“Mengapa solat walaupun tidak bertudung” Respons Pedas Adik Neelofa Ini Buat Netizen Tergamam!

Gara-gara memuat naik gambar sejadah di laman sosial, adik kepada Neelofa, Ameera Khan terus menerima kecaman dari netizen yang mempertikaikan mengapa dia solat walaupun tidak bertudung.

Tersentak dengan kritikan tersebut Ameera kemudian membalasnya dengan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

Menurut kenyataan dari laman Twitternya, “Adalah lebih baik sekiranya saya bermula dengan sembahyang dan kemudian berhijab. Apa guna bertudung kalau tak solat”?”

Nah baca dan nilai.

 

Pendapatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Boleh dikatakan ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana kedua-duanya adalah perkara yang wajib ditunaikan.

Ini antara komen dari mereka:


Kalau lawan cakap begini, masing-masing mestilah nak menang kan? Apa yang pasti matlamat tak menghalalkan cara betul tak?

Ada betulnya apa yang dikatakan netizen tapi tak eloklah pula menegur dengan cara kasar begitu kan?

Buat Ameera, diharap ambillah teguran tersebut secara positif ya.

 

Gambar Terkini Ameera Khan, Adik Neelofa. Cuba Tengok Gambar

Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa gadis jelita ini. Mungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa ini iaitu Ameera Khan, lagi-lagi dia pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan yang lalu.

Terbaru, gadis kacukan ini telah dipilih menjadi personaliti muka hadapan majalah hiburan EH!

Sepertimana yang kita tahu, Ameera Khan merupakan social media influencer yang pantas mencuri perhatian dan sehingga kini mempunyai jumlah pengikut mencecah angka 700 ribu orang.

Gambar Terkini :

 

Gambar Ameera Bertudung:

 

Sumber :

https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=38198

via

http://kita-layan.blogspot.my/2017/09/masih-ingat-dengan-adik-neelofa-inilah.html?m=1