Irma Hasmie Kongsi Kisah Tentang MELENGAHKAN SOLAT Ini Buat Netizen Tersentak!!

Nama selebriti Irma Hasmie sentiasa segar meniti bibir peminat kerana kesempurnaan hidupnya sebagai wanita. Selain dikurniakan rupa paras yang cantik, dia juga seorang yang mesra dan disenangi banyak pihak. Imej Muslimah yang dibawanya turut mengumpul hampir 884k pengikut di Instagram.

Terkini melalui posting Irma Hasmie, beliau berkongsi sebuah kisah yang menyentuh hati pengikutnya. Mesej dakwah yang disampaikan begitu jelas, sekaligus membuat ribuan netizen tersedar dari kelalaian.

Menariknya, mesej di bawah dipetik daripada ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang, Perak. Jom hayati sharing ni dan sama-sama mendapat manfaatnya!

===============================

Sekadar renungan dan peringatan bersama…

Para malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang-julang. Dia menjerit sekuat hati dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dilakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya, bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca Al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorang pun tampil membantu.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…Tidak!

Rasulullah SAW pernah bersabda,

Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka.

Dia menjerit lagi sekuat tenaga. “Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahanam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api. Tubuh itu terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba-tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya. Lelaki itu kelihatannya sangat daif.

Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu. “Siapakah anda?” Orang tua itu menjawab, “Akulah solat anda.”

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya? Kenapaaa…?”


Telekung Poket By Irma Hasmie

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata, “Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu.”

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya.”

“Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. Awak ingatkah itu semua?” Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur.

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan. Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan mengambil wuduk. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang Maha Benar.

===============================

Semoga perkongsian Irma Hasmie ini memberi manfaat kepada golongan Muslimin dan Muslimat, khasnya dalam mengingatkan kita tentang betapa pentingnya solat pada awal waktu. InsyaAllah!

Sumber: Instagram @irmahasmie

sumber :

Sharing Irma Hasmie Tentang MELENGAHKAN SOLAT Ini Buat Netizen Tersentak, Cukup 5 Waktu Pun ‘Kena’?

Artis Baru Berhijab Perlu Diberi Ruang – Irma Hasmie

Irma Hasmie merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan Redza Syah Azmeer yang sama cantik sama padan dengannya. Selepas bertudung, Irma juga dilihat banyak mengurangkan aktiviti berlakon. Tak salah jika Abang Nara katakan Irma antara ‘role model’ di kalangan selebriti terutama di kalangan mereka yang berhijrah.


irma hasmie
Susulan ramai selebriti wanita yang berhijab dan membuat keputusan bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Irma Hasmie meminta para peminat untuk memberikan artis-artis ini ruang. Kata Irma:-
Syukur Alhamdulillah ramai artis yang telah menerima hidayah daripada Allah kerana peluang itu bukan senang diberikan. Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.

Apabila mereka berubah, kita perlu bersyukur dengan melihat perubahan yang mereka lakukan. Seharusnya kita memberi dorongan dan sokongan pada mereka biarpun ada melakukan sedikit kesalahan kerana perubahan itu tidak semestinya boleh dilakukan secara mendadak


irma hasmie
Sedikit sebanyak Irma sudah tentu bercakap dari segi pengalamannya. Kita selaku peminat haruslah memberi sokongan dan kata-kata positif buat selebriti yang berhijrah. Bak kata Erra Fazira, janganlah hentam sahaja. Awal-awal ini pasti ramai yang masih tercari-cari jenis tudung yang sesuai dan kadangkala tampil dengan fesyen yang agak pelik. Kita cuma perlu bersabar dan tegur apa yang sepatutnya tanpa melukakan hati mereka. Tak gitu?

Sumber  :

https://beautifulnara.com/tag/terbaru-irma-hasmie/

“Artis Baharu Jangan Kesal Berhijab” – Irma Hasmie


PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie menasihati pelakon-pelakon yang baharu berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal akibat peluang terhad dalam bidang lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

Irma, 33, berkata, mereka perlu menetapkan niat sebenar berubah iaitu ke arah kebaikan selain harus percaya bahawa setiap rezeki yang datang adalah ketentuan Allah.

“Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu,” ujarnya kepada mStar Online.

Irma Hasmie diminta mengulas apabila terdapat pelakon yang mengadu kekurangan tawaran selepas mengambil keputusan untuk bertukar imej dengan menutup aurat.

Tambah Irma, mereka perlu percaya bahawa Allah sentiasa memberi rezeki dengan pelbagai cara biarpun bukan dalam bidang lakonan.

“Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonan Irma berkata, dia sudah dua tahun menolak tawaran lakonan semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dia juga tidak mahu terlepas melihat pembesaran anak-anaknya jika terlalu sibuk dengan penggambaran.

“Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.

“Kebiasaan masa yang dihabiskan terlalu banyak di set penggambaran dan saya tidak mahu terlepas masa bersama anak-anak dan mahu lihat mereka membesar di depan mata saya,” ujarnya.

Kata Irma, buat masa ini, dia lebih selesa untuk menerima tawaran mengacara program-program televisyen yang tidak memerlukan komitmen terlalu lama.

“Saya masih bersama program untuk stesen TV Alhijrah dan satu projek berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang bakal bersiaran September depan,” ujarnya.

sumber : http://www.mstar.com.my

 

Jangan Lupa Komen