Tampil Dengan Imej Berketayap Dan Berjubah, Inilah Wajah Terbaru Anggota Kumpulan Penyanyi 90-an!

JANGAN terkejut jika anda terserempak dengan anggota Ruffedge, VE dan Innuendo yang tampil berketayap dan berjubah serba putih kerana Pot, Azan, Zaff, Ameer dan Lah kini memang sudah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup mereka.

Tidak ketinggalan dua lagi teman mereka yang tidak hadir pada malam itu iaitu Mode dan Taj.
Pada mulanya penulis menyangka mereka bergaya begitu kerana memenuhi undangan stesen televisyen TV AlHijrah. Membuak-buak rasa ingin tahu adakah mereka benar-benar sudah berhijrah dan tidak mahu lagi bergaya seperti dulu.

Bagaimanapun jelas Azan mewakili teman-temannya yang lain, mereka masih seperti dulu. Cuma mereka akan bergaya sebegitu jika bergerak dalam kumpulan yang diberi nama Al Mawlid.

Dari jauh anak muda ini bersama rakan-rakannya melontarkan senyuman ikhlas. Tanpa banyak bicara masing-masing memperkenalkan diri kerana mungkin menyedari penampilan mereka kali ini dilihat agak ketara sehingga menimbulkan kekeliruan.

KUALA LUMPUR 02 June 2011 Kumpulan Al-Mawlid di Tv AlHijrah. Pic Khairunisah Lokman.

Al Mawlid disifatkan mereka sebagai satu pertemuan yang cukup hebat. Menariknya, perubahan ke semua mereka berlaku tanpa dirancang. Pertemuan di majlis ilmu secara tidak sengaja mencetuskan penyatuan mereka dalam sebuah kumpulan yang digerakkan dengan nama Al Mawlid.
Mengakui semakin tenang dengan jalan yang dipilih sekarang, namun perjuangan mereka pada muzik tidak pernah padam. Pesanan guru yang tidak menghalang mereka daripada meneruskan kerjaya dalam bidang muzik sedikit sebanyak melegakan lima sahabat ini.

“Guru kami berpesan, jadilah apa pun, asalkan kami menjadi umat yang mencintai Rasulullah. Sebenarnya sudah lama kami menantikan cahaya hidayah seperti ini yang mana, kami dipertemukan semula dalam majlis ilmu. Sebagai manusia, kami hanya menanti tiupan hidayah. Tetapi bila masa dan ketikanya hidayah akan tiba bukanlah kuasa kami, kerana Allah lebih tahu segala-galanya,” katanya.

Daripada perbualan dengan Azan ini, ternyata dia tidak sedikit pun mengungkit perjalanan hidupnya sebagai anak seni dan menganggap semuanya itu sebagai satu pengalaman hidup, bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada setiap manusia.

“Kami sedar, kami banyak dosa malah pernah hanyut satu ketika dulu. Semua orang tidak kiralah dalam apa industri sekalipun pasti pernah hanyut, bukan industri hiburan saja. Setiap kesalahan kita, Allah sudah susun tetapi pesan Rasulullah, kesalahan tidak boleh ada kali kedua.

“Perubahan ini sebenarnya kami anggap sebagai ujian. Adakah kami mampu untuk memikulnya dan mampukah kami terus kekal begini? Bagi memastikan pendirian kami kekal, banyak perkara yang kami lakukan bersama.

“Contohnya menghadiri kelas ilmu, menganjurkan majlis bersama-sama, buat lagu juga kami lakukan bersama,” kata Azan mewakili sahabatnya yang lain.

VE

Ruffedge


Innuendo

Jangan takut imej kami

Azan juga berkata, biarpun semakin tenang dengan Al Mawlid, hubungan dengan Ruffedge masih baik. Malah dia tidak pernah terfikir untuk membubarkan kumpulannya itu kerana tiada sebab untuk perjuangan kumpulan itu dihentikan.

Disebabkan ketiga-tiga kumpulan asal mereka membawakan muzik bergenre R&B, genre yang dibawakan Al Mawlid juga banyak dipengaruhi genre itu. Bagi mereka, apabila sudah berubah, tidak bermakna muzik mereka juga perlu berubah.

“Kami masih selesa dengan genre R&B dan bagi kami tidak salah jika kekal dengan genre itu walaupun kami memilih untuk berubah. Kami tidak mahu apabila sudah berhijrah, lagu-lagu kami turut mengalami perubahan.

“Kalau boleh kami mahu terus kekal dengan genre yang dulu kerana kami mahu menarik peminat Ruffedge, VE dan Innuendo untuk mendengar lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah dan Rasulullah yang disampaikan dengan konsep R&B.

“Al Mawlid bukanlah kumpulan nasyid. Kami sebenarnya adalah sebuah komuniti. Kami tidak hanya menyanyi saja tetapi kami juga mempunyai program majlis ilmu yang diadakan setiap Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat. Manakala sebulan sekali, pada Jumaat pertama setiap bulan pula, kami akan menganjurkan majlis Maulud Nabi.

