INILAH 5 PASANGAN ADIK BERADIK TERSENARAI PALING BERPENGARUH DI MALAYSIA!

Bercakap mengenai individu yang berpengaruh, rata-rata mereka terkenal berdasarkan latar belakang yang pelbagai. Antaranya seperti hiburan, perniagaan, kesihatan dan banyak lagi. Kali ini, kami bawakan individu – individu yang sebenarnya adik – beradik dan mempunyai pengaruh mereka sendiri berdasarkan pengamatan kami.

1. Adik Beradik Sharifah – Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah


Bercakap mengenai nama Sharifah, pasti kebanyakan peminat akan terus mengingati adik-beradik ini.

Manakan tidak, Sharifah Haslinda antara pelakon sekitar 90-an yang cukup terkenal dan diikuti Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah yang kini terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.

2) Adik Beradik Sharifah – SHARIFAH AMANI, SHARIFAH ARYANA, SHARIFAH ALEYA DAN SHARIFAH ALEYA.

DARI KIRI: SHARIFAH AMANI, SHARIFAH ARYANA, SHARIFAH ALEYA DAN SHARIFAH ALEYA.

Anak-anak kepada guru seni lakonan, Fatimah Abu Bakar ini semuanya memang berbakat belaka. Anak pertama, Sharifah Aleya memulakan kariernya dalam bidang lakonan sejak remaja lagi dengan membintangi filem Idola bersama-sama Datin Normala Samsudin. Yang paling popular tentunya Sharifah Amani yang dikenali antara pelakon paling ‘method’ di Malaysia, bagilah apa sahaja watak, pasti akan cuba dilunaskan sebaik mungkin oleh Nani. Sharifah Aleysha pula kini namanya semakin popular dengan drama bersiri Teman Lelaki Upahan selain membintangi filem kontroversi Muallaf yang diarahkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Yang paling bongsu dalam Sharifah Sisters, Sharifah Aryana pula memulakan karier seninya dengan filem Mohksin bergandingan dengan Syafie Naswip. Ketika ini, kesemua mereka masih lagi meneruskan passion dalam bidang lakonan dan pengarahan kecuali Sharifah Aleya yang kini dilihat memperlahankan seketika aktiviti seninya selepas melahirkan anak keduanya, tahun lalu.

3. Keluarga Naza


Nama keluarga ini cukup disegani di Malaysia. Mempolori perniagaan automotif, didikan yang diberikan oleh Allahyarham SM Tan Sri Nasimuddin kepada anak-anaknya, S.M Faisal, Nur Diana, SM Nasarudin, SM Faliq dan Nur Nadia ternyata menjadikan empayar mereka cukup dikenali di serata dunia.

4. Anak – Anak Sidek


Buat yang lahir di zaman 80an dan 90an pasti akan mengenali anak – anak Sidek iaitu Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid yang merupakan lagenda sukan Badminton negara. Kisah mereka ketika masih kecil yang telah diangkat menjadi komik dan rancangan kartun pernah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan suatu ketika dahulu.

5. Keluarga Ngasri

Jika kisah keluarga mereka diangkat menjadi sebuah rancangan di kaca televisyen, kami pasti ianya pasti mendapat sambutan seperti The Kardashians. Bercakap mengenai keluarga Ngasri, setiap daripada mereka mempunyai auranya tersendiri.

Bermula dari Ngasri Sain yang merupakan personaliti terkenal di RTM, pengaruhnya turut disaingi anak-anaknya iaitu Naszeli, Nasrizal(Bell), Nasreen(Darling) danNasriah(Anne) apabila mereka sejak kecil lagi sudah mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sehinggalah ke hari ini.

 

Artikel Berkaitan

11 Pasangan Adik-beradik Artis Popular Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Industri seni di Malaysia kini dibarisi dengan bakat baru yang pastinya memberi lebih ‘warna’, sekali gus memeriahkan dunia hiburan tempatan, baik pelakon, penyanyi dan pengacara.
Bahkan, ada juga diantara mereka yang terdiri daripada adik-beradik. Kata orang, mereka masing-masing terlibat dalam senu secara serius dan mengecap populariti atas usaha sendiri.
MH senaraikan 11 pasangan adik-beradik artis popular di Malaysia.

1. Fasha Sandha & Elisya Sandha

2. Eira Syazira & Syafnida Suhaimi


3. Emma Maembong & Chacha Maembong


4. Anzalna Nasir, Mia Nasir & Afifah Nasir

5. Uqasha Senrose, Nelydia Senrose & Raysha Rizrose

6. Elfira Loy, Esliza Loy & Ezzrin Loy


7. Farid Kamil & Fadzil Zahari


8. Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah

9. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad


10. Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aryana & Sharifah Aleysha


11. Pieere Andre & Mikael Andre

Sumber: https://www.hangat.com/2017/24371/4-pasangan-adik-beradik-ini-tersenarai-sebagai-berpengaruh-di-malaysia/amp/

via

11 Pasangan Adik-beradik Artis Popular Yang Korang Mungkin Tak Tahu