Sufian Dedah Punca Sebenar Putus & Tepis Dakwaan Wang Hantaran Punca Utama Putus!

 

Kontroversi putus tunang yang melanda Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semakin kurang diperkatakan oleh netizen. Kedua-dua mereka seperti sudah kelihatan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan bekerja seperti biasa sekaligus melupakan apa yang berlaku.

Pelbagai andaian dan spekulasi dibuat oleh netizen mengenai sebab terputusnya hubungan mereka. Pun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada Elfira mahupun Sufian tentang sebab mereka tidak lagi bersama.

Sufian tepis dakwaan wang hantaran punca putus

 

Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.

Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

Syarat Sebelum Kahwin : Hafal Al-Mulk

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta ulasannya berhubung tindakan netizen mempersenda diri dan judul lagunya, Sufian berkata, tumpuannya kini adalah lebih kepada berdepan kontroversi terbabit dan memulihkan imej yang tercalar.

Baru-baru ini, segelintir netizen dikatakan mempersenda penyanyi ini dan lagunya, seperti mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap, berdasarkan dendangannya, Terasa Ada.

“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang bakal muncul dengan single keempat, Di Matamu.

 

Belum pun dilancarkan, video lirik tidak rasmi lagu itu kini sudah pun ‘trending’ nombor satu di YouTube.

Artikel Berkaitan

Tak Mampu Bendung Sebak Di Hati, ELFIRA LOY Kongsi Pengalaman Pertama Mengerjakan Umrah!

Aktres cantik, Elfira Loy kini sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di kota suci Mekah. Merupakan kali pertama selebriti berusia 24 tahun ini mengerjakan umrah, pemergian El ke sana lima hari lalu diiringi doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis seperti Farah Fauzana, Bella Dally, Wani Hasrita dan Mawar Rashid.

Berdasarkan coretan El di lnstagram, perasaan sebak mula menyelubungi jiwanya sebaik menjejakkan kaki ke sini. Akui El, ia merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan. “Terima kasih Ya Allah kerana menjemputku di sini. I feel more content, Alhamdulillah. Done my first umrah pada Khamis malam Jumaat atas izin-Nya. It’s miracle that I am able to do my umrah because I was not in ‘keadaan suci’. Berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, Allah Maha Besar, dapat juga umrah pertama diselesaikan. Sebak, terlalu sebak.”

Baik Elfira mahupun orang biasa, hati sesiapa pun pasti tersentuh apabila berada di kota suci Mekah. Lebih-lebih lagi ketika melihat Kaabah yang tersergam indah di depan mata … seolah-olah tidak mahu melepaskan pandangan meskipun sesaat.

Seperti kebanyakan umat Islam lain yang pernah berkunjung ke Mekah, tidak semua aktiviti ibadah dapat dilaksanakan dengan mudah lantaran berdepan ‘lautan’ manusia dari seluruh pelosok dunia yang berkongsi tujuan sama. Hanya jiwa yang sabar, tenang dan ikhlas mampu melakukan urusan di sini sebaik-baiknya atas keizinan Allah SWT. Dan, salah seorang yang tergolong dalam insan bertuah ini adalah El sendiri.

“El bangun seawal 2 pagi bersama mama dengan keyakinan pada pagi ini Allah pasti permudahkan perjalanan kami untuk membuat tawaf sunat dan bersolat di dalam Hij Ismail di bawah pancur emas. Dan Alhamdulillah Ya Allah, Allah Maha Besar, Allah mendengar doa hambanya yang betul-betul ikhlas menginginkannya. Kami dapat bersolat di situ tanpa gangguan, MashaAllah kerana dikepung pak arab yang sedang bersolat juga di kanan, kiri, depan dan belakang. Kami juga dapat mencium bau batu yang sangat-sangat wangi di Rukun Yamani dan memegang selimut Kaabah.”

Beruntungnya Elfira kerana pada usia yang masih muda, dia sudah mampu mengerjakan umrah dan segala urusannya di sana dipermudahkan ilahi. Selain menitipkan kata-kata positif buat peminat, penampilan Elfira sepanjang berada di Mekah turut mendapat pujian ramai. Mengenakan jubah dan khimar dari label busananya sendiri, EL by Elfira Loy, figura ini juga dilihat kerap memakai niqab.

Difahamkan, El bakal berangkat pulang ke tanah air esok. Semoga pemergian El ke tanah suci membawa seribu satu kelebihan buat pelakon muda ini.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Sumber :

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/03/397045/sufian-tepis-dakwaan-wang-hantaran-punca-putus

Via

‘Ibu Elfira Ada Meletakkan Syarat…’ – Sufian Suhaimi Nafi Wang Hantaran Punca Putus

Via

https://www.nona.my/tak-mampu-bendung-sebak-di-hati-elfira-loy-kongsi-pengalaman-pertama-mengerjakan-umrah/amp/