12 ARTIS POPULAR MALAYSIA YANG ADA PHD TAPI MUNGKIN RAMAI TAK TAHU!!

Untuk melangkah kaki dalam lapangan glamor, bakat tidak disangkal menjadi syarat utama. Tetapi, harus diingat, persediaan diri akan lebih mantap jika dibalut kelulusan tinggi. Malah, jika tidak lagi popular dan  bersara, ilmu ditimba mampu membantu hari mendatang.

Walau segelintir artis di Malaysia tidak berpendidikan tinggi tapi tidak semua. Malahan ramai artis yang datang dengan pakej yang lengkap. Berbakat, cantik, hensem, dan berpendidikan tinggi adalah satu bonus bagi mereka. Bila artis perpendidikan tinggi mereka takkan mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Malah peminat akan semakin respect pada artis yang berpendidikan tinggi ini.

Berikut senarai artis Malaysia yang memiliki pendidikan tinggi:

1-NAJWA MUHYIDDIN

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2- Lisa Surihani

Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3) Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4- Daphne Iking

 

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

5- Ahmad Idham

 

PaDa tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

6- Sudirman Hj Arshad

 

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

7- Datuk Aznil Hj Nawawi

 

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

8- Fazley Yaakob

 

Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

9- Jason Lo

 

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

10- Kaer Azami

Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

11- Aishah

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

12- Azhar Sulaiman

Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

sumber: ohhmediaa

kredit : http://mediahipster.net

artikel berkaitan

Senarai Artis Malaysia Yang BerpendidikanTinggi

Berikut senarai artis Malaysia yang memiliki pendidikan tinggi selain di atas:: ramai rupanya😍

1. Adi Putra
~Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura

2..Azhar Sulaiman
~Diploma Senibina dari UiTM
~Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di UK
~Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London
~Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London
~Diploma in Business Management dari Sunway College

3. Azlee Khairi
~Beliau adalah bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan filem

4.Aiman Hakim Ridza
~Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Kolej Sunway

5. Awal Ashaari
~Diploma Komunikasi dan Media dari UiTM
~Ijazah Filem dan Televisyen dari Universiti Lim Kok Wing

6. Arja Lee @ Azharudin Ramli
~Ijazah Sarjana Muda Seni Halus Lakonan dan Pengarahan dari USM

7. Ahmad Idham
~ Sedang mengambil Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri di UUM
~ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM

8. Datuk Aznil Hj Nawawi
~ Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.

9. Adibah Noor
~Ijazah TESL dari UKM

10. Ainan Tasneem
~Sedang mengambil jurusan Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis

11. Dafi
~Diploma Profesional, Bunyi & Muzik dari Universiti Limkokwing

12. Dazrin Kamarudin
~Ijazah Sarjana Muda Filem Video & Media dari Western Michigan University
~Ijazah Sarjana Muda Global & Pengajian Antarabangsa dari Western Michigan University

13. Dira Abu Zahar
~Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UITM

14. Diana Amir
~Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari USM )

15. Datuk Dr Fazley Yaakob
~ Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington,
~Sarjana Pentadbiran Perniagaan
~ Sarjana Doktor Falsafah Psikologi

16. Fahrin Ahmad
~Ijazah undang-undang dari UITM

17. Faizal Tahir
~Diploma Multimedia dari Cosmopoint
~Diploma Komunikasi Massa dari UITM

18. Fizo Omar
~Diploma Kejuruteraan Awam UITM

19. Farid Kamil
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) UITM

20. Fasha Sandha
~ diploma dari Institut Kebudayaan Belia Negara

21. Hazami
~ Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London
~ Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway

22. Hans Isaac
~Diploma Pengurusan Hotel dari Kolej Stamford
~Diploma Pengurusan Perniagaan dari Singapore Institute Of Commerce

23. Heliza Helmi
~Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari UMS

24. Hanis Zalikha
~ Diploma in Business Admin dari UITM

25. Izara Aisyah
~ Diploma Seni Persembahan dari Sunway University College

26. Izreen Azminda
~ Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia

27. Irma Hasmie
~Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) UTM

28. Ida Nerina
~ Bsc Business Administration International University, UK

29. Jins Samsuddin
~Diploma perfileman kelas pertama dari London Film School
~Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari USM
~Ijazah doktor falsafah (PhD) dari UUM

30.Jason Lo
~ Graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull
~ Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

31. Jehan Miskin
~Sarjana Muda Sains Komputer dari University of Lincolnshire UK

32. Johan Ariff Asari
~Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
~mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.

33.Juliana Evans
~Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Sunway University College

34. Lisa Surihani
~Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help & Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

35. Muzammil Alias – Rembau Most Wanted
~Tahun 2 Kejuruteraan Awam di Uniten

36. Mizz Nina
~Ijazah Pengajian Media & Perhubungan Awam dari Australia

37. Maya Karin
~Beliau merupakan graduan Media and Marketing Limkokwing University dalam bidang media dan pemasaran

38. Norman KRU
~’A’ Levels & ‘O’ Levels, LCCI Diploma in Accounting & Management Accounting, London Chamber of Commerce & Industry

39. Nabil Mentor
~Ijazah Multimedia Kreatif dari MMU

40. Nur Fahia
~Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

41. Najwa Muhyiddin
~ siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.
~sambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat

42. Nadiya Nissa
~ Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari UITM

43. Nad Zainal
~ Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

44. Neelofa
~Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Berkembar Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Sunway Universiti

45. Najwa Latif
~ sedang mengambil jurusan Foundation in Management, UNITAR International University

46. Puteri Sarah Liyana
~ Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

47. Rahim Razali
~ Degree in Chartered Accountancy dari Melbourne University

48. Rashidi Ishak
~ Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UPM

49. Risteena Munim
~ Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM

50. Allahyarham Sudirman Hj Arshad
~ Ijazah Undang-undang dari Universiti Malaya

51. Sohaimi Mior Hassan
~Ijazah Kejuruteraan Radar & Komunikasi dari Kolej Kejuruteraan HMS Collingwood Weapon UK
~Ijazah Sarjana Sistem Pengurusan Penyelenggaraan di Kolej Kejuruteraan Marin di Wilhelmshaven, Germany)

52. Sarimah Ibrahim
~ Degree in Psychology, HELP

53. Scha Al-Yahya
~ Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL)

54. Siti Saleha
~ Diploma Komunikasi Massa

55. Shasa Saidin
~Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Damansara Utama
~Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan dari UK

56. Yuna
~Ijazah dalam bidang Undang-Undang dari UiTM.

57. Yatt Hamzah
~Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media dari UITM (update by epis)

58. Yana Samsudin
~Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari UITM

59. Zulhuzaimy
~Diploma Jurusan teater di Akademi Seni Kebangsaan

60. Zed Zaidi
~Ijazah Pentadbiran Undang-Undang di UITM
~Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM cawangan

sumber :

http://ciksitionline.blogspot.my