9 Selebriti Popular Yang Memiliki Anak Kembar Comel, Yang Last Jarang Di Tonjolkan Di Kaca TV!

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan.

Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.

Tahniah di ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki pada 29 Disember lalu.

Memang seronok sangat jika dikurniakan anak kembar. Antara pasangan kembar paling popular ialah anak kepada pelakon Eina Azman. Memang comel sangat.

Kali ini, kami ingin kongsikan 9 selebriti yang memiliki anak kembar yang sangat comel. Ada di antara selebriti ini pasti ramai yang tidak tahu bahawa mereka memiliki anak kembar.

1. Eina Azman


Anak pasangan ini antara yang menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, pelakon Eina Azman dan suami dikurniakan sepasang anak kembar comel iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

2. Sazzy Falak

We're ready for the upcoming school holiday! Are you? #imaanlilytiararose ❤️

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on

Pelakon dan pengacara Sazzy Falak turut memiliki anak kembar perempuan Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini berusia 7 tahun.

3. Zarina Zainuddin


Memiliki sepasang anak kembar autistik iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal)ternyata cabaran besar buat pelakon Zarina Zainuddin.

4. Nurul Syuhada Nurul Ain

Thank you @iqbalabdulrahim for the balloons 🎈🎈🎈🎈🎈🎈 #twinsbirthday

A post shared by NSNA (@nurulsyuhadanurulain) on

 

 

Personaliti TV Nurul Syuhada Nurul Ain juga memiliki sepasang anak kembar comel yang kini berusia 4 tahun. Pasangan kembar itu diberi nama Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan.

5. Dr. Sheikh Muszaphar


Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan pasangannya Dr. Halina juga baru menimang kembar lelaki comel yang diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia 5 bulan.

6. Zizie Ezette


Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Zizie Ezette disahkan hamil anak kembar. Pada 29 Disember lalu, Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki yang diberi nama Adam dan Alif.

7. Sharifah Aleya


Mesti ramai yang tidak tahu anak sulung pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya merupakan kembar perempuan iaitu Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf yang kini berusia 9 tahun.

8. Fad Bocey

Pelawak popular Fad Bocey juga dianugerahkan kembar lelaki yang cukup comel iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang kini berusia 3 tahun.

9. Ziana Zain

Penyanyi bersuara lantang Ziana Zian juga antara selebriti yang memiliki sepasang anak kembar yang kini berusia 9 tahun. Nama anak kembar Ziana Zain memang cukup unik iaitu Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel.

sumber :

https://www.rotikaya.com/9-selebriti-popular-yang-memiliki-anak-kembar-comel/

Via

 

(FOTO) 9 Selebriti Terkenal Malaysia Ini Yang Mempunyai Anak KEMBAR!! Comel Sangat!