Wajah Terkini Intan Liyana Selepas Jumpa Datuk Aliff Syukri Dan Isterinya Datin Seri Shahida!!

Terbaharu, Intan Liyana telah ditawarkan menjadi wajah bagi jenama tudung jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkonsepkan Wanita Melayu Terakhir.

Melihat gambar-gambar ketika sesi fotografi dijalankan, Intan bersama isteri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, ramai yang memberikan komen-komen positif.

“Sebenarnya saya pun tak berapa kenal dengan Intan terlalu dekat. Namun selepas bersembang dengan dia, saya dan isteri sepakat untuk bekerjasama dengan Intan. Tudung ini sesuai dengan imej Intan, bertingkat iaitu labuh, ala-ala wanita muslimah dan ayu.

“Tak ada istilah membantu pun, dia bekerja jadi kita beri dia gaji mengikut pekerjaannya. Secara kebetulan Intan pun memerlukan. Jadi di sinilah permulaan usaha sama ini.

“Intan juga beri impak apabila tudung ini terjual dalam tempoh tak sampai setengah jam di Facebook dan Instagram. Di sini kita boleh lihat kuasa beli wanita, ramai yang menyokong Intan.

“Insya-ALLAH, selepas ini, jika Intan mahu berusaha, kita boleh bekerjasama lebih lagi. Kita kena sama-sama bersemangat,” jelas Aliff Syukri.

Ditanya bagaimana pendapatnya tentang Intan;

“Dia seorang wanita yang cantik sebenarnya cuma tidak ada grooming dan bakat sebagai penari, wajah yang cantik itu tidak pernah dilihat dan dikembangkan,” katanya. –

http://www.sinarharian.com.my

 

Memetik Artikel berkaitan dari thereporter.my dan mediahiburan.my menunjukkan Pasangan Suami Isteri iaitu Datuk Aliff Syukri Dan Isterinya Datin Seri Shahida Jumpa Intan Liyana Jadi Perhatian Nitizen!!

‘InsyaAllah saya akan tolong awak’ – Aliff Syukri tampil  bantu Intan

Baru saja dimuat naik 4 hari yang lalu, namun sokongan netizen terhadap usaha pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu membantu isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh, menerima pelbagai reaksi positif.

Dalam kenyataannya itu, Aliff Syukri berkata dia akan membantu Intan agar lebih yakin melalui kehidupannya di masa akan datang.

“Sabarlah, insyaAllah saya akan tolong awak okay? Sabar.

“Siapa sokong ibu ini, tolong komen di bawah (ruangan komen). Kalau ramai yang komen ‘I sokong’ lebih dari 1,000 orang, insyaAllah saya akan usahakan untuk beliau menjadi lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur kerana Aliff Syukri sudi membantu Intan yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya atas alasan sudah tiada hati untuk terus bersama.

“Alhamdulillah terima kasih Dato’. Saya sokong Dato’ tolong dia. Murah rezeki Dato’ menolong insan yang teraniaya,” kata Siti Norasniza.

“Saya sokong, berikanlah dia rezeki untuk anak-anaknya dan dirinya. Amin,” kata Eliza Hayati.

“I sokong sangat-sangat. Intan, awak mempunyai hati yang cantik. Jangan lemah tau, pasti ada yang terbaik untuk awak,” kata Fiyya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Intan bakal diceraikan oleh suaminya yang telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

sumber :

http://www.thereporter.my

Netizen Berterima Kasih & Gembira Datin Seri Shahida Jumpa Intan Liyana!

Nampaknya beberapa hari yang lalu isteri kepada pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri telah mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, dalam kesibukannya dia sempat berjumpa dengan Intan Liyana, madu kepada pelakon Izreen Azminda dan juga isteri pertama kepada pemuzik bebas Ude yang sedang hangat diperkatakan.

Apa yang menarik perhatian, Shahida sempat memuji Intan yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga.

“Alhamdulillah berkesempatan jumpa @__iiiintvnroxs yg sangat positif… sebaik2 wanita dia ni.…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hmmm perkara ini membuatkan MH tertanya-tanya adakah Shahida atau Abang Terlajak Laris mempunyai apa-apa projek terbaru bersama Intan?

Wah kalau benar, bertuah Intan! Bukan senang peluang seperti ini datang kepada kita.

Apapun, ramai yang berterima kasih kepada Shahida kerana begitu prihatin dengan keadaan Intan dan segera mendekatinya untuk memberi semangat.

sumber :

Netizen Berterima Kasih & Gembira Datin Seri Shahida Jumpa Intan Liyana!