”DOKTOR AKAN SIAT & BERSIHKAN KULIT MATI DI BIBIR SAMPAI BERDARAH,” INI PUNCA IBU MUDA INI BERDEPAN MIMPI NGERI..

“Adakah anda mengalami sebarang alahan ubat?”

Anda mungkin diajukan soalan ini apabila anda berjumpa dengan seorang doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan sebarang alahan ubat yang anda alami adalah penting dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah kerana kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan.

Alahan ubat secara ringkasnya ditakrifkan sebagai tindak balas alahan yang disebabkan oleh tindakbalas ubat yang tidak normal. Tindak balas ubat ini terhasil disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti yang mana telah mendorong tindakbalas imunisasi diarahkan pada ubat. Tindak balas hipersensitiviti boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis gejala yang dipanggil gejala alahan. Gejala alahan boleh menyebabkan gejala dalam hidung, paru-paru, tekak, sinus, telinga, perut atau pada kulit tidak kira sama ada tindak balas alahan berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya.

baca lebih detail tentang alahan ubat.. klik link ini http://www.myhealth.gov.my/alahan-ubat-2/

Allahuakbar! Akibat Alahan Ubat Ibu Muda ini Berdepan Mimpi Ngeri..Sama-sama kita doakan Nabilah sihat seperti biasa..Artikel ini di petik dari http://www.nona.my/

”DOKTOR AKAN SIAT & BERSIHKAN KULIT MATI DI BIBIR SAMPAI BERDARAH,” AKIBAT ALAHAN UBAT, IBU MUDA INI BERDEPAN MIMPI NGERI!

Aduh, ngeri lihat kulit yang mengelupas di bibir Nur Nabilah yang tengah membengkak ini. Bukan kerana kesan melecur atau terbakar mahupun akibat penyalahgunaan produk kosmetik, tetapi ‘kerosakan’ yang sedang dialami ibu kepada dua orang cahaya mata ini adalah disebabkan alahan terhadap ubat yang diambil.

Berdasarkan apa yang diceritakan Nur Nabilah, segala-galanya bermula ketika dia diserang sakit gigi. Meskipun telah mencabut gigi namun kesakitan yang dialami masih tidak berkurangan. Dia kemudian mengambil keputusan untuk membuat imbasan (CT Scan) di sebuah hospital sebelum didiagnosis menghidap penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bahagian muka yang bersambung di gigi ke otak.

Kesan daripada sakit itu dia tidak boleh makan, bercakap dan membuka mulut sehingga berat badannya turun sampai 42 kilogram. Bagi mengurangkan bengkak saraf, doktor memberikan Nabilah ubat tahan sakit dan membuatkan dia kerap tidur. Disebabkan kerap tidur, matanya mula membengkak dan ketahanan badan kian merosot.

“Doktor memang dah syak aku allergic ubat sebab muka mula merah-merah. Then, doktor kata platlet aku rendah dari orang normal dan sangat bahaya. Bila platlet rendah boleh menyebabkan kulit merah-merah dan boleh bleeding. Doktor decided nak hantar HPSF naik ambulan.

Di HPSF seminggu juga duduk di sana. Aku dirujuk ke pakar kulit, mata dan bedah mulut. 2 hari di HPSF badan, kaki tangan dan muka mula naik merah-merah macam terbakar pun ada. Dengan ulser yang banyak dalam mulut serta mata merah bengkak. Memang masa tu down sangat. Nak makan pun tak boleh.

Kadang-kadang rasa macam susah bernafas, macam dada sempit. Bila nak telan air, sempit dan sakit sangat dada. Doktor kata mungkin sebab ulser dah sampai ke dalam. Tiap-tiap pagi ada appointment jumpa pakar mata, kulit dan bedah mulut. Yang paling ngeri jumpa pakar bedah mulut sebab doktor akan siat dan bersihkan kulit-kulit mati dekat bibir sampai darah-darah.

Wajah Nabilah sebelum mengalami alahan

So, senang kulit bibir pulih cepat. Kesimpulannya, aku alahan ubat saraf yang aku makan. Nama penyakit ini Steven Johnson symptom. Sakit ini doktor kata tak semua orang macam aku. Ada yang serasi makan ubat tu dan ada yang terima nasib sama.

Apa pun, aku reda dengan aturan Allah SWT. Allah bagi ujian besar untuk hambaNya supaya hambaNya lebih ingat padaNya.”

SUBHANALLAH! Mari Kita Semua Doakan Nabilah sembuh seperti sediakala…

 


 

Sebelum ini Kosmo pernah menyiarkan artikel tentang satu kisah Khaliah Shaw, 26, Hilang kulit akibat alahan ubat juga..

