Lelaki Ini Di KECAM Kerana Perli Pemain Ragbi Popular Tunai Umrah, Ini Puncanya Sebenar!

Sonny Bill Williams adalah seorang pemain ragbi New Zealand. Baru-baru ini viral di media sosial gambarnya berihram berlatarbelakangkan Kaabah ketika mengerjakan ibadah umrah. Ramai yang memuji dan mendoakan yang baik-baik kepada atlet itu.

Walaupun tidak dilihat sebagai isu, seorang netizen mempersoalkan tatu di lengan kanannya itu ketika beribadat. Siap memerli lagi tu.

Tak cuba sorokkan pun tatu

Kenyataan panas itu dibuat pengguna Twitter dengan nama @kyleriiiil yang memetik tweet asal Sonny. Katanya dia suka dengan hakikat Sonny tidak mencuba menutup tatunya itu. Tambahnya secara sinis, apakah hukum bertatu untuk seorang Muslim seperti Sonny.

Meleis berfikiran sempit

Seorang tweetfamous kemudian tampil mempertahankan pemain ragbi dan mengatakan sebelum ini pun Sonny giat mempromosikan Islam selepas memeluknya. Gambar dia bertatu dan berihram sebenarnya boleh menyampaikan pesanan bahawa agama ini bersifat terbuka untuk semua.

Tatu dibuat sebelum peluk Islam

Menurut Hafiz Mazlan, tatu yang dicacah berkenaan dibuat sebelum memeluk Islam. Bukannya dia baru buat setelah menjadi saudar baru pun kan?

Tak wajib buang tatu selepas masuk Islam kalau memudaratkan

Username pun lucah lagi nak acah tarbiah sentap

 

Bengang dengan kenyataan itu, netizen mempertikal username lelaki berkenaan yang mempersenda kalimah Assalamualaikum.

Mike Tyson pun ada tatu dekat muka masa pergi umrah

Sumber:

‘Apa Hukum Islam Ada Tatu?’- Perli Pemain Ragbi Popular Tunai Umrah, Lelaki Ini Dihentam

 

‘Mereka Kata Solat Saya Tak Sah’ – Adam Corrie Lee Ditegur Supaya Buang Tatu, Ini Responnya | Baru-baru ini viral di twitter gambar seorang pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams berihram di hadapan Kaabah ketika mengerjakan ibadah Umrah. Ada yang mempersoalkan ibadatnya itu sama ada sah atau tidak kerana mempunyai tatu di lengan.

Pelakon yang sering memegang watak antagonis, Adam Corrie Lee di Instagram ada memuatnaik status menceritakan ibadah beliau juga pernah dipersoalkan gara-gara mempunyai tatu. Mereka kata solat Adam Corrie tidak sah dan tatu perlu dibuang terlebih dahulu. Betul ke?
Saya pernah ditegur…

Bukan semua saudara baru mampu buang tattoo

Isu biasa yang dialami oleh saudara baru.
Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru.
Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dgn mereka.

Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang supaya tatto tersebut tidak nampak org lain. Untuk elak org salah faham. .
Bukan semua saudara baru mampu buang tatto. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tatto penuh di badan hendak dibuang.

Saya dah biasa dgn teguran ini. Tak terasa apa-apa pon.
Sbb saya tahu bukan semua org tahu hal ni. .
Ilmu setiap org x sama.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie

 

 

Sumber : Instagram Adam Corrie

Sumber :

‘Mereka Kata Solat Saya Tak Sah’ – Adam Corrie Lee Ditegur Supaya Buang Tatu, Ini Responnya

ADAM CORRIE & ADI PUTRA TUNAI UMRAH BERSAMA MUALAF

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah akan berangkat ke Makkah dan kemudian ke Madinah dari 10 hingga 21 Jun ini bersama seorang lagi pelakon, Adi Putra untuk menunaikan ibadah umrah bersama saudara mualaf yang lain.

“Saya telah merancang program Kembara Iman ini sejak dua tahun lalu namun terhenti kerana kekurangan dana.

“Ini projek pertama saya dan Alhamdulillah walaupun telah melalui pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya melaksanakannya bulan ini dengan bantuan rakan saya, Adi Putra.

“Untuk tahun hadapan saya sasar untuk membawa 40 orang mualaf pula ke Makkah, namun itu bergantung kepada tajaan yang saya dapat,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Online.

Corrie berkata, dia berharap tajaan dan sokongan kepada saudara mualaf akan berterusan pada masa akan datang kerana sebagai saudara baharu, mereka amat memerlukan bimbingan daripada saudara seagama.

“Kami ibarat anak kecil yang masih memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat luar agar akidah kami terus terpelihara. Malah saya sebagai saudara baharu dalam Islam juga bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam membantu orang yang dalam kalangan saya.

“Saya tahu apa masalah kami dan melalui Program Kembara Iman inilah saya dapat membantu sahabat-sahabat mualaf,” katanya.

Menerusi program itu, Triways Travel Network antara syarikat yang menghulurkan dana dari segi pengangkutan, penginapan, kelengkapan dan makanan buat jemaah mualaf yang terpilih untuk menunaikan umrah. Pihak lain yang turut sama menyumbang dan memberi kerjasama ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Baitulmal dan Hadid Holidays.

sumber :

http://www.karangkraf.com/mobile/cmlink/media-hiburan/trending/adam-corrie-adi-putra-tunai-umrah-bersama-mualaf-1.397813