“Tiada kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat berterima kasih kepada sahabat karib saya, Francia Raisa” – SELENA GOMEZ

Dia hanya satu dalam beribu orang yang mengaku rakan. Sanggup berkorban demi kesihatan rakan karib yang disayangi.

“Tiada kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat berterima kasih kepada sahabat karib saya, Francia Raisa” – SELENA GOMEZ


Sejauh mana pengorbanan anda terhadap rakan karib, mungkinkah sehebat yang ditunjukkan oleh Francia Raisa dan Selena Gomez ini?

Gempar semalam apabila penyanyi antarabangsa itu memuat naik status kesihatan terkininya di Instagram termasuk foto kesan pembedahan buah pinggang yang dilakukan.

Selena Gomez, membuat pengakuan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada musim panas lalu. Gadis popular itu memuat naik status yang sekaligus menjawab tanda tanya peminat yang mempersoalkan mengapa dia tidak mempromosikan single terbaharunya.

Gomez yang juga seorang pelakon memberitahu, pemindahan buah pinggang itu terpaksa dilakukan akibat penyakit Lupus yang dihidapinya.
“Ramai yang bertanya ke mana saya pergi sepanjang musim panas lalu, dan mengapa saya tidak mempromosikan single baharu saya.”
“Saya diberitahu yang saya perlu menjalani pemindahan buah pinggang demi kesihatan saya.:
“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menceritakannya, namun saya akan berkongsi dengan anda kisah saya tidak lama lagi,” tulis Gomez.
Penyanyi Love You Like A Love Song itu juga mengungkapkan penghargaan buat sahabatnya, Francia Raisa, yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, yang merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello.

Dalam pada itu menurut The Guardian, selebriti itu enggan berkongsi bilakah proses pemindahan itu dilakukan termasuklah keadaan kesihatannya ketika ini selepas melakukan rawatan tersebut.
Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013.

Nama asli : Selena Marie Gomez
Tanggal lahir : 22 Juli 1992
Lahir di : Grand Prairie, Texas, AS
Zodiac : Cancer
Terkenal sejak berperan sebagai Alex Russo di serial Disney “Wizards of Waverly Place” (2007)

 

Pemindahan Buah Pinggang

Apa itu pemindahan buah pinggang?Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan memindahkan buah pinggang sihat ke pesakit buah pinggang. Buah pinggang baru ini melakukan fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh buah pinggang anda yang telah rosak. Dialisis diperlukan sementara menunggu pemindahan dilakukan.

Sumber buah pinggang yang dipindahkan

-Penderma yang masih hidup
Ahli keluarga yang mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang luar juga mampu menderma jika sesuai.

-Penderma organ

Daripada mereka yang ingin menderma organ setelah mereka meninggal.

Di mana letaknya buah pinggang baharu?
Semasa pembedahan, buah pinggang baru yang sihat diletakkan di bawah otot abdomen berhampiran tulang pinggul anda. Jarang berlaku, buah pinggang yang tidak berfungsi mungkin akan dikeluarkan untuk mengawal risiko jangkitan kuman atau tekanan darah tinggi.

Bagaimana hendak menjaga buah pinggang baru saya?
-Ambil ubat anda setiap hari
-Selalu berjumpa Pakar/Ahli Nefrologi
-Ikuti panduan Pakar/Ahli Nefrologi anda
-Kawal diet anda
-Sentiasa aktif

-Laporkan pada doktor atau jururawat jika ada apa-apa masalah

Kelebihan:
-Pilihan paling baik untuk memiliki buah pinggang sendiri
-Rawatan dialisis tidak diperlukan
-Kawalan pengambilan air dan diet yang minima
-Mengekalkan rutin harian dengan lawatan klinik yang minima
-Lebih sihat dan bertenaga
-Berkerja sepenuh masa tanpa gangguan jadual dialisis

Perkara yang perlu diambil kira:
-keresahan menunggu penderma yang sesuai
-Risiko yang mungkin berlaku selepas pembedahan
-Risiko penolakan – buah pinggang baru tidak kekal lama
-Pengambilan ubatan harian yang mungkin menimbulkan kesan sampingan
-Mudah dijangkiti penyakit
-Kemungkinan perubahan pada penampilan

Fakta tentang buah pinggang yang didermakan:
-Penderma mesti seseorang yang sihat tubuh badan sepenuhnya.
-Jenis darah pesakit dan penderma mesti berpadanan.
-penderma masih hidup mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Dua sumber penderma pemindahan buah pinggang.

-Penderma masih hidup
Ahli keluarga biasanya mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang luar/bukan keluarga juga boleh menderma jika sesuai ( suami/isteri , kawan dan lain-lain )

-penderma organ
Daripada mereka yang ingin menyumbang organ setelah meninggal.

Sumber :

https://www.google.com/amp/www.nona.my/tanda-bff-sejati-kini-buah-pinggang-rakan-karib-selena-gomez-berdenyut-dalam-tubuhnya-bukan-senang-nak-derma-organ-tahu/%3Famp_markup%3D1

http://www.freedomtolive.com.my/bm/treatment-transplant.html#.WlMUaVHXeEc