“Adakah betul Dato’ beragama Islam?” – Deep! Berani Netizen Ini Tegur Sikap Menunjuk Jutawan Kosmetik Popular Ini

‘Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato’ beragama Islam?’ – Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik

Baru-baru ini, pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memuat naik gambar jagung bakar yang dibelinya ketika berada di Lombok, Indonesia dengan kapsyen berikut:

“Jurujual penipu. Mentang-mentang saya nampak rupa orang luar, dia jual jagung ini 30,000 rupiah. Padahal 5,000 rupiah saja.

“Saya pula beli lebih 10 batang untuk disedekahkan. Siapa pergi Lombok (pernah) kena tipu macam saya?” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, tampil seorang netizen, Meita Tristiana, memberi teguran yang paling ‘deep’ untuk penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ berkenaan, malah turut mendapat reaksi positif netizen lain.

“Saya dibesarkan di keluarga yang berbeza agama. Saya memilih Kristian , sementara abang saya memilih Islam.

“Pernah dahulu ketika di zaman sekolah, saya memberi wang saku saya kepada pengemis dan pulang dengan bangga memberitahu perkara itu kepada abang saya dengan berfikir bahawa abang saya pasti suka dan memuji tindakan saya.

“Tetapi lain yang saya dapat. Abang saya bukannya mahu memuji, tetapi dia menasihati saya. Dia berkata, dalam Islam orang yang mulia adalah semasa dia memberi dengan tangan kanannya tanpa diketahui oleh tangan kirinya.

“Kerana perkara itulah saya merasa bangga mempunyai abang yang beragama Islam. Tetapi bila saya mengetahui perangai Dato’ yang selalu menunjuk semasa memberi sedekah, timbul persoalan saya. Adakah betul Dato’ seorang yang beragama Islam?

“Kalau betul, kenapa tak sama dengan apa yang abang saya katakan?” tulis Meita.

Tepat, padu dan pedas sekali teguran yang diberikan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua agar jangan suka menunjuk-nunjuk apabila memberi sedekah. Cukuplah hanya sekadar diri dan Allah sahaja yang mengetahui niat dan tindakan kita itu.

Sementara itu, netizen lain juga turut meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung perkara yang sama, malah ada netizen dari Indonesia menafikan harga sebatang jagung, 5,000 rupiah.

“Saya orang Indonesia. Mana ada jagung kat sini 5,000 rupiah,” kata Ikhsan Wieharto.

 

Biodata Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman & latar belakang SYarikat D’herbs.

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Kini beliau berusia 28 tahun dan di anugerah sebagai pangakat dato.Beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu DATIN NUR SHAHIDA MOHD RASHID.Antara latar belakang beliau ialah beliau pada mulanya telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

Seterusnya,penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.

Apabila habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

Malahan,dengan bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri.

Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat ini ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini syarikat ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.

Pada masa kini,D’Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.

sedekah berkah dan indah

Perumpamaan sedekah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Luas Karunia-Nya lagi maha Mengetahui. (QS:Al Baqarah:27)

Al Jurjani memberikan definisi sedekah ialah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Hal tersebut juga berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap ridho Allah.

Dalam sebuah tausiahnya, Ustadz Yusuf Mansur menyampaikan bahwa sedikitnya ada empat keutamaan bersedekah. Pertama, mengundang datangnya rezeki. “Allah berfirman dalam salah satu ayat Alquran bahwa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hamba-Nya dengan 10 kebaikan. Bahkan di ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan. Ali bin Abi Thalib pernah menyatakan, “Pancinglah rezeki dengan sedekah”.

Sedekah adalah suatu amalan yang baik yang apabila dilakukan mendapatkan pahala,

sedekah itu banyak sekali jalannya antara lain seperti :tolong-menolong merupakan contoh sederhana dari perbuatan sedekah.

