke Yerusalem, demikian Reuters.

Editor: Jafar M Sidik

 

Semak semula kuasa veto Amerika Syarikat: Pakar

KUALA LUMPUR – “Tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi membatalkan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sememangnya dijangkakan sekaligus mencemar proses demokrasi dunia,” kata pakar politik antarabangsa.

Mengecam tindakan tersebut, mereka berpendapat penggunaan kuasa veto itu jelas menafikan suara dan sokongan majoriti masyarakat antarabangsa termasuk 14 lagi Ahli Majlis Keselamatan yang langsung tidak menyokong tindakan Trump.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, Amerika sepatutnya tidak menggunakan kuasa itu sewenang-wenangnya dan hanya perlu digunakan dalam isu yang menganggu-gugat keselamatan dunia.

“Dalam hal ini, Amerika jelas salah guna kuasa vetonya untuk mendukung negara penyokong kuatnya, Israel dalam isu Baitulmuqaddis ini termasuk penjajahan secara haram ke atas tanah-tanah di Gaza sekaligus bukti sokongan tidak berbelah-bahagi Amerika kepada rejim Zionis Yahudi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dilapor, Amerika menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley telah menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi itu walaupun 14 lagi Ahli Majlis Keselamatan menyokong.

Draf yang disediakan Mesir mengulangi pendirian PBB sebelum ini mengenai Baitulmuqaddis, yang mengesahkan bahawa apa-apa keputusan dan tindakan yang berupaya mengubah status atau komposisi demografi Baitulmuqaddis tidak ada kesan undang-undang, adalah batal dan tidak sah serta mesti mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.

Selain mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, rancangan Amerika menerusi Trump antara lain adalah memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sekalipun tidak mendapat sokongan dunia.

Abdul Halim berkata, sudah sampai masanya PBB menyemak semula kuasa veto yang diberikan kepada negara-negara tertentu selepas tamat Perang Dunia Kedua itu termasuk sama ada memperluaskannya kepada negara lain termasuk dari Afrika dan Asean atau terus menghapuskannya.

“Ini baru adil. Setiap benua ada wakil dalam penggunaan kuasa termasuk benua Afrika dan Asean. Kenapa perlu hadkan kepada beberapa negara sahaja yang mempunyai keistimewaan?” katanya.

Selain Amerika, PBB memberikan kuasa veto kepada Britain, Perancis, Rusia dan China, yang mempunyai kuasa untuk menghalang sebarang resolusi daripada diluluskan.

Senada dengannya, pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad menyifatkan tindakan itu akan memberikan kesan lebih buruk terhadap konflik Israel-Palestin.

“Tindakan veto unilateral Amerika ini umpama mencurah garam di luka yang dalam. Kita tidak nampak tindakan itu akan mewujudkan keamanan di rantau Palestin. Malah Amerika tahu tindakan ini akan mendapat kecaman umat Islam seluruh dunia dan negara-negara lain,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memanggil balik duta sebagai tanda bantahan dan mohon penjelasan lanjut selain tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika atau sekatan ekonomi diambil sebagai jalan terakhir.

Sementara itu seorang lagi pakar politik antarabangsa yang tidak mahu dikenali berkata status baharu Baitulmuqqadis itu telah meranapkan sekelumit harapan yang masih ada pada penduduk Palestin.

“Penyelesaian bagi pewujudan dua negara sepatutnya kekal sebagai penyelesaian terbaik tetapi ini hanya akan berjaya jika penduduk di kawasan yang diduduki secara haram bersedia untuk meninggalkan rumah mereka,” katanya dan menurutnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Amerika menggunakan kuasa vetonya. – Bernama

 

Sumber :https://m.antaranews.com via http://www.sinarharian.com