Siapa Sangka Inilah 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda, Ada yang Mungkin Korang Tak Perasan!!

Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?

Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.

1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)


Kredit foto: Instagram Linda Onn

Rozlinda Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn (lahir 26 November 1977) merupakan seorang pelakon yang banyak berlakon dalam filem-filem di Malaysia. Linda juga merupakan Bekas penyampai di radio Era FM yang keudara dari jam 4 petang hingga 8 malam. Beliau juga mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan.Selain berniaga, berlakon, dan DJ, Linda juga berjinak-jinak dalam nyanyian dan pengacaraan.

2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)


Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid

Datuk Sheila Majid (dilahirkan sebagai Shaheila binti Abdul Majid; 3 Januari 1965) atau juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia kerana kebolehan beliau menyanyikan lagu Jazz.

3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)


Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari[1]. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom “Oh My English!”, Zain Saidin.

4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)


Kredit foto: Instagram Yatt Hamzah

Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt (lahir 13 April 1980) ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam ini, banyak terpampang di majalah fesyen dan hiburan tempatan setiap bulan, antaranya Pengantin, Wanita, Keluarga, Mingguan Wanita, Perempuan, Remaja dll.

5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)


Kredit foto: Instagram Izzue Islam

Isteri dan pengurus kepada pelakon Izzue Islam iaitu Nurinafilah Waharudin tidak terkilan apabila ada pihak yang mengkritik tindakannya kerana enggan mendedahkan usian sebenar pada hari pernikahan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.

Nurinafilah atau lebih mesra dengan sapaan Awin, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang alasan tertentu kerana bertindak sedemikian dan tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenarnya walaupun dia tidak memberitahu perkara itu.

– http://www.mstar.com.my

6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)


Kredit foto: Instagram Ella

EMPUNYA nama Norzila Aminuddin atau lebih mesra dipanggil Ella bukan asing lagi bagi peminat muzik rock tanah air. Zaman ‘rock kapak’ dulu, nama Ella jadi pujaan ketika menganggotai band Ella & The Boys.

Meski tahun berganti tahun, nama Ella terus utuh di persada seni. Dan yang paling menggembirakan seluruh peminatnya apabila dia selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Azhar Ghazali pada Julai tahun 2012. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Bercakap mengenai jodoh pertemuan, pasangan ini memberitahu bahawa jodoh itu rahsia Allah SWT. Itulah jawapan ikhlas Azhar ketika ditanya pada majlis resepsi mereka di Kelab Darul Ehsan pada penghujung tahun lalu. Malah, dia sendiri tidak menyangka, perkenalan sembilan tahun lalu dengan penyanyi legenda rock tanah air tersebut akan menukar status dirinya daripada seorang peminat kepada suami buat Ella. –

http://intrend.com.my

7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)


Kredit foto: Instagram Linda Jasmin

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin baru Que Haidar dan Linda Jasmine yang secara rasminya telah bergelar suami isteri pada hari Valentine, 14 Februari 2009.

Kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sama padan dengan pakaian pengantin putih. Majlis akad nikah telah dilakukan di Bora Ombak secara open air. Sememangnya satu kelainan berbanding perkahwinan artis-artis lain. – https://beautifulnara.com

8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)


Kredit foto: Mstar

Pelakon Didie Alias mampu menarik nafas lega kerana suaminya, Isham Ismail tidak kekok untuk menguruskan keperluan harian anak mereka, Muhammad Dayyan.

“Awal dahulu memang dia rasa janggal sikit untuk uruskan pakai minum Dayyan sebab Isham first time jadi bapa. Tapi lama kelamaan apabila saya ajar, dia mula beranikan diri,” jelas Didie Alias.

Jelas Didie lagi, dia turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa memastikan keluarga diurus dalam keadaan baik.

“Saya sangat bersyukur kerana Isham mampu uruskan Rayyan apabila saya sibuk. Selain menjaga Rayyan, suami turut menguruskan perjalanan karier saya. –

http://www.gempak.com

9. Ayu Raudhah (33 tahun) & Zaquan Adha (30 tahun)


Kredit foto: Instagram Ayu Raudhah

Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah pada 2011.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.-

http://www.mstar.com.my

10. Fazura (34 tahun) & Fattah Amin (27 tahun)


Kredit foto: Instagram Fazura

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, memilih bulan yang sering dikaitkan dengan cinta iaitu Februari untuk majlis resepsi mereka.

Majlis berkenaan diadakan tiga bulan selepas pasangan romantis itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi kad undangan yang dilayangkan wakil Fattah kepada pihak media, pasangan pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini memilih tarikh 25 Februari 2018 untuk meraikan hari bersejarah mereka bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Fazura dan Fattah Amin. Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!- https://www.bharian.com.my

Sumber :

Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 10 Pasangan Selebriti Kahwin Pucuk Muda

Via

https://ms.m.wikipedia.org/wiki