Walau Hanya 2 Rakaat, Ini Alasan Solat Gerhana Dilakukan Dengan Durasi yang Panjang..MasyaAllah!

Dari Abu Musa RA, ia berkata,

”Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut karena khawatir akan terjadi hari kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan shalat dengan berdiri, ruku’ dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan shalat sedemikian rupa.”. (HR. Muslim).

Sudah pernah melaksanakan shalat gerhana? Meskipun hanya 2 rakaat, faktanya shalat gerhana bisa memakan waktu cukup lama lho.

Mengapa demikian? Karena kita dianjurkan membaca surah quran yang panjang dan baru selesai shalat setelah gerhana berlalu.

“Maka apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.” (HR. Muslim)

Shalat gerhana dilakukan dalam 2 rakaat namun memiliki 4x ruku’, yakni 2x ruku’ di masing-masing rakaat.

“Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhu, dia berkata bahwa telah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW melakukan shalat bersama-sama denan orang banyak. Beliau berdiri cukup lama sekira panjang surat Al-Baqarah, kemudian beliau SAW ruku’ cukup lama, kemudian bangun cukup lama, namun tidak selama berdirinya yang pertama. Kemudian beliau ruku’ lagi dengan cukup lama tetapi tidak selama ruku’ yang pertama.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pada rakaat pertama, surat yang dibaca setelah Al Fatihah diutamakan adalah surat yang panjang, seperti Al Baqarah.

Sedangkan pada rakaat kedua, setelah Al Fatihah, yang dibaca surat panjang sekitar 200-an ayat, seperti Ali Imran.

Lebih utama bila pada rakaat pertama pada berdiri yang pertama setelah Al-Fatihah dibaca surat seperti Al-Baqarah dalam panjangnya.

Sedangkan berdiri yang kedua masih pada rakaat pertama dibaca surat dengan kadar sekitar 200-an ayat, seperti Ali Imran.

Ruku’ Lama
Yang dimaksud dengan panjang disini memang sangat panjang, sebab bila dikadarkan dengan ukuran bacaan ayat Al-Quran, bisa dibandingkan dengan membaca 100, 80, 70 dan 50 ayat surat Al-Baqarah.

Panjang ruku’ dan sujud pertama pada rakaat pertama seputar 100 ayat surat Al-Baqarah, pada ruku’ dan sujud kedua dari rakaat pertama seputar 80 ayat surat Al-Baqarah.

Dan seputar 70 ayat untuk rukuk dan sujud pertama dari rakaat kedua. Dan sujud dan rukuk terakhir sekadar 50 ayat.

Dalilnya merujuk pada hadis-hadis shahih yang telah disepakati para ulama.

“Dari Ibnu Abbas ra berkata,”Terjadi gerhana matahari dan Rasulullah SAW melakukan shalat gerhana. Beliau beridri sangat panjang sekira membaca surat Al-Baqarah. Kemudian beliau ruku’ sangat panjang lalu berdiri lagi dengan sangat panjang namun sedikit lebih pendek dari yang pertama. Lalu ruku’ lagi tapi sedikit lebih pendek dari ruku’ yang pertama. Kemudian beliau sujud. Lalu beliau berdiri lagi dengan sangat panjang namun sidikit lebih pendek dari yang pertama, kemudian ruku’ panjang namun sedikit lebih pendek dari sebelumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sudah siap melaksanakan shalat gerhana?

 

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) Yang Lengkap

By Nazurah Hassan January 30, 2018
Menurut FalakOnline, kejadian Gerhana Bulan berlaku apabila jasad Bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi yang berada di angkasa lepas.

Fenomena ini hanya boleh berlaku ketika Bulan berada di dalam Fasa Purnama (Bulan Penuh) sahaja. Ketika ini, Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna. Yang terbaru, kita dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena ini pada 31 Januari 2018, seperti yang dilaporkan oleh ANGKASA Malaysia.

Subhanallah, ia merupakan antara tanda kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada kita.

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk melakukan beberapa amalan sunat ketika berlakunya kejadian ini. Solat Sunat Gerhana Bulan adalah salah satu ibadah yang amat digalakkan.

 


Foto Kredit: angkasa.gov.my

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) Yang Lengkap

Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

1. Hukum Solat Gerhana

Hukum menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) ini adalah sunat muakkad.

Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

2. Dalil Tentang Solat Sunat Gerhana

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Foto Kredit: ahlesunnatuljamaat.com

3. Waktu Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai fenomena tersebut.

Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia untuk mendirikan solat sunat ini sama ada di rumah atau secara berjemaah.

4. Lafaz Niat

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

5. Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

1-Takbiratul Ihram
2-Membaca doa Iftitah
3-Membaca surah al-Fatihah
4-Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
5-Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
6-lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7-Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
8-Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
9-Iktidal
10-Sujud dan membaca tasbih
11-Duduk antara dua sujud
12-Sujud kembali
13-Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1-Membaca surah al-Fatihah
2-Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
3-Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
4-lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5-Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
6-Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
7-Iktidal
8-Sujud dan membaca tasbih
9-Duduk antara dua sujud
10-Sujud kembali
11-Membaca tasyahud akhir
12-Memberi salam
*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.


Foto Kredit: radiosilaturahim.com

Nota Tambahan

i) Jika solat berjemaah – Apabila makmum tertinggal ruku’ yang pertama sama ada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat rakaat itu. Maka, dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

ii) Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Solat Sunat Gerhana Bulan juga boleh dilakukan seperti biasa (hanya sekali ruku’ dalam setiap rakaat) seperti solat biasa tanpa memanjangkannya. Walaupun sah, namun cara ini tidak digalakkan kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Sumber Rujukan:

http://muftiwp.gov.my/ms/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-2018

http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/ilmu-falak/927-gerhana-matahari

https://pusatislam.unimap.edu.my/v2/index.php/en/17-ilmiah/75-solat-sunat-gerhana-matahari-dan-bulan

 

 

Sumber: http://islamidia.com/walau-hanya-2-rakaat-ini-alasan-sholat-gerhana-dilakukan-dengan-durasi-yang-panjang/

 

via

 

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) Yang Lengkap