3 Selebriti DEDAH Belajar Mengaji Muqadam Pada Usia Dewasa Namun Tak Malu Mengakuinya!

3 Selebriti Ini Belajar Mengaji Muqadam Pada Usia Dewasa Namun Tak Malu Mengakuinya
Islam tapi tak pandai mengaji. Hakikatnya ramai yang tergolong dalam kategori ini pada masa kini cuma malu untuk mengakuinya.

Namun bagi tiga orang selebriti ini rasa malu itu diketepikan kerana perasaan ingin menuju ke jalan agama lebih tebal.

Jika ramai antara kita sudah lancar membaca kita suci al-Quran sejak sekolah rendah malah berkali-kali khatam lain pula buat mereka.

Ketiga-tiga selebriti ini merangkak belajar mengaji pada usia yang bukan muda. Kevin Zahri kembali belajar muqadam pada usia 37 tahun, Mizz Nina belajar mengaji pada usia 30 tahun dan Rosyam Nor ketika usia mencecah 45 tahun.

Pun begitu mereka tetap merasa belum terlambat untuk belajar mendalami kitab suci al-Quran. Kisah ini VK paparkan kembali sempena membarakan semangat World#QuranHour, program sejam bersama al-Quran yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti serentak seluruh dunia.

Khatam kali pertama pada usia 37 tahun – Kevin Zahri

“Saya dibesarkan di Jerman di mana memang kurang pendekatan kepada soal belajar baca Al-Quran. Pada usia 13 (tahun 1991) kami sekeluarga pindah ke Malaysia dan barulah mula belajar Bahasa Malaysia dan bermula dengan muqaddam tapi dengan pindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama (di KL, Perak dan Kelantan), usaha untuk khatam sering terhenti sekerat jalan (bukan tiada usaha). Tanyalah kepada Ustazah Ainon di MRSM PC, yang sering sebut “Kevin, sila baca ayat etc etc etc”.

“Selepas SPM, saya terus ke US untuk lanjutkan pelajaran (Mechanical Engineering) dari 1997-2002. Ye lah di situ sebagai orang muda, mungkin kurang usaha untuk fokus kepada matlamat Khatam.

“Kembali ke Malaysia pada 2002, ada juga usaha untuk menggaji semula dengan sessi-sessi Ustaz datang ke rumah tapi tidak consistent.

“Jadi setelah dirikan rumah-tangga pada 2010 dan of coz kurnia cahayamata, semangat dan fokus untuk lengkapkan journey untuk Khatam buat kali pertama kembali. Kami ditemukan dengan Ustazah Shiela Ezan pada 2011 rasanya dan went “back to basics” dengan bermula dengan muqaddam semula.

“Alhamdulillah setelah 4 tahun, saya berjaya untuk khatam Quran buat kali pertama (pada usia 37 tahun). Adakah saya berasa malu? Tidak. Bangga? Tak jugak. But saya rasa bersyukur,”ujar Kevin memetik luahan dalam status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya satu ketika dulu.

Saya belajar alif ba ta pada usia 30 tahun – Mizz Nina

“Saya belajar alif ba ta dan al Quran pada usia 30 tahun. Alhamdulillah semuanya bertambah baik sekarang. Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya.

“Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul.

“Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti di separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah.,” ujar Mizz memetik laporan dari Media Hiburan.

45 tahun usia ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah- Rosyam

“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan ALLAH SWT,”

“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama.

“Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta. Selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

“Sebelum ini saya pernah khatam sendiri sebanyak dua kali ketika mengerjakan Umrah di Mekah pada bulan Ramadan.

“Khatam buat kali ketiga adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya yang ke-50 Jun lalu,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Rosyam juga merupakan ikon untuk program World#QuranHour yang bakal berlangsung 31 Ogos nanti di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak jam 9.00 pagi.

Program sejam bersama al-Quran anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan berlangsung serentak seluruh dunia. Turut diadakan Merdeka#QuranHour pada sebelah malam 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dalam diam rupa-rupanya Rosyam Nor memiliki ‘taman bunga’ di rumahnya. Bunga yang paling dewasa dah jadi isteri orang, so kita usha pula bunga yang sedang mekar ni.

Ha… Nak lihat lagi wajah cun melecun anak Rosyam Nor? Well, tengok sikit-sikit je ok.

Namanya ‘Nur Anis’

Nur Anis yang manis ni baru je berusia 22 tahun rupanya. Fuh. Muda lagi!

Ada bisnes sendiri!

Well, walaupun masih muda, gadis jelita imi mengusahakan butik muslimah yang dikenali sebagai Bidadari Contemporary. Bukan calang-calang anak Rosyam ni!

Anis, mum & sisters!

Anis & Rosyam Nor, The Super Dad!

Kredit foto: Instagram Nur Anis

Tinggalkan Komen

sumber :

3 Selebriti Ini Belajar Mengaji Muqadam Pada Usia Dewasa Namun Tak Malu Mengakuinya

Via

Cun Giler..20 Foto Anak Dara Rosyam Nor Ini Bikin Korang Nak Masuk Meminang. Berani Ke?