Tak Sangka Inilah Wajah Terkini Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia Selepas 6 Tahun Berlalu!

Suatu ketika dahulu, kanak-kanak ini pernah digelar sebagai ‘Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia’. Hal ini kerana kecantikan kanak-kanak ini setanding dengan kecantikan model-model berjaya antarabangsa walaupun masih kecil usianya. Bukan itu sahaja, dalam usia 10 tahun pada ketika itu, Thylane Blondeau sudah dipaparkan di dalam majalah fesyen berprestij iaitu Vogue!


www.elfann

DAH DEWASA, MAKIN CANTIK!

Kini, Tyhlane yang sudah berusia 16 tahun sudah mewarnai dunia peragaan dan fesyen dengan wajahnya yang memang cantik! Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan peragawati yang berada pada barisan utama pertunjukan fesyen jenama mewah dan popular seperti Michael Kors.


http://www.india.com/

Walaupun baru sahaja berusia 16 tahun, Thylane sudah menandatangani beberapa kontrak besar bersama IMG, L’Oréal dan juga duta jenama minyak wangi Perancis.


www.instagram.com/thylaneblondea

Menjadi kegemaran ramai pereka fesyen antarabangsa, gadis yang mempunyai raut wajah yang unik dan cantik ini juga pernah muncul dalam pertunjukan fesyen Dolce&Gabanna! Bukan calang-calang orang!


www.wanista.com

CANTIKNYA!


http://coveteur.com/


www.instagram.com/thylaneblondea

*Tak make-up lagi pun dah cantik!

 

 

Kini, setelah 6 tahun berlalu, berikut merupakan wajah terkini Thylane sekarang.

#1. Beliau telah dilahirkan di dalam keluarga selebriti di mana ayahnya Patrick Blondeau merupakan seorang pemain bola sepak dan ibunya Veronika Loubry merupakan seorang pelakon Perancis.

Beliau pernah memperagakan baju di dalam sebuah pertunjukan fesyen Jean Paul Gaultier.

#2. Memiliki mata berwarna biru terang dan rupa yang sangat cantik menjadikan beliau ini seakan ditakdirkan menjadi seorang model.

#3. Tetapi terdapat pelbagai pandangan sama ada sesuai untuk perkembangan beliau dijadikan seorang model semenjak di usia muda.

#4. Di kebanyakan negara, seseorang itu perlu berusia 17 tahun sebelum dibenarkan menjadi seorang model.

#5. Tanggungjawab seorang model adalah sangat berat dan ianya tidak bersesuaian dengan kanak-kanak di atas faktor kesihatan.

#6. Pada mulanya, tidak banyak orang yang mempersoalkan apabila Blondeau menjadi model.

#7. Tetapi apabila beliau menghiasi muka hadapan majalah Vogue, orang ramai mula terperanjat. Sebagai seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, ramai yang berpendapat bahawa dia sedang dieksploitasi setelah muncul di dalam majalah yang berniche seksual.

#8. Pakar psikologi Emma Gray berkata, “kanak-kanak tidak sepatutnya dibenarkan berada di dalam dunia peragaan. Ini adalah tidak baik membiarkan seorang kanak-kanak terdedah kepada dunia yang dia belum siap untuk tempuhi.”

#9. Sebagai tindak balas, ibu Blondeau berkata, “Saya mengakui saya terkejut semasa gambar Vogue tersebut. Tetapi satu perkara yang paling mengejutkan saya adalah kalung yang dipakainya yang bernilai GBP3 juta!”

#10. Ibunya mendakwa bahawa dia menolak kebanyakan tawaran model yang diterima, dengan mengatakan bahawa anak perempuannya perlu menjalani hidup normal.

#11. Tetapi sebagai seorang kanak-kanak, Blondeau tidak boleh mempertikaikan pilihan ibunya.

#12. Dia masih tetap mengekalkan populariti walaupun telah meningkat umur, beliau telah mendapat ramai pengikut di Instagram.

Pada umur 14 tahun, beliau telah menandatangani kontrak peragaan dengan agensi pemodelan IMG Agency.

#13. Dalam temu bual pada tahun 2015 dengan Teen Vogue, beliau berkata, “Perkara yang menjadi kesukaan saya dalam dunia peragaan adalah bertemu dengan jurugambar dan tukang solek. Saya suka mencuba pakaian baru!”

#14. Beliau juga mahu menjadi seorang pelakon filem. Pada tahun 2015, beliau telah membintangi sebuah filem Perancis Belle & Sébastien: The Adventure Continues.

#15. Apabila ditanya bagaimana perasaan menjadi model kanak-kanak, beliau tidak dapat menggambarkannya.

Dia berkata menjadi model remaja seakan tiada masalah disebabkan pengalaman sebagai model semenjak kecil lagi.

#16. “Malahan Kate Moss mula menjadi model pada usia lima belas tahun, dan itu berlaku pada suatu ketika dahulu,” katanya. “Saya tidak terlalu muda. Jika anda mempunyai agensi yang baik dan terdapat orang yang menjaga anda … pasti semuanya akan berjalan dengan sempurna. “

#17. Selepas Minggu Fesyen Paris pada 2016, Majalah W bertanya kepadanya apa rancangannya pada malam itu.

Beliau berkata “Pulang ke rumah untuk berehat dan pergi ke sekolah.”

#18. Tahun ini Blondeau telah masuk usia 16 tahun, dan dia seolah-olah telah mempunyai perancangan yang yang baik di hadapannya.

Tidak lama kemudian, kontroversi ketika di zaman kanak-kanak telah mula pudar apabila beliau telah membuktikan menerusidi pencapaian yang lain.

Apakah pandangan anda tentang beliau? Kongsikan pandangan anda di dalam ruangan komen!

Sumber :

Pernah Dilabel ‘Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia’, Wajah Terkini Beliau Pasti Buat Anda ‘Cair’!

Via

Selepas 6 Tahun, Ini Wajah Terkini Kanak-kanak Yang Paling Cantik Di Dunia