10 Gambar Wajah Terkini Heroin-Heroin Yang Pernah Popular Awal 90-An. Cuba Tengok No.2 Berubah Sakan!

Sebelum wujudnya nama-nama seperti Janna Nick, Hannah Delisha, Ayda Jebat dan beberapa barisan heroin popular, mereka di dalam senarai ini pernah memberi impak yang besar dalam dunia lakonan.

Sungguhpun kehidupan mereka tidak pernah menjadi viral seperti sesetengah selebriti popular kini, mereka cukup diminati dan disayangi oleh mengikut filem dan drama tempatan.

Namun dengan adanya perubahan terutamanya dalam industri nama mereka semua semakin lama semakin dilupai.

Namun mereka bukanlah terus menyepi tetapi mungkin masing-masing sibuk dengan hala tuju dan kehidupan mereka tersendiri.

Jika korang tengok sendiri gambar-gambar ini pasti korang akan terimbau kembali zaman dulu-dulu.

Nah ini dia 10 selebriti yang sentiasa dirindui.

1.Suhaila Sulaiman

Di sebalik kejayaan yang digapai Faizal, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon. Pernah bergandingan bersama-sama dalam drama Sayang Puteri, Suhaila Sulaiman kini berusia 41 tahun dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga selain membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Faizal dan Suhaila dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang kini berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki bernama Fazrick. Mengamati wajah kedua-dua permata hati pasangan romantis ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.

2.Nasha Aziz

Nasha Aziz memang ramai yang kenal. Dia bukan sahaja membina kerjaya sebagai model, malah turut sukses sebagai seorang pelakon yang berbakat.

Walaupun sudah menganjak umur hamoir 50 tahun, usianya itu tidak pernah membuatkan Nasha Aziz kelihatan menua malah dia di lihat kekal langsing dan cantik.

Nasha yang sekarang sudah menginjak umurnya 46 tahun, dia katakan agak kurang aktif dengan dunia seni. Jika dahulu dia sering di gandingkan dengan pelakon lain seperti Rosyam Noor,Azhar Sulaiman, Hans Issac dan ramai lagi.Kini Nasha Aziz di katakan banyak menyendiri dari aktiviti lakonan.

Menurut netizen juga mereka sangat kagum dengan kecantikan Nasha Aziz walaupun usianya sudah melebihi 40-an dan bakal masuk 50-an .

 

3.Eja @ Siti Sharizah Saifuddin

Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, dilahirkan pada 18 Januari 1972 di Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia.

Siti Shahrizah Saifuddin merupakan pengacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di RTM1 mengenai fesyen dan gaya hidup – Gaya, dan Ntv7 dalam rancangan You Asked For It, program maklumria (infotainment).

4.Melissa Saila

Melisa binti Mohd. Alias (atau lebih dikenali sebagai Melissa Saila; 3 April 1972) merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pelakon veteran Mariani dan anak saudara kepada Saloma. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kecil sama ada dalam rancangan televisyen, filem atau pementasan teater.

5.Pushpa Narayan

Pushpa Narayan merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang berketurunan India.Pushpa Narayan telah memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai pengalaman peragaan di 2003-2005, dan telah berlakon dalam beberapa filem Malaysia yang diarah oleh pengarah yang terkenal

6.Emelda Rosemila

Emelda Rosmila binti Abdul Hamid (lahir 14 Mac 1980) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, berasal dari Ipoh, Perak.

Emelda telah diijabkabulkan dengan pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Chemor, utara Ipoh, Perak.Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Zainudin Abdul Arshad.

Emylia Rosneida yang merupakan seorang pelakon, juga adalah kakak beliau.

7.Lana Nordin

Mazlina Hasan Nordin atau dikenali sebagai Lana Nordin (juga dikreditkan sebagai Lana Nodin) ialah seorang peragawati yang kemudian menjadi pelakon[perlu rujukan] di era 2000-an. Beliau dilahirkan pada 5 Mei, 1979 di Kuching, Sawarak, Malaysia dan kini mendapat jolokan sebagai Pamela Anderson Malaya.[perlu rujukan]

8.Vanidah Imran

Vanidah binti Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran (lahir 8 Februari 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia. Beliau pernah melakonkan banyak drama televisyen dan filem wayang. Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon Rashidi Ishak.[1][2] Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.[3]

9.Hetty Sharlene

Hetty Sarlene binti Abdul Hamid (lahir 21 April 1984) atau lebih dikenali sebagai Hetty Sarlene ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura yang kini menetap di Malaysia. Selepas mengadakan persembahan di dua pertandingan antarabangsa pada 1999, beliau mengikat kontrak bersama New Southern Records. Selepas menerbitkan dua album bersama mereka dan memenangi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik, beliau beralih ke bidang lakonan.

10.Jeslina Hashim

Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim atau lebih dikenali sebagai Jeslina Hashim merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Beliau juga pernah berlakon filem dibawah arahan Aziz M. Osman memegang watak utama iaitu filem Seri Dewi Malam

So dalam 10 senarai nama yang ada ni, siapa paling korang rindukan?

 

sumber :

[GAMBAR] 10 Wajah Terkini Heroin -Heroin Yang Pernah Popular Awal 90-An

https://ms.m.wikipedia.org/wiki

https://www.nona.my

https://kisahdunia.com