Terkini! Farid Kamil Bakal Didakwa Buat Laporan Palsu?? Sejauh Mana Kebenarannya Jom Baca!

 

SHAH ALAM: Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok kerana membuat laporan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.

Sekadar mengimbas semula, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Farid namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000.”

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/397061/buat-laporan-palsu-farid-kamil-dituduh-esok

Via

Farid Kamil Bakal Didakwa Buat Laporan Palsu

Artikel Berkaitan

Artis tampil beri keterangan kes Farid Kamil – Semasa – Sinar Harian

KULAI – Seorang daripada dua artis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti didakwa pelakon, Datuk Farid Kamil Zahari tampil memberi keterangan kepada pihak polis, awal pagi tadi.

Penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47, yang dikenali sebagai Firdaus itu tampil memberi keterangan pada jam 5 pagi di Balai Polis Sentral, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika ditemui, di sini mengesahkan prosedur mengambil keterangan percakapan itu telah dibuat.

“Mengenai perkara itu, polis sudah mengambil rakaman percakapan ke atas salah seorang lelaki tersebut di Balai Polis Sentral pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan namun keputusannya belum diperolehi serta tiada penahanan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Program Ops Selamat 12 Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor di Stesen Minyak Shell Batu 12, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pada 8 Februari lalu, polis kini memberi tempoh selama dua hari kepada dua penyanyi dikenali sebagai Firdaus dan Taj tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Sebelum itu, Farid Kamil, 37, telah membuat satu laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang memasukan dadah dalam minumannya.

PETALING JAYA 05 MAC 2018. Pelakon, Farid Kamil hadir atas sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD

sumber :

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/artis-tampil-beri-keterangan-kes-farid-kamil-1.796741