12 Selebriti Malaysia 2018, Paling Ramai Followers Di Instagram!Cuba Tengok No.2 MasyaAllah Cantiknya!

Zaman berubah. Kini tahap populariti seseorang terutamanya selebriti lebih mudah ditentukan melalui jumlah followers mereka di media sosial seperti Instagram.

Artis antarabangsa terkenal, Selena Gomez telah dinobatkan gelaran Selebriti Paling Popular Dunia kerana mempunyai paling ramai followers atau pengikut di akaun Instagramnya iaitu berjumlah 130 juta. Selena berjaya mengalahkan teman baiknya Taylor Swift yang hanya memiliki 106 juta pengikut.

 


Jika dilihat dari lnstagram penyanyi lagu Hands To Myself ini, setiap kali Selena Gomez memuat naik foto baru pasti mendapat jutaan Like. Apakah yang membuatkan gadis ini sungguh istimewa? Hanya peminat dan pengikut Selena yang boleh menjawabnya.
Bagaimana pula dengan selebriti tempatan? Sehingga 26 November 2017 ini, siapakah yang mempunyai paling ramai pengikut di laman Instagram? Jom semak senarai di bawah.

#12 Fattah Amin, 2.7 JUTA

Populariti pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ini melonjak apabila memegang watak Kapten Ejaz Fakhri dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Juara Hero Remaja 2012 ini baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fazura sebelum berangkat mengerjakan ibadah umrah.

#11 Fasha Sandha, 3 JUTA

 

Hadir dalam dunia seni lakonan dengan bakat dan disiplin yang tinggi. Apa sahaja watak yang diberi kepadanya pasti dijayakan dengan penuh sempurna. Fasha mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli.

#10 Lisa Surihani, 3.1 JUTA

Bermula sebagai seorang model, Lisa menceburi bidang lakonan dalam usia yang muda. Melalui bakat seni lakonan yang mantap dan pakej rupa paras yang cantik, Lisa terus menjadi pilihan penerbit drama dan filem. Selepas mengakhiri zaman bujang bersama penyanyi dan pemuzik Yusry KRU, kini Lisa dikurniakan 2 orang anak yang comel.

#9 Awal Ashaari, 3.5 JUTA

 

 

Berkongsi jumlah pengikut dengan Che Ta, nama Awal Ashaari lebih menyerlah dalam dunia pengacaraan. Kepetahannya bertutur di hadapan kamera membuat penerbit TV sering memilihnya sebagai pengacara. Menjadi di antara pasangan selebriti popular setelah berkahwin dengan pelakon dan model Scha Alyahya.

 

#8 Rozita Che Wan, 3.5 JUTA

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, selain terkenal dengan rupa parasnya yang cantik langsing ini juga boleh membawakan watak komedi. Begitu komited dalam dunia lakonan sehingga pernah memenangi beberapa anugerah dalam dunia lakonan.

#7 Nur Fazura, 3.6JUTA

 

Pelakon yang membawakan watak utama dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia ini terkenal sebagai selebriti paling bergaya. Kini Fazura terus melakar nama dalam industri dengan menjadi penyanyi. Kini pelakon yang mempunyai jenama baju House of Doll ini terus rancak merencana langkah dalam perniagaan pula.

 

#6 Elfira Loy, 3.7 JUTA

 

Elfira menceburkan diri dalam bidang seni dalam usia yang begitu muda. Selain berlakon, Elfira turut mengembangkan bakat sebagai seorang pengacara. Baharu sahaja mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Suffian Suhaimi, Elfira juga sering menjadi pilihan jenama kecantikan menyuntingnya sebagai duta produk.

#5 Hanis Zalikha, 3.9 JUTA

Nama Hanis Zalikha terkenal sebagai blogger pada awal kemunculannya. Kemudian telah mula berlakon dan mengacara program TV. Hanis telah berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen dan mendapat seorang anak lelaki yang comel, Yusof Iskandar.

#4 Scha Alyahya, 4 JUTA

Nama Scha mula menjadi sebutan apabila menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Bergelar ibu kepada Lara Alana yang turut mempunyai pengikut yang ramai di Instagram iaitu 2.9 juta.

#3 Dato’ Sri Siti Nurhaliza, 4.6 JUTA

 

Penyanyi bersuara emas ini menduduki tempat ketiga dalam carta pengikut paling ramai di Instagram. Dato’ Sri Siti Nurhaliza bijak dalam mengatur perjalanan seninya sehingga kekal sebagai penyanyi Nombor 1 Malaysia. Beliau kini sedang mengandungkan anak pertama dengan perkahwinannya bersama Dato’ Sri Khalid Jiwa.

#2 Nora Danish, 5.1 JUTA

 

 


Suatu ketika dahulu Nora telah mengungguli takhta dengan gelaran selebriti paling ramai pengikut di Instagram. Kini Nora yang telah jatuh di tempat kedua juga sedang mengandungkan anak keduanya bersama Nedim Nazri.

Reyhan "Saya berhutang nyawa pada kamu" Dewi "Awak selamatkan saya dulu" Reyhan "Jika mengikut kontrak, pada Detik saya selamat kan kamu, kamu Akan jadi milik saya. Dan kemudian" Dewi memintas "Selepas saya selamatkan awak, hutang kita selesai" Reyhan "Kali ini Bukan soal hutang yang terlunas. Saya mahu… kita terus" Dewi resah. Reyhan "Maaf Jika kata kata saya" Dewi "Maaf? Sejak saya Kenal awak, beribu kali perkataan maaf keluar Dari mulut awak, Mmg orang Indonesia Suka Cakap maaf ye" Reyhan terpinga "Maaf" Dewi ketawa " haaa tu" Reyhan malu "Dewi saya ingin" Dewi "Kali ini saya pula hendak minta maaf. Saya tahu apa awak nak katakan. Maaf maaf maaf , saya , saya tak boleh" Reyhan "Jika alasan kamu Hanya kerana kisah silam kamu, maaf, saya sudah tahu semuanya Dari nenek" Dewi tergamam. Reyhan "Saya sudah jatuh Cinta sama kamu Dewi" Dewi tergamam. Dewi "Reyhan, saya tidak mahu kamu menyesal" Reyhan "Menyesal selagi kita melakukan dosa. Sesuatu yang luhur tidak harus disesalkan. Dewi, beritahu saya yang kamu Terima Cinta saya… dan saya berikhrar Akan menjadi imam kamu dunia akhirat " Film Bukan Cinta Malaikat. @filembukancintamalaikat Islamic love story Malaysia • Indonesia #Filming #BukanCintaMalaikat #Film #AzizMOsman #Capluk #AshrafMuslim #NoraDanish #FachryAlbar #AfidaEs #DewiAmanda #DynasMokhtar #Malaysia #Terengganu #BeautifulTerengganu #Indonesia #Bandung #Mekah #Madinah #Adam #Dewi #Reyhan #Farok #Balqish #NenekSuraya #Tasha @azizmosman @capluk @ashrafmuslim @noradanish @aialbar @dewiamanda @dynasmokhtar @owlbynd #owlbynd

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

 

#1 Neelofa, 5.4 JUTA

Neelofa merupakan selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram. Juga merupakan bekas Juara Dewi Remaja Neelofar terus melakar nama dalam bidang modelling, lakonan dan pengacaraan. Neelofa juga sedang rancak dengan perniagaan tudung dan minyak wangi. Berapa lama Neelofa mampu mengekalkan gelaran ini,hanya peminatnya yang dapat memastikan.

Jangan Lupa Komen

sumber :

Senarai 12 Selebriti Malaysia Paling Ramai Followers Di Instagram!