Wajah Terkini Pelakon-Pelakon Drama Dunia Baru Setelah 12 Tahun Berlalu,No.3 Berubah Sakan!

Siapa masih ingat lagi drama ‘Dunia Baru’ yang pernah menghiasi kaca televisyen pada tahun 2006 jam 9 malam di TV3?

Mengisahkan kehidupan remaja yang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar kolej.

Dalam drama ini, Universiti Selangor (UNISEL) dijadikan sebagai lokasi pengambaran dan telah mendapat rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton.

Jom kita lihat barisan pelakon dengan imej terkini yang telah menghiasi kaca televisyen drama Dunia Baru satu ketika dulu.

Nombor 3 paling banyak perubahan.

#1. Elyana

Memegang watak sebagai gadis tomboy dengan penampilan ‘gothic’, Elyana telah mencetuskan fenomena apabila ramai remaja wanita diluar sana menggayakan fesyen yang sama.

Watak Opie merupakan watak utama dalam drama ini.

#2. Pierre Andre

Pierre memegang watak sebagai Mohd Adif yang mempunyai karakter nerd dan skema.

#3. Iqram Dinzly

Watak Darius adalah seorang pelajar yang digilai wanita di kolej berkenaan. Darius merupakan kawan baik Opie.

Beberapa bulan kebelakangan ini isu kontroversi melibatkan Iqram Dinzly banyak dilaporkan oleh media tempatan. Banyak tindakan yang dilakukan oleh Iqram seolah-olah menjadi perhatian bukan sahaja netizen malah media tempatan.

#4. Anne Ngasri

Madihah adalah nama watak yang dipegang oleh pelakon kecil molek ini, Anne Ngasri.

Watak Madihah merupakan seorang kawan yang sering memberi nasihat kepada kawan-kawannya yang berunsur islamik dengan cara ‘ala-ala’ ustazah.

#5. Almy Nadia

Almy memgang watak sebagai seorang gadis manja dan berperwatakan gedik.

Melakonkan sebagai watak Suzanna, menjadikan Almy nampak neutral dan bersahaja.

#6. Ellyas Abdullah

Tajol yang memiliki rambut kembang kerinting sering menjadi bahan ejekan kawan-kawannya.

Berperwatakan seorang kawan yang sering memberi nasihat kepada kawan-kawan sekelilingnya.

#7. Que Haidar

Memgang watak sebagai Umarah, seorang pelajar yang lurus bendul. Namun, dia juga seorang yangbaik hati.

#8. Ryzal Jaafar

Memegang watak sebagai Yusof yang mempunyai imej tersendiri.

Perubahan pelakon dalam industri hiburan memberi impak yang besar terutama kepada golongan muda.

Apa-apa pun tahniah kepada mereka kerana telah mencipta satu fenomena besar dalam industri tempatan.

sumber:

http://www.ohmymedia.cc

 

Artikel Berkaitan

Bila buat baik orang tak peduli: Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR: Pelakon Iqram Dinzly yang mencetuskan polemik dengan memuat naik pelbagai rakaman perlakuan pelik di laman sosial, Instagram mengakui, semua itu dilakukan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.

Iqram, 36, berkata, dia terpaksa ‘menggadai diri’ dan sanggup berdepan kecaman ramai untuk memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakannya di bawah jenama Bawaabata Merebucks.

“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh,” katanya.

Anak kelahiran Perak itu kebelakangan ini mencuri perhatian ramai dengan pelbagai perlakuan pelik dan menyinggung sensitiviti masyarakat mencetuskan kecaman netizen hingga ada yang menganggapnya tidak lagi waras.

“Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata kesat, Iqram berkata, tindakannya itu mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.

“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu,” katanya.

Iqram yang kini menetap bersama ibunya di Ipoh berkata, dia masih berminat untuk meneruskan kerjaya lakonannya, tetapi akan terlebih dulu meneliti tawaran yang diberikan.

“Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa pada 10 Oktober lalu. Saya masih bersedih dan kehilangannya membuatkan saya tidak lagi kuat mengharungi dugaan hidup.

“Jika ada naskhah filem atau drama yang baik dan bayaran diberikan pula setimpal, saya akan pertimbangkan,” katanya.

Sumber :https://www.bharian.com.my

Cacilah sebanyak mana diingini – Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR: Pelakon, Iqram Dinzly, meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang sering menghentam dirinya sejak akhir-akhir ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqram, 36, berkata beliau tidak pernah meminta simpati daripada mana-mana pihak, namun netizen masih mengkritik dirinya setiap kali memuat naik entri di laman sosial terbabit.

“Saya tahu, diri ini manusia yang banyak berdosa. Saya berusaha untuk tidak menyusahkan sesiapa, namun masih ada manusia yang bersangka tidak baik.

“Salahkah saya berseni sendiri? Seolah-olah saya meminta ‘royalti’ kepada mereka. Atau saya harus diam (daripada kritikan netizen)?” soalnya.

Beberapa hari lalu, Iqram dikecam gara-gara berkongsi gambar swafoto bersama arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, ketika lelaki itu terlantar sakit. Lebih-lebih lagi gambar berkenaan menunjukkan ada gula-gula di mulut bapanya.

Ramai yang menyifatkan perkongsian foto sedemikian tidak sopan dan tak sepatutnya dipaparkan bagi perkongsian umum.

Bapa artis lelaki berasal dari Ipoh, Perak, itu meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Selain itu, Iqram juga dituduh tidak waras ekoran beberapa video pelik yang dimuat naik di laman sosialnya, selain keadaan fizikal pelakon berkenaan yang dilihat semakin tak terurus.

Iqram mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan segala kecaman diterimanya.

“Terima kasih kerana mengambil berat mengenai diri saya. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci.

“Saya hanya mampu berdoa dan akan berusaha untuk cuci, suci dan murni dengan segala yang terjadi. Itu antara saya dan Ilahi,” katanya.

sumber :https://www.bharian.com.my