“Apa Maksud Zul Ariffin?” – Zainol Macwilson membidas kenyataan aktor Zul Ariffin

BAPA pelakon Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson membidas kenyataan aktor Zul Ariffin sebelum ini yang menyifatkan dirinya perlu lebih ‘gentleman’ dan matang.

Zainol ditemui berkata, dia tidak faham apa maksud yang ingin disampaikan Zul.

“Usia saya kini sudah menjangkau 60 tahun. Saya sudah berkahwin dua kali dan ada empat anak yang sudah besar.

“Terus terang saya tak faham dengan maksud Zul yang mengatakan saya harus lebih matang sedangkan saya lebih lama hidup dan faham dengan asam garam kehidupan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurut Zainol, dia tidak pernah menghalang anaknya berkawan dengan Zul namun dia harus faham maksud sebenar berkawan itu.

“Saya difahamkan mereka masih lagi berkawan. Saya tiada masalah sekiranya Zul mahu terus berkawan dengan Zahirah.

“Saya juga tidak pernah kata tak suka padanya. Cuma saya mahu dia faham definisi berkawan yang dikatakannya selama ini,” katanya.

Zainol berkata, seboleh-boleh tidak mahu Zahirah menjalin cinta kerana usianya masih muda dan mempunyai potensi besar sebagai pelakon.

“Saya selalu nasihat kepadanya supaya tidak mudah tergoda atau terjebak dengan percintaan sesama artis.

“Saya tak nak dia hanyut kerana cinta. Saya mahu dia fokus terhadap karier kerana masih muda dan mempunyai potensi besar sebagai pelakon.

“Lagipun perjalanannya masih jauh. Dia tidak perlu bimbang, saya pasti ramai lelaki akan terpikat dengannya apabila tiba masa nanti. Saya tak nak dia dipergunakan oleh mana-mana lelaki buat masa ini,” katanya.

Zul dalam satu kenyataan sebelum ini keliru dengan tindakan bapa kekasihnya, Zahirah mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi seolah-olah hubungan mereka tidak baik dan direstui.

Zul dalam kenyataan berharap, Zainol bersikap matang dan berterus terang sekiranya tidak merestui hubungan cinta mereka berdua daripada menggunakan media sosial sebagai medium.

“Mak Pergi Sebelum Hajat Kami Tunaikan Umrah” – Zul

SELEPAS kematian ibu yang tercinta, Zul Ariffin dikatakan bagai ‘hilang’ arah dan langsung tiada semangat untuk meneruskan hidup.

“Lepas mak saya pergi, saya terus hilang fokus. Sebelum ni saya buat kerja, saya bagitahu dia semua sekali dan semua yang saya buat tu untuk gembirakan dia,” luah Zul dipetik daripada video temubual oleh BH Online.

Sebelum pemergian ibunya, Allahyarhamah Robiah Nasir, 66, pada 5 Disember lalu, Zul telah ‘menghilangkan diri’ seketika daripada media sosial kerana ingin berehat daripada kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

Maka, itu ialah perkongsian pelakon bertubuh sasa itu buat pertama kali selepas pemergian ibunya dan kini dia sudah kembali aktif di laman Instagram dengan semangat yang baharu.

Walaupun kontoversi hebat telah melanda dirinya sebelum ini, itu tidak mampu untuk melawan kepedihan dan kesedihan atas kehilangan yang amat besar itu.

“Saya rasa sangat lost dan tak boleh nak pikir apa. Pemergian mak saya tu sangat-sangat memberi kesan yang mendalam dalam diri dan kerjaya saya,” katanya lagi.

Zul juga dikatakan tidak sempat sampai ke kediaman kakaknya di Damansara ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Disebabkan itu, pelakon berusia 31 tahun itu berasa sedikit terkilan namun tetap berpuas hati kerana sebelum itu mereka sempat berbual panjang.

“Saya pun tak sempat nak jumpa arwah, saya sampai je, dia dah tak ada… Tak ada apa-apa pesanan langsung yang sempat saya dengar.

“Tapi cuma beberapa hari sebelum mak saya meninggal, saya sempat sembang panjang dengan dia. Kami pergi jalan-jalan, saya pimpin tangan mak saya waktu lintas jalan.

“Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba mintak maaf dengan dia atas semua kesilapan yang pernah saya buat. Kami sembang tentang perancangan saya, saya nak bawa dia ke umrah dan macam-macam lagi,” luah Zul dalam keadaan sedih.

Dalam masa yang sama, Zul turut menolak beberapa tawaran kerana keadaan dirinya yang masih lagi bersedih atas apa yang terjadi.

“Sekarang ni pun saya di Dubai. Abang angkat saya bercuti dengan keluarga dia dan ajak saya sekali jadi saya pergi je lah boleh tenangkan diri sekejap.

“Sepatutnya saya ke Dubai dengan arwah… Memang saya nak bawa arwah ke Dubai, lepas Dubai, kami akan terus tunaikan umrah. Jadi, nak buat macam mana, tak sempat kan,” ujar Zul lagi yang kini kembali berimej jambang ketika di sana.

Disebabkan hajatnya tak kesampaian untuk membawa ibunya ke Dubai dan Mekah, Zul tetap meneruskan hasratnya untuk menunaikan umrah pada bulan hadapan.

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan kita sebagai manusia biasa tak mampu untuk melawan takdir serta ketentuan Yang Maha Esa. Semoga Zul tetap tabah untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia seni.

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/310591/saya-tak-faham-metrotv

“Apa Maksud Zul Ariffin?” – Zainol Macwilson

“Mak Pergi Sebelum Hajat Kami Tunaikan Umrah” – Zul