Ibu Dedah Kejahilan Yang Membunuh, Usus Bayi Malang Ini Cedera Akibat PETUA JAUNDIS, Wajib Baca!

Pengalaman menimang anak pertama sesungguhnya penuh dengan memori suka duka yang mematangkan ibunya. Kisah benar yang terjadi ke atas ibu muda bernama Nurul Adamiah Zahalani, 25, ini wajar dijadikan iktibar buat bakal-bakal ibu bapa apabila si kecil mengalami jaundis.

Kebanyakan bayi yang normal biasanya mendapat kulit yang berwarna kuning dalam masa beberapa hari pertama selepas kelahiran. Ia dikenali sebagai jaundis iaitu kandungan bilirubin dalam darah yang berlebihan. Bilirubin ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Kebiasaannya jaundis akan hilang dalam tempoh seminggu jika disusukan dengan kerap. Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan tambahan, iaitu fototerapi bagi memecahkan bilirubin berlebihan agar ginjal dapat membuangnya.

Namun sebagai ibu yang baru pertama kali berdepan situasi ini, perasaan bimbang tentu sukar disorokkan. Bermacam-macam petua dicuba sampaikan tiba-tiba anaknya mengeluarkan najis berdarah. Allahu, takutnya!
====================================
Tak tahu nak share macam mana kisah yang berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca dan di ambil pengajaran. Tanggal 26/12/16 lahirlah seorang putera sulung yang dinamakan Muhammad Furqan Bin Muhammad Luqman. Subhanallah, bersih sekali wajah anak tanpa dosa.

Hari ke-2 di rumah. Nurse datang check jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby pula tak berak. Well, parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby tak berak. Yang kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap-tiap malam. Tapi Furqan tetap tak berak.

Keesokan harinya kami terus ke Klinik Lily which is klinik tempat Furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang dan luka jahitan terasa sakit serta ngilunya lagi, jadi ayah Furqan ditemani Tokmi Furqan saja ke klinik. Diringkaskan cerita, doktor bagi ubat berak yang masuk melalui punggung tu. Terus dalam kereta baby berak penuh satu pampers.
Alhamdulillah. Lega ibu.

But kesedihan dan kebimbangan ibu bapa muda yang baru menimang anak pertama tak habis di sini saja. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaannya mencecah 180+ kalau tak silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai. Tambah-tambah bila baca keburukan jaundice pada baby boleh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Naaaahh.. maka bermulalah episod mencari penawar untuk jaundice Furqan. Tiap-tiap 3 hari mesti pergi ke klinik untuk check bacaan jaundice.

Ramai yang suggest bagi minum perahan anggur dan sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari orang-orang tua yang katanya penuh ilmu kebidanan. Ada yang suruh campur dengan susu kambing asli.
You know what? Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yang jadi mangsa anak kecil yang baru buka mata melihat dunia.
As a mom.. for sure sampai sekarang aku rasa bersalah sebabkan anak sendiri sakit dan warded. Tahu apa yang jadi lepas aku bagi semua tu?

Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yang baru lahir hanya boleh hadam susu ibu sahaja. Tak boleh benda lain. Even formula milk pun kene yang betul-betul untuk newborn.

Usus furqan luka disebabkan semua benda yang aku bagi even setitik dua. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa pi klinik dan klinik buat surat untuk dimasukkan ke HRPZ.

Suami Whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital dan mintak aku siapkan semua baju-baju. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang tak boleh duduk. Just boleh baring dan jalan. Tapi demi anak… gagahkan juga diri.

Furqan & ayah time dalam wad baby. Sebelah tangan dah ada jarum
And as expected, semua yang aku takutkan di hospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dalam wad baby. First masuk baby kene x-ray dan ambil darah kat kaki. Furqan anak yang tersangat baik. Di antara puluhan baby dalam wad tu, Furqan tak nangis pun. Diam jer dia. Ibu tatap anak ibu dengan sebak. Tiba-tiba ternangis pulak. Semua penyesalan ada.

Diantara ibu-ibu dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan Furqan walaupun nurse suruh masuk bilik dan tinggalkan baby. No no no. Memang taklah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tidur. Tapi Furqan ni sejenis tak boleh dengar bunyi walaupun sikit. Mesti tak boleh tidur.

Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak boleh masuk time-time tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Macam-macam berlaku kat Furqan. Pengalaman pahit yang takkan pernah aku lupa. Haishh… kalau ingat balik menitis ayaq mata oii.. ibu terasa nak menjerit dan mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan anak ibu mangsa keadaan.

Tangan Furqan membengkak disebabkan kecuaian staf kat situ. Mesin tak beroperasi dengan baik. Aku pulak yang kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik Furqan tersangkut dan bunyi beep beep kuat sangat. Mengganggu baby-baby lain nak tidur.

2 kali tukar mesin tapi tak menjadi. Lastly nurse tu tolak syringe yang besar gedabak tu masukkan terus. Apa lagi menangis tak bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tangan Furqan. Aku hanya tidur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap dan ada doktor datang ambil Furqan tanpa bagitau aku sepatah kata.
Datang bagi balik dengan baju hijau hospital yang penuh darah. Sebelum tu aku dengar jer suara Furqan menangis kuat. Mungkin doktor tengah ambil darah. Betul la, kat tangan baby dah lebam-lebam. Aku ambil baju baby dalam almari hospital dan tukar. Hari tu aku nekad untuk bawa baby keluar.

Actually. Masuk hari ke-2, Furqan dah tak berak berdarah. Doktor pakar datang follow up hari-hari dah takde apa-apa masalah. Cuma mereka still nak ambil darah dan pantau. Aku pun selama berada di situ selalu tenangkan hati. Pi ronda-ronda tengok baby yang jauh lagi sakit dari Furqan. Ada makcik yang sebilik dengan aku dah 3 bulan dalam hospital. Well.. dia lg tabah kot.

Bayi tak perlu apa-apa makanan di bawah 6 bulan
To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ada. Jangan panik dan cepat risau. Ikut cakap doktor. By the way, Furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning tak hilang.
And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.
====================================

Dalam perkembangan terkini, Nona dimaklumkan bahawa Furqan kini sudah pun berusia 13 bulan. Alhamdulilah dia semakin sihat dan comel. Semoga peristiwa pahit yang berlaku pada Nurul Adamiah Zahalani tidak akan berulang pada ibu-ibu lain serta paling penting, jangan mengikut petua orang tanpa nasihat doktor!

Jangan Lupa Komen

 

Jaundis

Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.
Apakah puncanya?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?

50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.
Bagaimana merawat jaundis?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.

Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis.

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

sumber:

Kejahilan Yang Membunuh, Usus Bayi Malang Ini Cedera Akibat PETUA JAUNDIS! Ibu-Ibu Muda Wajib Baca

https://www.babycenter.com.my/a1031136/jaundis