ALLAHUAKBAR! INI PUNCA Kamera Datuk Yusof Haslam Pernah Jatuh Laut!

Tiga tahun yang suram, gara-gara iklim industri perfileman yang merudum hampir membuat ramai penggiat seni hilang semangat. Jutawan berumur lebih separuh abad ini sendiri tidak terkecuali.

Datuk Yusof Haslam, pemilik syarikat perfileman gergasi Skop Production itu seperti biasa rancak berkongsi pengalaman hidupnya. Cuma berbeza kali ini, ia berkisar tentang insiden menginsafkan iaitu zakat.
Memang lumrah perniagaan… ada masa pasang, ada masa surut. Ada masa untung melimpah, ada masa rugi bersepah.

“Selama berkecimpung dalam bidang ini, saya sudah hasilkan pelbagai program TV dan filem. Malah sebagai sebuah syarikat bumiputera, saya turut gembira kerana perniagaan yang dibina mampu berkekalan.
Restoran Haslam juga sudah 33 tahun beroperasi, itu pun modalnya diberi oleh bapa mertua saya dahulu. Saya fikir semua ini adalah berkat yang dinikmati hasil daripada membayar zakat sejak mula berniaga lagi.
Saya masih ingat, ada satu peristiwa berlaku yang sangat menyedarkan tentang akibat lalai berzakat. Pernah sekitar tahun 1988, sewaktu syarikat saya baru bertatih, saya terlalu sibuk dengan kerja hingga terabai kewajipan membayarnya.

Kerana asyik tertangguh-tangguh, suatu hari pelakon saya iaitu A. Galak beritahu kamera kami jatuh ke dalam laut semasa penggambaran. Harga kamera masa tu memang mahal, tak silap saya RM20,000 lebur begitu saja. Ia jatuh kerana bot yang dinaiki krew dipukul ombak di Pelabuhan Klang.


Sambil mengenangkan nasib, tiba-tiba isteri saya iaitu Datin Fatimah Ismail bertanya sama ada saya sudah membayar zakat atau belum. Barulah saya sedar ini padahnya kerana bertangguh-tangguh urusan rezeki dengan Allah.

Saya termenung panjang. Sejak itu saya tak pernah sekali pun tertinggal membayarnya.

Alhamdulilah, berkat berzakat secara konsisten, rezeki kami tak pernah putus mengalir. Isteri saya pun salah satu rezeki itu kerana dia banyak beri nasihat dan ingatkan saya tentang agama,” cerita Datuk Yusof yang kini dibantu oleh anak-anaknya, Syamsul dan Syafiq.

Tambah Datuk Yusof, “Secara peribadinya ia memberi ketenangan hati. Saya percaya faedah berzakat itu besar, khususnya dalam perniagaan apabila pulangan yang didapati datang dari pelbagai arah.

Jika bukan melalui perniagaan, rezeki mungkin datang daripada kehidupan berkeluarga yang sentosa dan hati yang sentiasa reda dengan pemberian-Nya,” ujar beliau tentang faedah yang dinikmati hasil tuaian zakat selama ini.

Oktober lalu, ledakan filem Abang Long Fadil 2 yang diarahkan oleh anaknya iaitu Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan box-office mencecah RM17.9 juta sepanjang 39 hari ditayangkan.

Mungkin berkat sabar, semangat dan pelaburan akhirat Datuk Yusof selama ini, sedikit sebanyak dibayar oleh Allah SWT secara tunai dalam bentuk tersebut.

Harta Di Dunia Cuma Pinjaman
Kisah benar Datuk Yusof Haslam ini turut diakui oleh Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Ikuti perkongsian beliau ini tentang besarnya nikmat berzakat.
“Walaupun zakat yang diperintahkan terdapat padanya syarat dan rukun, sebenarnya hikmah yang besar ialah ‘amanah harta’ yang telah Allah kurniakan pada hamba-Nya.