Bahkan senyum,bicara baik merupakan sedekah juga lho, sebagaimana Hadist Nabi SAW :

“Bicara baik merupakan sedekah”

Mungkin sedekah terasa berat sekali bagi yang belum pernah/belum terbiasa melakukannya,tapi jika anda sudah terbiasa melakukannya maka sedekah akan terasa ringan,mudah dan lebih terasa indah.

INDAHNYA SEDEKAH

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di Jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui
(QS Al-Baqarah [2]:261)

Saat ini negara Indonesia tercinta, sekali lagi, TERCINTA, memang belum bisa memberikan kemakmuran yang layak bagi rakyatnya. Meskipun kaya raya akan hasil alam, tetapi hampir semua hasil tersebut dinikmati oleh sekelompok orang tertentu, dan sebagian lagi dinikmati oleh orang asing. Bahkan di sebuah negara yang kaya raya akan minyak, tetapi rakyatnya tidak mampu membeli minyak. Ironis memang.

Islam sebenarnya sudah memberikan solusi yang tepat untuk menyelesaikan, atau paling tidak meringankan permasalahan orang yang kurang mampu. Solusi tersebut adalah melalui, yang tentunya sudah kita kenal dengan baik, yaitu zakat, infak dan sedekah. Allah swt menegaskan bahwa dalam harta orang-orang kaya terdapat hak orang miskin. Bila ada orang kaya yang tidak mengeluarkan zakatnya, maka sesungguhnya ia telah mencuri harga orang miskin. Kalau kita cermati, sebenarnya zakat itu tidak besar kok jumlahnya, hanya 2,5% yang relatif kecil jika dibandingkan dengan pajak PPN yang sebesar 10 persen, atau bahkan pajak undian yang sampai 20%.

Jika seorang kaya dengan segala ketulusan hati dapat memberikan bantuan secara maksimal untuk orang miskin, maka dapat dipastikan bahwa upaya mengentaskan kemiskinan akan berjalan baik dan jurang pemisah yang menganga lebar antara si kaya dan si miskin akan tereliminir. Dengan catatan, kalian yang miskin jangan jadi pemalas dan hanya mengharapkan sedekah saja. OK?? Fair kan? Sejarah telah menunjukkan bahwa para sahabat Nabi merupakan orang yang sangat antusias dalam derma.

Perlu juga dicermati, bahwa harta yang kita peroleh secara halal, dari gaji misalnya, harus disucikan dengan zakat 2,5%. Sebenarnya cara kita memperoleh harta tersebut memang tidak murni seratus persen. Kadang-kadang kita bertengkar dengan teman kantor karena urusan pekerjaan, atau kita mengeluh karena pusing oleh pekerjaan. Nah, untuk itulah maka ada nilai sebesar 2,5% yang harus kita ikhlaskan agar hal-hal buruk yang terjadi ketika kita mendapatkan harta menjadi hilang. Dengan demikian sisanya merupakan harta yang benar-benar barokah.

Hal ini tidak berlaku bagi harta yang memang sejak awal sudah tidak halal. Seorang koruptor yang melakukan korupsi sebesar 1 Milliar tidak dapat dengan serta merta memberikan zakat sebesar 25 juta sehingga harta korupsinya menjadi halal. Ini sangat tidak benar. Harta korupsi tetap tidak berkah dan tidak dapat disucikan dengan 2,5%. Koruptor tersebut harus mengembalikan seluruh harta korupsi, beserta kerugiannya dan harus menanggung risiko hukum dan sosial akibat perbuatannya. barulah impas. Jadi, kalau dipikir-pikir, kalau harta kita halal, maka kewajiban kita hanya 2,5%. Tapi kalau harta kita tidak halal, maka kewajiban kita lebih besar dari pada harta yang telah kita peroleh tadi. Nah… Anda milih yang mana.

 

sumber:

http://www.thereporter.my/2018/01/menunjuk-semasa-memberi-sedekah-adakah.html?m=

Via

http://alfalah-entrepreneurs.blogspot.my/2015/11/biodata-dato-aliff-syukri-kamarzaman.html?m=1

Via

http://sedekahindahberkah.blogspot.my/2010/03/sedekah-berkah-dan-indah.html?m=1