Hilang kulit akibat alahan ubat

SHAW diletakkan dalam keadaan koma dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan trakeotomi selama lima minggu.

TANPA mengesyaki apa-apa, Khaliah Shaw, 26, mengambil ubat yang diberikan doktor untuk merawat gangguan bipolar atau masalah mental yang dihidapinya.

Pelajar jurusan kesihatan awam daripada Kolej Universiti Georgia itu dikenal pasti menghidap gangguan bipolar dan diberi ubat lamotrigine pada Disember 2013.

Pengambilan ubat itu dalam tempoh sebulan menyebabkan Shaw mengalami ruam pada bahagian muka, manakala kulit bibirnya pula menggelupas.

Bimbang kesan sampingan yang dialaminya itu menjadi lebih serius, Shaw dirujuk kepada seorang doktor di sebuah hospital di Oconee County, namun hanya didapati mengalami selesema pada awalnya.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, Shaw mengalami kesakitan yang teramat sangat apabila bahagian kulit pada muka, leher, dada dan belakang badan menggelupas teruk, manakala bibirnya pula melepuh.

Kuku hilang

Keadaan itu menyebabkan kulitnya berparut dan dia mula hilang daya penglihatan.

Bercerita lanjut, Shaw yang berasal dari Atlanta, Amerika Syarikat (AS) memberitahu, dia segera mendapatkan rawatan di hospital sama, namun tiada doktor dapat mengagak masalah sebenar di sebalik simptomnya.

�Mereka hanya mengasingkan saya kerana bimbang ia mungkin penyakit berjangkit berbahaya,� ujarnya seperti dipetik portal Mail Online.

Selepas simptom wanita itu semakin teruk, dia segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Georgia di Macon, AS. Di situ, seorang pakar kulit mendapati Shaw menghidap sindrom Stevens-Johnson (SJS).

SJS ialah penyakit ganjil yang bermula dengan simptom seperti selesema.

�Tidak hairanlah saya didiagnosis menghidap selesema sewaktu mula-mula mendapatkan rawatan, walhal ia merupakan tindak balas terhadap ubat lamotrigine berkenaan,� katanya.

Keadaan Shaw semakin tenat apabila kulitnya yang menggelupas mula gugur sehingga meninggalkan luka terbuka besar di badannya.

Hal itu menyebabkan dia diletakkan dalam keadaan koma untuk mengurangkan rasa sakit sebelum dihantar ke Unit Kebakaran Hospital Grady Memorial di Atlanta.

Lima minggu selepas bangun dari koma, Shaw memberitahu, dia tidak dapat melihat dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan trakeotomi.

�Kesemua rambut saya gugur sehingga berkepala botak dan kuku saya juga luruh akibat penyakit ini. Lebih menyedihkan, saya turut diberitahu bahawa 90 peratus kulit saya hilang,� ceritanya.

Meskipun demikian, Shaw masih bernasib baik kerana mula mendapat penglihatannya semula dan dia menerima rawatan daripada pakar mata bagi mengelakkan kerosakan jangka masa panjang.

�Saya terkejut melihat keadaan diri ini buat pertama kali selepas menderita sakit lebih sebulan,� ujarnya yang dirawat selama lebih dua bulan di hospital tersebut.


KULIT muka dan badan Shaw menggelupas teruk sehingga meninggalkan parut kekal.

Kaca mata hitam

Shaw kini mendapatkan rawatan doktor pakar dan ahli terapi setiap minggu.

�Buat masa ini, saya perlu memakai kaca mata hitam di dalam dan luar rumah kerana cahaya terang boleh menyakitkan saya.

�Rambut saya juga sudah mulai tumbuh tetapi saya trauma untuk mengambil apa-apa ubat bagi gangguan bipolar yang dihidapi,� katanya.

Menurut portal Mayo Clinic, SJS boleh mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk selain menyebabkan kebutaan. Ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak segera dirawat.

Selalunya sindrom itu terjadi akibat alahan atau tindak balas ubat steroid antikeradangan seperti lamotrigine, phenytoin dan carbamazepine.

�Ubat gout allopurinol, ubat tahan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen dan naproxen sodium serta antibiotik tertentu juga boleh menyebabkan SJS,� kata portal itu.

 

 

Sumber:

 

http://www.myhealth.gov.my/alahan-ubat-2/

”Doktor Akan Siat & Bersihkan Kulit Mati Di Bibir Sampai Berdarah,” Akibat Alahan Ubat, Ibu Muda Ini Berdepan Mimpi Ngeri!

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm