Ini Punca Utama, Kata Adik Farid Kamil & Luahan Netizen Tentang Penangkapan Dato Farid Kamil! Cuba Baca Pasti Ramai Terkejut!

Tekanan rindu anak, kata adik Farid Kamil

KELUARGA Datuk Farid Kamil tidak menolak kemungkinan Pengarah dan Pelakon terkenal terbabit mengambil ganja kerana tekanan perasaan lantaran sudah lama tidak bertemu dua anaknya.

Adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 34, berkata, abangnya sebelum ini tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Namun, katanya, dia tidak menolak kemungkinan bahawa abangnya itu mengambil ganja bagi menenangkan fikiran lantaran tekanan perasaan dihadapinya.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan abangnya tiga sehari sebelum di tahan dan Farid memberitahu yang dia terlalu merindui dua anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

“Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian.

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Fadzil yang hadir ke Komplek Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, ditemani adiknya, Anis Anwar bagi mengikuti perkembangan penahanan Farid Kamil.

Bagaimanapun, kelibat isteri Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle tidak kelihatan di mahkamah terbabit.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang bertugas dan orang awam di balai polis terbabit.

Susulan kejadian, Farid Kamil ditangkap serta merta di lokasi dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/302830/tekanan-rindu-anak-kata-adik-farid-kamil

 

PELAKON dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

Prosiding itu mengambil masa 15 minit sebelum beliau dibawa keluar pada 10.50 pagi.

Turut kelihatan, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Farid dikatakan mengamuk setelah ditunjukkan artikel ‘300 Artis Pinjam Ah Long’ di telefon bimbit.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun itu, suami kepada pelakon jelita, Datin Diana Danielle, 27, itu dikatakan berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan kereta yang dinaiki oleh lelaki berusia 34 tahun di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 12.30 tengah hari.

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/302763/farid-kamil-direman-4-hari-metrotv

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Susulan berita penangkapan aktor Datuk Farid Kamil kerana didakwa menampar seorang anggota polis tengah hari tadi, laman sosial artis terkenal itu dihujani dengan komen bercampur baur daripada netizen.

FARID KAMIL akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sebilangan besar netizen terkejut dengan berita penangkapan pelakon dan pengarah filem yang juga suami kepada artis terkenal, Datin Diana Danielle itu kerana Farid selama ini terkenal dengan imej dan reputasi yang bersih.

Selain menzahirkan rasa terkejut, peminat-peminat Farid turut meninggalkan komen dan kata-kata semangat.

“Saya tak percaya. Saya yakin itu hanya lakonan untuk filem baru kan?,” tulis @m_ismail_.

Netizen yang menggunakan pengenalan diri @fuad_johor92 pula tidak percaya yang Farid menampar penjawat awam di balai polis.

“Aku rasa bukan Farid yang gaduh kat balai sebab Farid baik je,” tulis fuad_johor92.

Sementara itu, @sania_atkins pula mengharapkan berita penangkapan Farid itu saling tidak ubah sekadar khabar angin semata-mata.

“Dah baca. Sungguh ke berita cakap dalam pengaruh dadah lagi tampar polis? Moga hanyalah khabar angin,” tulis sania_atkins.

Farid yang baru saja bergelar Datuk ditahan di Balai Kota Damansara, Petaling Jaya tengah hari tadi selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain komen-komen positif yang ditinggalkan di laman Instagramnya, terdapat juga netizen yang memberikan maklum balas kurang manis berikutan penangkapan Farid yang disifatkan mereka tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu, Utusan Online berusaha menghubungi Diana bagi mendapatkan komennya mengenai berita penangkapan suaminya.

Namun begitu, panggilan Utusan Online tidak dijawab oleh Diana. – UTUSAN ONLINE

Sumber :

https://m.utusan.com.my/hiburan/farid-kamil-netizen-luah-perasaan-1.588608

Kata2 dari Rakan Artis

‘Semoga segala urusan dipermudahkan’ – Yana Samsudin

“Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa juga keadaan. Insya-Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya.

“Masa akan datang memberi makna bagi setiap kejadian. Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat,” luah pelakon, Yana Samsudin dalam akaun Instagram peribadinya beberapa jam lalu.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/01/374150/semoga-segala-urusan-dipermudahkan-yana-samsudin

Dato’ Farid Kamil bin Dato’ Dr. Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I’m Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) dan terbaru Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[1] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.

Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 adik beradik juga mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem di UiTM. Adiknya, Fadzil Zahari juga seorang pelakon.

Kehidupan Peribadi

Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Irma Hasmie. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Aktres kontroversi Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.[perlu rujukan

Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.[23] Namun kedua-duanya menafikan.Hanya pada penghujung tahun tersebut teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama aktres jelita yang merupakan pelakon sampingannya dalam filem Evolusi KL Drift, Diana Danielle mula menghiasi dada-dada akhbar. Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media, malah hubungan Farid dengan ibu Diana, Norsiah Ramli, juga dikatakan dingin.Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak — Muhammad dan Nur Aurora.

Kisah hidup Farid ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan bapa, masih menjadi perhatian sehingga kini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya dia terus bertahan dalam industri ini. Malah, dia juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda.

Darjah kebesaran

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Aaron Aziz[46] telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato’ sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang

Sumber wikipedia

 

 

sumber :

 

http://gempakonline.com/farid-kamil/