“Kami anggap usaha kami kecil ini untuk menghidupkan kembali konsep selawat dengan gaya R&B dan acapela. Kami cuba melaksanakan apa yang termampu secara perlahan-lahan. Tetapi jangan pula takut melihat imej kami. Imej ini sebenarnya tidak ada apa-apa, sebenarnya kami bergaya begini untuk mengenali dengan lebih dekat kekasih Allah,” kata Al Mawlid.

Bersatu setelah talaqqi kitab

PERTEMUAN di kelas agama ternyata telah memberi satu wadah perjuangan
baru kepada beberapa bekas ahli tiga buah kumpulan yang sememangnya
cukup popular dengan lagu berentak R&B dan Soul.

Jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu mereka lebih menjurus ke arah
mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada
mencintai Allah dan Rasulullah.

Itulah yang kini diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot
Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin
Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Amer yang mewakili ahli kumpulannya itu berkata, memandangkan minat
mereka yang tetap mendalam terhadap muzik sejak dulu lagi, kini mereka
sepakat untuk meneruskan karier nyanyian dengan lagu-lagu yang menjurus
kepada agama.

“Selama ini kami memang berkawan antara satu lain, namun kali ini
kami dipertemukan dan bersatu melalui sebuah kelas agama yang telah
dihadiri sejak beberapa tahun yang lalu.

“Apabila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang
pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap
muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang
diberi nama Al Mawlid,” ujarnya.

Menurut Amer, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai
oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo),
Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma
mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.

Ujarnya, sejak beberapa tahun yang lalu, mereka semua mengikuti kelas
agama yang dibimbing oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pada setiap
hari Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat dan hari Ahad di Madras
Annur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ditanya tentang pengajian kelas agama yang diikuti mereka, Amer
menjelaskan, mereka mempelajari ilmu Talaqi yang merangkumi empat bidang
pengajian iaitu ilmu Tauhid, Tasauf, Hadis dan Feqah.

“Boleh dikatakan cara pembelajaran kami di kelas agama ini adalah
lebih cara tradisional iaitu mempelajari ilmu agama menerusi kitab dan
akan dibimbing oleh seorang guru agama,” ujarnya.

Mengenai nama kumpulan pula, mereka sepakat untuk dikenali dengan
nama Al Mawlid yang bermaksud kelahiran Rasulullah dan ia merupakan satu
simbolik kepada kelahiran semula mereka dalam bidang nyanyian menerusi
wadah perjuangan yang baru.

“Pada mulanya kami agak risau juga sekiranya apa yang kami lakukan
ini tidak mendapat persetujuan daripada guru agama kami. Alhamdulillah,
beliau ternyata tidak menentang, memberi sepenuh sokongan kepada kami.

GABUNGAN daripada grup Innuendo, Ruffedge dan VE kini membentuk sebuah grup baharu yang diberi nama Al Mawlid.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu dilabel sebagai kumpulan dakwah kerana
masih belum layak lagi. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan mesej
yang baik kepada masyarakat menerusi nyanyian,” ujarnya.

Sementara itu, Azan pula menjelaskan nyanyian juga sebenarnya boleh
dijadikan medium kepada penyampaian mesej-mesej yang positif dan mereka
sendiri cukup tertarik dengan lagu-lagu Qasidah.

Menurutnya, mereka sendiri begitu tertarik dan kagum dengan keindahan
lagu-lagu Qasidah yang mempunyai irama yang sangat indah dan
lirik-liriknya yang banyak memuji Allah dan Rasulullah.

“Memandangkan kami semua sudah mempunyai pemahaman tentang muzik,
jadi kami merasakan tidak ada halangan untuk meneruskan penglibatan
dalam bidang muzik dan akhirnya tertubuhlah Al Mawlid,” ujarnya.

Jadual padat

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia, sudah menjadi
kebiasaan kepada kumpulan-kumpulan nasyid yang akan diundang untuk
membuat persembahan terutamanya ketika majlis berbuka puasa.

Meskipun kumpulan Al Mawlid boleh dikatakan baru sahaja ditubuhkan,
namun Amer mengakui jadual mereka ternyata cukup padat bagi memenuhi
undangan untuk membuat persembahan sepanjang bulan puasa ini.

“Alhamdulillah, jadual kami untuk bulan Ramadan pada tahun ini memang
padat dan memang agak sukar untuk ditolak kerana kami akan berusaha
untuk memenuhi hasrat pihak yang telah mengundang kami.

“Pada mulanya kami tidak menyangka akan mendapat undangan membuat
persembahan yang banyak memandangkan Al Mawlid masih lagi baru.
Bagaimanapun, itu semua adalah rezeki untuk kami menghiburkan orang
ramai pada bulan yang mulia,” ujarnya.

