Tak Sangka Ini Luahan Iqram Dinzly Selepas Rumah DiKopak & Kemalangan Jadi Perhatian Nitizen!

Beberapa bulan kebelakangan ini isu kontroversi melibatkan Iqram Dinzly banyak dilaporkan oleh media tempatan. Banyak tindakan yang dilakukan oleh Iqram seolah-olah menjadi perhatian bukan sahaja netizen malah media tempatan.

Terbaru, Iqram memuatnaik satu status melalui akaun baru instagramnya untuk berkongsi tentang rompakan yang berlaku dikediamannya bertempat di Damansara.

‘Kopak, jam tangan 10k selamat dirompak’

Menerusi perkongsian tersebut, iqram menyatakan rumahnya telah dirompak kelmarin dan dia telah kehilangan seutas jam tangan Claudia Patriks bernilai RM10k, dua utas jam tangan lain berjenama Gshock dan Guess serta Iphone6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.

‘walau apa pun tak perlu berontak’

Namun begitu, Iqram bersyukur dan menganggap itu hanyalah ujian dan dugaan dari Allah buat dirinya. Apa-apa pun admin harap yang terbaik buat Iqram pada masa depan.

‘They will get their punishment’

Rata-rata pengikut Iqram juga mendoakan supaya perompak tersebut mendapat balasan setimpal. Tapi ada juga pengikut laman Instagram tersebut meminta Iqram bersabar dan percaya dengan rezeki dari Allah.

Iqram dinzly Luah Rasa BERSYUKUR rumah dirompak !

Bukan itu sahaja, sejurus selepas itu Iqram mengalami kecelakaan jalan raya pula.Nasib baik tak cedera, cuma kereta miliknya sahaja yang rosak.

Walaupun ujian datang bertimpa-timpa, tapi Iqram nampaknya tetap positif dan redha dengan segalanya.

sumber:

Rumah Iqram Dinzly Dirompak, Jam Tangan RM10k Dilarikan

Aetikel Berkaitan

Bila buat baik orang tak peduli: Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR: Pelakon Iqram Dinzly yang mencetuskan polemik dengan memuat naik pelbagai rakaman perlakuan pelik di laman sosial, Instagram mengakui, semua itu dilakukan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.

Iqram, 36, berkata, dia terpaksa ‘menggadai diri’ dan sanggup berdepan kecaman ramai untuk memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakannya di bawah jenama Bawaabata Merebucks.

“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh,” katanya.

Anak kelahiran Perak itu kebelakangan ini mencuri perhatian ramai dengan pelbagai perlakuan pelik dan menyinggung sensitiviti masyarakat mencetuskan kecaman netizen hingga ada yang menganggapnya tidak lagi waras.

“Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata kesat, Iqram berkata, tindakannya itu mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.

“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu,” katanya.

Iqram yang kini menetap bersama ibunya di Ipoh berkata, dia masih berminat untuk meneruskan kerjaya lakonannya, tetapi akan terlebih dulu meneliti tawaran yang diberikan.

“Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa pada 10 Oktober lalu. Saya masih bersedih dan kehilangannya membuatkan saya tidak lagi kuat mengharungi dugaan hidup.

“Jika ada naskhah filem atau drama yang baik dan bayaran diberikan pula setimpal, saya akan pertimbangkan,” katanya.

Sumber :https://www.bharian.com.my

Cacilah sebanyak mana diingini – Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR: Pelakon, Iqram Dinzly, meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang sering menghentam dirinya sejak akhir-akhir ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqram, 36, berkata beliau tidak pernah meminta simpati daripada mana-mana pihak, namun netizen masih mengkritik dirinya setiap kali memuat naik entri di laman sosial terbabit.

“Saya tahu, diri ini manusia yang banyak berdosa. Saya berusaha untuk tidak menyusahkan sesiapa, namun masih ada manusia yang bersangka tidak baik.

“Salahkah saya berseni sendiri? Seolah-olah saya meminta ‘royalti’ kepada mereka. Atau saya harus diam (daripada kritikan netizen)?” soalnya.

Beberapa hari lalu, Iqram dikecam gara-gara berkongsi gambar swafoto bersama arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, ketika lelaki itu terlantar sakit. Lebih-lebih lagi gambar berkenaan menunjukkan ada gula-gula di mulut bapanya.

Ramai yang menyifatkan perkongsian foto sedemikian tidak sopan dan tak sepatutnya dipaparkan bagi perkongsian umum.

Bapa artis lelaki berasal dari Ipoh, Perak, itu meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Selain itu, Iqram juga dituduh tidak waras ekoran beberapa video pelik yang dimuat naik di laman sosialnya, selain keadaan fizikal pelakon berkenaan yang dilihat semakin tak terurus.

Iqram mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan segala kecaman diterimanya.

“Terima kasih kerana mengambil berat mengenai diri saya. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci.

“Saya hanya mampu berdoa dan akan berusaha untuk cuci, suci dan murni dengan segala yang terjadi. Itu antara saya dan Ilahi,” katanya.

sumber :https://www.bharian.com.my