Mengapalah hati kita tak dapat merasakan hikmah tersebut? Adakah kita risau dan cemas harta berkurang atau tak cukup? Lihat dan renungi ayat Allah ini dengan hatimu.

“Dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan.” (Surah An- Najm: 48)

Lihatlah bagaimana Allah telah mengatur setiap urusan hamba-Nya apatah lagi mereka yang telah melaksanakan perintah zakat dalam menyucikan harta mereka. Renung sejenak ayat Allah ini,

“Jika kalian meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepada kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.” (Surah At-Taghabun:17)

Penggunaan kata-kata ‘memberikan pinjaman’ dalam banyak ayat merupakan kemurahan Allah, sebab insan itu terkadang merasa memiliki barang dan harta yang ada padanya sehingga ia merasa sangat berat untuk menzakatkan hartanya di jalan Allah.

Kata-kata ‘memberikan pinjaman’ itu juga bererti bahawa sesungguhnya Allah akan mengembalikan kembali harta seorang hamba yang dikeluarkan di jalan-Nya, sehingga si hamba tidak merasa khuatir harta yang dikeluarkannya akan hilang begitu saja.

Indahnya apabila hamba menyusuri rukun Islam ke-3 ini dengan membawa iman dan hikmah atas setiap amanah harta yang telah dipinjamkan padanya. Bahkan dengan harta juga si hamba boleh menempah syurga yang dianugerahkan pada si hamba yang pemurah.

Malulah kita atas setiap pemberian Allah. Kita sering merasakan kita ialah tuan empunya segala-galanya, tapi ingat ia tidak kekal selamanya! Diri kita sendiri pun kepunyaan Allah yang Maha Baik, yang tidak pernah melupakan kita dari sejak kita lahir hinggalah nanti kita dibangkitkan dihadapan Allah.

Tunaikanlah semua hak Allah, hak pada diri dan orang lain, hak pada harta dan kekayaan yang telah diberi amanah untuk kita menjaganya. Tak rugi sebenarnya, semuanya akan dihitung dan dikira oleh Allah, lihatlah dalam hatimu sebuah janji Allah melalui lidah Nabi SAW,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang infaqkan ( zakat) hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678).

Manfaat Zakat

Manfaat Zakat – Pengertian Zakat di Ajaran Islam sendiri adalah membayar dlm bentuk harta yg kita miliki dlm jumlah tertentu yg wajib kita keluarkan sebagai seorang Muslim dan diberikan kepada golongan atau orang – orang yg berhak menerimanya seperti Fakir Miskin, Anak Yatim, dan lain sebagainya yg menurut ketentuan yg telah dianjurkan dan tetapkan didalam Ajaran Islam.

Adapun untuk Hukum Membayar Zakat bagi setiap Muslim ialah Wajib karena membayar Zakat merupakan Rukun Islam nomor 3 yang harus dilakukan oleh setiap Muslim diseluruh dunia karena Alloh Swt telah memerintahkan dlm Firmanya yg berbunyi, ” Padahal mereka tdk disuruh kecuali spy menyembah Allah Swt dg memurnikan ketaatan kpdnya dlm menjalankan agama yg lurus dan spy mereka mendirikan Shalat dan menunaikan Zakat dan yg demikian itulah agama yg lurus (QS. Al Bayyinah, Ayat : 05)”.

Melihat Perintah Alloh Swt tentang kewajiban menunaikan Zakat diatas maka bisa di tarik kesimpulan sendiri bahwa Keistimewaan Menunaikan Zakat dan Manfaat Menunaikan Zakat pasti sangat banyak karena Alloh Swt tidak akan memerintahkan sesuatu kepada umatnya tanpa sebab dan akibat yg nyata, Oleh karena itu mulai dari sekarang anda jangan pernah meremehkan atau meninggalkan kewajiban anda dlm membayar zakat.

 

Sumber: http://www.nona.my