Wajah Dulu & Kini 10 Hero Malaya Dambaan Wanita Tahun 90-an Yang Bertahan Hingga Kini!

Bercerita tentang hero lelaki masa kini, hadir lengkap dengan rupa dan bakat, boleh jadi pelakon. Pilihan dari Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Remy Ishak sehinggalah ke Fattah Amin, semestinya dikenali dan menjadi dambaan wanita. Namun, tahukah anda sebelum adanya hero-hero ini, ada 10 hero malaya yang menjadi pujaan sekitar tahun 90-an dan bertahan hingga kini. Siapakah mereka?

Azhar Sulaiman

DULU


Gambar: Youtube

KINI


Wajahnya sering menghiasi kaca televisyen bermula dari tahun 1989 lagi. Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang senibina dan turut bergelar seorang arkitek, nama Azhar Sulaiman lebih dikenali sebagai seorang pelakon dan juga pengacara sekitar tahun 90-an. Perjalanan kariernya sebagai pelakon TV dan filem di Malaysia sama rancak dan menjadi antara pelakon lelaki pujaan terutamanya selepas filem lakonannya, Abang 92 ke layar perak. Kini berusia 45 tahun, Azhar Sulaiman masih bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan dan turut menabur bakti dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Filem-filem terbaik lakonan Azhar Sulaiman:
Interlude (1992)
Abang 92 (1992)
Bisikan Cinta (1995)
Sayang Salmah (1995)
Jimi Asmara (1995)
Impian (1996)
KLU (1999)
Trauma (2004)

 

Rosyam Nor

DULU


Gambar: Utusan

KINI


Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor bin Shamsuddin layak digelar bagi pelakon lelaki yang hangat dulu, kini dan selamanya! Percubaan pertamanya sebagai pelakon pembantu dalam Gila-Gila Remaja pada tahun 1985 berjaya meletakkan namanya terus kehadapan. Setelah beberapa watak pembantu, Rosyam terus memegang watak utama menerusi filem Suami, Isteri dan… dan kemudiannya beberapa lagi filem aksi dan romantik komedi. Rosyam Nor adalah satu contoh tepat bagaimana anak seni dengan jiwa lakonan yang mendalam, berusaha gigih bertapak sehingga berjaya membuka syarikat penerbitannya sendiri, Suhan Movies. Tampil dengan biografinya yang penuh inspirasi Rosyam Nor: Impian Jutawan Budak Setinggan, tidak kira sama ada di kaca TV dan layar perak, wajah Rosyam Nor akan sentiasa tersemat dihati kita sebagai hero malaya terbaik.

Filem-filem terbaik lakonan Rosyam Nor:
Gila-Gila Remaja (1986)
Kanta Serigala (1991)
Suami, Isteri dan… (1998)
Lenjan (1998)
Gerak Khas The Movie (2001)
KL Menjerit (2002)
Laila Isabela (2003)

Faizal Hussein

DULU

 


Gambar: Youtube

KINI


Anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail ini mendapat ‘tiket mudah’ apabila menjadi teraju utama sebagai Azroy dalam filem arahan bapanya, Gila-Gila Remaja. Walaupun mewarisi populariti ibu dan bapanya, Faizal Hussein membuktikan dia juga boleh berdiri atas bakatnya sendiri apabila terus mendapat perhatian ramai tidak hanya pada filem, tetapi juga drama televisyen. Selayaknya digelar pelakon yang ‘mahal’ masa kini, Faizal berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Masih bergiat aktif dan terus meletakkan popularitinya sebaris hero-hero muda pujaan remaja, Faizal Hussein turut bergelar seorang penulis dengan hasil penulisannya boleh dibaca menerusi buku Limelight. Biar pun berpuluh-puluh anugerah digondol sepanjang pembabitannya, wajah Faizal Hussein akan terus kita lihat menghiasi industri perfileman dan drama tanahair kerana itulah bakat berharga yang diwarisi oleh arwah bapanya.

Filem-filem terbaik lakonan Faizal Hussein:
Gila-Gila Remaja (1986)
Kanta Serigala (1991)
Bayangan Maut (1991)
XX-Ray (1992)
Sate (1997)
MX3 (2003)
Bunohan (2012)

Datuk Awie

DULU


Gambar: Utusan

KINI

Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie cukup dikenali sebagai seorang pelakon dan juga vokalis utama kumpulan rock tersohor, Wings. Memulakan kerjayanya pada tahun 1985, tuah bekerja di Panggung Anniversary, Kuala Lumpur pada usia 17 tahun membuatkan beliau mengenali kumpulan Search, Ella dan ramai lagi selebriti popular dengan lebih dekat. Dari situlah dia menbentuk bakat lakonan dan nyanyian hingga menjadi salah seorang pelakon lelaki filem paling laku ketika itu.

Filem-filem terbaik lakonan Datuk Awie:
Pemburu Bayang (1993)
Sembilu (1994)
Sembilu II (1995)
Tragedi Oktober (1996)
Merah (1996)
Nafas Cinta (1999)
Bara (1999)
Baik Punya Cilok (2005)
Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Datuk Eizlan Yusof

DULU

KINI

Gambar: hiburan.berita1.com
Mula berkecimpung dalam dunia perfileman pada tahun 1994, Datuk Eizlan Yusof menyelami wataknya dalam filem Kad Cinta dengan penuh jaya. Saban tahun dia dianugerahkan dengan pegiktirafan seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan juga Pelakon Lelaki Harapan atas bakat lakonan yang ditonjolkan. Menariknya lagi, wajah tampannya menjadikan beliau turut dikenali sebagai seorang model. Cukup serba boleh membawa apa jua watak, Datuk Eizlan Yusof disenangi dalam kalangan pengarah drama dan filem dan tidak segan untuk memainkan watak kecil dalam mana-mana karya.

