SELEPAS FARID KAMIL, KINI NAZIM OTHMAN DAN PELAKON REMAJA TERCANTIK MALAYSIA MANGSA KECAMAN NITIZEN!

Satu klip sedutan dari telefilem ‘Ustaz Korea Sebelah Rumah’ telah menjadi viral di Twitter sejak semalam kerana menampilkan dua pelakon utamanya, Nazim Othman dan Eyka Farhana bercakap dalam bahasa Korea.

Menurut Netizen, nada dan cara sebutan bahasa Korea oleh Nazim Othman dan Eyka Farhana kedengaran pelik dan tidak menjadi, membuat mereka ‘cringe’.

 

Video itu boleh ditonton di bawah:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Telefilem ‘Ustaz Korea Sebelah Rumah’ sebenarnya kali pertama ditayangkan pada 14 Mei 2016 di saluran Astro Ria. Ia mengisahkan mengenasi Natrah, seorang gadis peminat tegar K-Pop jatuh hati dengan seorang ustaz berwajah Korea yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Pelbagai cara dilakukan untuk mencuri perhatian ustaz Korea sebelah rumah itu.
Netizen menulis:

Malah ada Netizen membangkitkan mengenai aktivis seni tempatan gemar mengutuk aktivis seni Korea, tetapi bercakap bahasa Korea dalam drama dan menerbitkan drama Korea versi ‘kedai runcit’:

Klip itu dipercayai dirakam dari ulang tayang drama tersebut di rangkaian Astro baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan tweethandle @okestern ini kini telah diulang tweet lebih 3,500 kali dano mendapat lebih 300 tweet balas. 

Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Nazim dilahirkan pada 16 September 1984 di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah tetapi dibesarkan di Johor Bahru. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada tahun 2008. Pernah menjadi seorang pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar.

Nazim Othman
Nazim Othman.jpg
Kelahiran Nushrul Alif bin Othman
16 September 1984 (umur 33)
Labuan, Malaysia
(Membesar di Johor Bahru, Johor)
Kediaman Petaling Jaya, Selangor
Pekerjaan Pelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif 2008–kini
Pasangan Bella Dally (Isteri)

 

 

Biodata Eyka Farhana, Artis Remaja Tercantik Malaysia

Gambar Eyka Farhana Paling Cantik
Biodata Eyka Farhana

Nama Penuh: Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi
Nama Popular: Eyka Farhana
Asal: Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 3 Februari 1995
Agama : Islam
Zodiak: Aquarius
Kerjaya Seni: Pelakon dan Pengacara
Filem: Polis Evo, Jengka, Juvana 2
Telefilem: Sejadah Kaabah, Nur Ain, Jatuh Cinta, Puteri Pulau Tuba, Diba Benci Abah, Miang Buluh Keladi Birah, Anak Lorong, Super Gameboy, Aising Dan Ceri, Dia Ayahku, Bujang Terlajak Senang, Ustaz Korea Sebelah Rumah
Media Sosial Eyka Farhana

Fakta Menarik Tentang Eyka Farhana

Eyka Farhana adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik.
Walaupun baru berusia 19 tahun, Eyka Farhana telah dikenali sebagai antara artis muda yang berjaya dengan membintangi filem box-office Polis Evo.
Pernah menjadi pengacara untuk program Pada Suatu Ketika di TV1 RTM.
Walaupun seringkali dikecam kerana berpenampilan agak seksi, namun itu tidak menghalang Eyka Farhana untuk terus berjaya dalam dunia seni.
Beliau juga telah mempunyai ramai peminat iaitu 50 ribu fans di Facebook.
Gambar Terbaru Eyka Farhana

 

 

Sumber :

https://beautifulnara.com/tak-payah-nak-bawa-bahasa-korea-dalam-drama-melayu-netizen-kecam-ustaz-korea-sebelah-rumah/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nazim_Othman

Biodata Eyka Farhana, Artis Remaja Tercantik Malaysia