Walaupun merasakan rezeki mereka tidak lagi mewah seperti dulu
setelah bergabung dan membentuk sebuah kumpulan nasyid, Amer memberitahu
ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan.

Menurutnya, selain menyanyi, setiap ahli kumpulan Al Mawlid juga
mempunyai kerjaya masing-masing, meskipun setiap undangan membuat
persembahan turut dijadikan sumber pendapatan sampingan.

“Fokus kami buat masa ini adalah mahu menggunakan bakat muzik yang
dikurniakan oleh Allah untuk mengembangkan lagi syiar-syiar Islam
menerusi lagu-lagu yang berunsur nasihat,” jelasnya.

Mengenai album pula, buat masa ini mereka merancang album Al Mawlid
dihasilkan menerusi konsep kompilasi, di mana setiap ahli kumpulan akan
menghasilkan single masing-masing dan kesemua lagu single tersebut akan
digabungkan untuk menjadi sebuah album.

Jelas Amer, setakat ini dia sendiri telah menghasilkan single yang
pertama berjudul Cahaya Seluruh Alam, manakala Pot pula menghasilkan
lagu berjudul Belaian Jiwa 1432 dan Lah pula akan keluar dengan single
berjudul Yang Penuh Dosa.

Kisah tersendiri

INI adalah persembahan sulung Al Mawlid iaitu di pelanjaran program Ramadan stesen televisyen AlHijrah pada bulan lalu.

Di sebalik penghijrahan yang dilalui oleh setiap anggota kumpulan
nasyid Al Mawlid ini, sebenarnya masing-masing mempunyai kisah
tersendiri dalam usaha untuk mencari erti kehidupan yang lebih bermakna.

Bagi Amir, dirinya mula terdetik untuk berubah apabila dia
berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang diri
Rasulullah yang juga dikenali sebagai kekasih Allah.

“Dalam usaha untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai peribadi
Nabi Muhammad, saya banyak membaca buku-buku berkenaan baginda. Kemudian
timbul perasaan kagum terhadap pujian ke atas baginda yang berjuang
menegakkan syiar Islam.

“Sebenarnya saya sudah ada keinginan untuk berubah semenjak bersama
kumpulan Ruffedge lagi, tetapi tetap bersyukur kerana telah diberi
peluang untuk berubah dan sekarang ini saya akan pastikan solat saya
cukup lima waktu serta mahu menjadi seorang manusia yang lebih baik,”
ujarnya.

Sementara itu, Zaf yang turut berkongsi cerita tentang perubahan yang
dilaluinya memberitahu bahawa sejak belum berkahwin lagi dia sudah
merasakan kekosongan di dalam hatinya.

Kemudian dia cuba untuk mengubah cara kehidupannya dengan mendekatkan
dirinya dengan Allah, tetapi mengakui bahawa pada masa itu dia berbuat
demikian hanya semata-mata kerana mahu mendirikan rumah tangga.

“Tidak lama selepas saya berkahwin, akhirnya saya mengambil keputusan
untuk keluar daripada kumpulan VE. Bagaimanapun, apa yang
menghairankan, saya terus berasa kekosongan di dalam hati.

“Walaupun terus diberikan rezeki oleh Allah, saya cuba untuk mencari
jawapan terhadap kekosongan yang dialami dan pada masa yang sama saya
berusaha untuk mendalami ilmu agama,” jelasnya.

Tambahnya lagi, hanya pada tahun lalu dia telah dipertemukan dengan
Amir setelah kedua-duanya terserempak di sebuah masjid di Taman Tun Dr.
Ismail setelah empat tahun tidak berjumpa.

Ujarnya, pada pertemuan yang tidak disangka itu, Amir telah
menggunakan peluang yang ada untuk menceritakan perubahan yang dialami
serta mengajaknya untuk mengikuti kelas agama yang dihadirinya.

“Sememangnya saya merasa agak sebak juga dengan apa yang diceritakan
oleh Amir tentang pengalaman yang dilaluinya dan kemudian saya bersetuju
untuk sama-sama menyertai kelas agama tersebut sehingga sekarang,”
ujarnya.

Menurut Zaf, dia mengakui sekarang telah menjalani kehidupan yang
lebih tenang dan bahagia serta sudah menemui jawapan sebenar tentang
kekosongan hatinya selama ini.

Berbanding dengan kisah Amir dan Zaf, seorang lagi anggota Al Mawlid
iaitu Azan menyatakan detik perubahan terhadap dirinya mula berlaku
setelah melalui kegagalan dalam kerjayanya.

“Akhirnya mula timbul kesedaran dalam diri untuk berubah kerana masih
lagi diberi peluang oleh Allah meneruskan kehidupan. Saya anggap
kegagalan yang dilalui itu sebagai muhasabah diri untuk mendekatkan diri
kepada Allah,” ujarnya.

 

sumber:

http://gosipsensasi.blogspot.my

Via

Bersatu setelah talaqqi kitab