Filem-filem terbaik lakonan Datuk Eizlan Yusoff:

Lurah Dendam (1996)
Panas (1998)
Perempuan Melayu Terakhir (1999)
Cinta (2006)
Pisau Cukur (2008)

Sidi Oraza

DULU

Gambar: Twitter

KINI


Syed Osman bin Syed Rastan atau lebih dikenali dengan nama Sidi Oraza mencipta namanya sebagai pelakon bermula tahun 80-an. Dikatakan seorang pelakon yang hanya memilih karya yang berkualiti, tak hairan mengapa Sidi dilabel pelakon gred A tanahair. Mendapat pengiktirafan dalam negara menerusi filem Sayang Salmah dan Layar Lara, beliau turut mencipta sejarah apabila memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-41 (1996) di Auckland, New Zealand. Namun langkah Sidi dalam industri perfileman terhenti pada awal tahun 2000 dan membuka perniagaan bersama keluarganya. Walaupun tidak lagi muncul menerusi filem dan drama terbaru, Sidi Oraza masih tiada tandingan dan tetap diingati sehingga ke hari ini.

Filem-filem terbaik lakonan Sidi Oraza:
Pening-Pening Lalat (1990)
Sayang Salmah (1995)
Layar lara (1997)

Hairie Othman

DULU

Gambar: terbakor.com

KINI


Sebelum dikenali ramai dengan bakat dan rupanya, Hairie Othman hanyalah seorang tukang buat air dan membantu kerja-kerja selepas tamat penggambaran seperti angkat sampah, menyediakan dan mengemas peralatan produksi filem dan drama. Setelah hanya memasang angan-angan, Hairie akhirnya mendapat perhatian pengarah Rashid Sibir biarpun diberikan watak pembantu dalam filem Sutera Putih. Bermula dari situlah dia diberi kepercayaan untuk membawa watak utama bagi filem Kad Cinta, Leftenan Adnan dan Seri Dewi Malam serta pelbagai drama-drama tempatan. Namun kerjaya lakonannya terhenti apabila dia membuat keputusan untuk menyertai bidang politik. Setelah hampir lima tahun menyepi, kini dia berhasrat untuk kembali aktif.

Filem-filem terbaik lakonan Hairie Othman
Kad Cinta (1995)
Puteri Impian (1997)
Leftenan Adnan (2000)
Seri Dewi Malam (2001)
Gila-Gila Pengantin (2003)

Badrul Muhayat

DULU

Gambar: eizlanyusof.blogspot.my

KINI


Nama Badrul Muhayat rancak ditimpa kontroversi sekitar tahun 2010 namun itu tidak membutakan mata peminat dengan bakat lakonannya. Antara filem yang berjaya menaikkan nama Badrul Muhayat setara dengan pelakon lelaki eranya adalah Harry Boy, Azizah The Legend dan Kad Cinta pada tahun 90-an. Selain itu, Badrul Muhayat juga aktif menghiasi kaca televisyen dengan drama-drama tempatan.

Filem-filem terbaik lakonan Badrul Muhayat

Harry Boy (1991)
Azizah The Legend (1993)
Kad Cinta (1995)
Pesona Cinta (1995)

Eman Manan

DULU

Gambar:deanhoxton

KINI

Berdasarkan karakternya, beliau tampak serius, garang dan tak mudah didekati. Pemenang tiga kali anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ini lebih suka bercerita mengenai kerja berbanding kisah peribadi. Merupakan seseorang yang memilih ‘jalan cerita’ bagi sesebuah karya, ada peminat yang mengatakan jika sesuatu filem atau drama itu dibintangi oleh Eman Manan, pasti filem atau drama tersebut berkualiti. Anak kelahiran Kuala Terengganu ini masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan turut menjadi idola dan mentor bagi pelakon-pelakon lelaki muda tanahair.

Filem-filem terbaik lakonan Eman Manan

Matinya Seorang Petriot (1984)
Puteri (1987)
Femina (1993)
Lenjan (1998)
Buai Laju-Laju (2004)

Edika Yusof

DULU

Gambar: Virtantiq

KINI


Bagi anda yang merindui pelakon filem Maria Mariana ini, beruntunglah kerana wajah tampan ini kembali aktif berlakon dan bakal muncul dengan sebuah drama terbaru, Permata Hati. Pelakon yang juga seorang model ini kali terakhir dilihat menjayakan watak Jeffri dalam filem Maria Mariana ini merupakan seorang pelakon berbakat besar. Namun Edika senyap menyepi dan hampir 15 tahun juga dia hilang dari industri seni kerana menjaga isterinya yang lumpuh.

Filem-filem terbaik lakonan Edika Yusof:
Maria Mariana (1996)
XX-Ray (1993)
Awas (1995)

sumber foto KINI: GOOGLE IMAGES

sumber :

https://www.google.com.my/amp/www.rojakdaily.com/RojakDailyAMP.ashx%3farticleid=1838&title=10-hero-malaya-dambaan-wanita-tahun-90-an