Ini Jawapan Isu Keraguan Sah Solat Yang Membimbangkan Orang Ramai Buat Semua Terpaku!

Pelabuhan Klang: “Tiada isu atau salah laku yang dibuat mereka untuk sembahyang di surau ini malah solat Jumaat mereka juga sah,” kata Mohd Ali Sihap, 62, Nazir Masjid Al-Qayyum, Armada Putra, dekat sini, semalam.

Beliau yang mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang meninjau surau tidak bernama itu yang dikatakan dibina khas untuk warga Bangladesh di kawasan berkenaan.

Tinjauan itu juga dilakukan selepas timbul isu keraguan sah solat yang membimbangkan orang ramai terutama penduduk di situ.

Malah imam, bilal serta ahli jawatankuasa surau berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh dan khutbah Jumaat turut dibacakan dalam bahasa mereka.

Surau beratapkan zink yang dibangunkan di sebelah bangunan kilang di Jalan Sungai Pinang itu dibina sejak 2008 dan pada 2013, solat Jumaat diadakan di situ.

Surau yang dilengkapi penghawa dingin itu boleh memuatkan kira-kira 300 ahli kariah di bahagian dalam manakala lebih 100 orang di luar.

Mohd Ali yang sama-sama menunaikan solat Jumaat di surau itu, semalam, berkata, sepanjang menunaikan solat terbabit, tiada perkara meragukan dikesan.

“Walaupun berbeza mazhab yang mana kita mengamalkan Mazhab Shafie dan mereka pula Mazhab Hanafi, namun tiada masalah. Mereka sahabat Islam, jadi tiada isu.

“Mereka mendirikan solat Jumaat di surau ini berikutan masjid terletak jauh, apatah lagi mereka tidak mempunyai pengangkutan.

“Malah mereka dianggap berusaha untuk mendirikan solat Jumaat serta tidak mengabaikannya di samping ibadah lain,” katanya.

ANTARA warga Bangladesh yang menunaikan solat Jumaat di surau yang dibina di Jalan Sungai Pinang, Pelabuhan Klang. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Mohd Ali berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan berkala di surau itu serta memberi tunjuk ajar kepada imam serta ahli kariahnya.

Lebih 90 peratus yang mendirikan solat di situ adalah warga Bangladesh manakala selebihnya warga Pakistan, Indonesia dan masyarakat Melayu.

Sementara itu, imam surau terbabit, Maulana Sirajul Islam Abu Hanif, 46, berkata, dia sudah sembilan tahun ditugaskan di surau berkenaan.

“Saya dibayar upah dan elaun RM1,300 sebulan untuk menjalankan tugas di surau ini. Tidak banyak perbezaan solat Jumaat mengikut mazhab kami,” katanya.

Ahli kariah surau itu yang juga pekerja kedai runcit warga Bangladesh, Mohd Farouk Iswalisatar, 45, berkata, hampir 10 tahun dia menunaikan solat di surau terbabit.

“Surau ini dibina pada 2008 dan sejak empat tahun lalu, solat Jumaat diadakan di sini.

“Ia (surau ini) memudahkan kami, apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan seperti motosikal mahupun kereta untuk ke masjid yang terletak jauh,” katanya.

Warga tempatan, Mohd Rosli Abdullah, 65, berkata, sudah hampir empat tahun dia menggunakan surau itu dan tiada apa yang meragukan.

“Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini,” katanya.

komen Nitizen :

1)Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a’basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Aamiin.. ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali…

2)Allah tu mendengar setiap doa hambanya dalam apa jua cara sekalipun… Waimah berbahasa isyarat sekalipun… Allah tu tak membezakan keturunan atau bangsa… Selagi ianya islam yang menurut perintah… Pasti dipandang mulia… Cuma amalan kita sendiri yg membezakan siapa kita di sisiNYA… Wallahualamfisawab..

3) Baguslah kesedaran islam tinggi. Semoga pihak berkuasa memudahkan urusan mereka. Cuma satu nak tegur, dalam tu tulis sahabat islam, tulislah saudara islam sebagaimana ayat Allah sebut mafhumnya, sesungguhnya orang2 beriman adalah bersaudara

4) Islam itu mendidik bukan menghukum… dalam apa jua bahasa Allah itu memahami dan lebih mengetahui serta bijaksana. Sepatutnya khutbah jumaat di bacakan dalam pelbagai bahasa mengikut kepelbagaian bangsa. Pengalaman saya di Surau Perdana@Damansara perdana ada masanya khutbah dibacakan dalam bahasa English, Arab dan Melayu.. SubhanAllah indah nya Islam itu kalau berilmu

 

6)

CC :-

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “ Surah Al Hujuraat : Ayat 13

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”. (Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah”. (Hadith Riwayat Abu Bakar Albazzar, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).

Hanya Taqwa yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang tahu. Ini bermakna kita tidak boleh membeza2kan kelebihan yang ada pada seseorang kerana kelebihan yang dipandang oleh Allah hanyalah taqwa dan hanya Dia sahaja yang tahu.

Islam dengan JELAS mengajar manusia agar mengelakkan sikap perkauman / rasisme ataupun tidak adil terhadap sesuatu kaum. AlQuran dengan JELAS menegaskannya;

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al Hujuraat : Ayat 11

7) Islam tu mudah..jgn la kerana benci warga asing…sampai diorang nak g solat Jumaat pun di rumitkan….islam x mengenal bangsa,kulit n rupa…hati tu bersihkan sikit dari kotoran dengki,benci dgn org…kat tempat saya ni…slalu tengok diorang jalan kaki g masjid…walaupun masjid tu jauh…sapa kita nak hukum diorang,nak caci diorang?? Guna akal tu,sebelum bash sesama islam kita ni

 

8) Jika benar taklid amal dan tertib ibadah menurut mazhab hanafi maka takde masalah pada mereka di surau itu yg berada 10km jarak jauh dari masjid terdekat.
Cuma dalam hal warga mazhab syafie yg mengikuti jemaah situ kenalah taklid sepenuhnya dalam tertib fekah hanafi juga kerana itu adalah adab amal..so wajib tahu..kalau tak solat tak sah.

9)Allahuakbar islam is first class tulah ungkapan yg sering digunapakai fi th hijrah alhamdulillah, teringat sama sering menunaikan solat jumaat di masjid pakistan di cow kit road .

10)

Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, “Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi”

“Kenapa?”, sahut ayahnya, “kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain”.

Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, “baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu”

“Apa itu?” ,
“ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah”

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, “Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?”, “Sudah”.

“Ada yg tumpah?”, “Tidak”.

“Ada di masjid tadi orang yang sibuk dengan gadgetnya?”.

“Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini”, jawab si anak.

“Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?” tanya ayahnya lagi, ” Saya tidak dengar kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini”.

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, “Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu”.

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain.fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.

*Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/303122/solat-mereka-sah