Inilah Sebenarnya Shamsul Ghau Ghau Sebelum Menjadi Artis, Mungkin Ramai Yang Tak Tahu!

Selama ini kita kenal Shamsul Ghau Ghau sebagai seorang penyanyi, pelakon dan penghibur dalam dunia seni dan rata-rata daripada kita tidak pernah tahu tentang siapakah sebenarnya Shamsul Ghau Ghau sebelum menceburkan diri dalam dunia seni.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Shamsul Ghau Ghau yang kita kenal hari ini sebenarnya dahulu adalah seorang anggota polis. Beliau pernah jalani latihan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah) Air Hitam yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan. Jangan anda tidak tahu dahulu beliau dikenali sebagai Konstabel Shamsul Azhar Aliddin. Tidak pernah terfikir difikiran apabila hari ini kita melihat Shamsul Ghau Ghau menyanyi, melawak dan berlakon di kaca televisyen dan sudah semestinya akan rasa janggal apabila dinyatakan bahawa beliau pernah dilatih untuk menjadi seorang anggota polis pada tahun 1990. Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya adalah Shamsul Azhar Aliddin merupakan anak jati kelahiran Kubu Gajah di Selama, Perak. Beliau asalnya hanyalah seorang pemuda kampung yang membantu abang kandungnya dalam menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu keluarga.

Kisahnya yang membuatkan Shamsul Ghau Ghau rasa terpanggil untuk sertai dan berkhidmat sebagai seorang anggota polis adalah apabila beliau terlihat iklan yang terpampang di dada akhbar yang berkisahkan tentang terdapat kekosongan sebagai jawatan anggota polis di seluruh Malaysia. Pada asalnya, hasrat Shamsul Ghau Ghau untuk menyertai pasukan polis dibantah keras oleh abangnya kerana dikatakan fizikal badan dan stamina Shamsul Ghau Ghau untuk menjadi seorang anggota polis pada waktu itu tidak sesuai buat dirinya yang dianggap lemah dan lembik.

Namun, Shamsul Ghau Ghau tetap gigih dan terus mencuba nasib untuk mencari peluang dan mendapatkan kerjaya yang mungkin boleh dikecapinya. Akhirnya pada tahun 1990, Shamsul Ghau Ghau dipilih untuk masuk ke Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah). Disitulah beliau mula menjalani latihan fizikal dan mental yang tidak pernah dibayangnya selama ini. Latihan berjalan selama 6 bulan dan beliau berjaya menamatkan latihan dengan jayanya. Banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh Shamsul Ghau Ghau, antaranya adalah apabila platun beliau berjaya muncul sebagai platun terbaik secara keseluruhan pada hari tamat latihan.

Shamsul Ghau Ghau berdiri tengah

Pada tahun 1994, Sinaran Pasport Kegemilangan diperkenalkan oleh TV3 dan itulah langkah pertama Shamsul Ghau Ghau mula menjejakkan kaki dalam dunia seni. Beliau mulanya masuk ke uji bakat pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang diadakan di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur. Sungguh tidak disangka-sangka, Shamsul Ghau Ghau berjaya masuk ke pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan dan berjaya mara sehingga ke peringkat akhir seterusnya berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Buat pembaca orangperak.com yang tidak tahu apakah itu Sinaran Pasport Kegemilangan, ia kali pertama disiarkan di TV3 pada tahun 1994 dan mula disiarkan pada 4 Jun tahun itu.

Pemenang musim pertama Sinaran Pasport Kegemilangan adalah Shamsul Ghau Ghau dengan tag-line “ghau-ghau bau dia” amat popular pada waktu itu dan seringkali menjadi bahan gurauan oleh semua peminat tidak kira peringkat umur. Tag-line “ghau-ghau bau dia” umpama satu fenomena pada zaman itu dan amatlah lucu apabila lihat gelagat Shamsul Ghau Ghau menyebutnya. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Shamsul Ghau Ghau juga pernah hadapi saat-saat sukar dan getir apabila beliau diberi dua pilihan oleh pihak Bukit Aman sama ada mahu kekal dalam polis atau berhenti kerana adalah menyalahi peraturan perkhidmatan apabila membuat dua kerja dalam satu masa.

Akhirnya, Shamsul Ghau Ghau mengambil keputusan untuk berhenti dari berkhidmat dalam pasukan polis dan mula berkecimpung dalam arena seni secara sepenuh masa. Inilah kisah Konstabel Shamsul Azhar Aliddin yang kita kenal hari ini sebagai Shamsul Ghau Ghau yang mana beliau sempat berkhidmat selama lima tahun sebagai anggota polis. Shamsul Ghau Ghau – Lagu Hits Buatmu Sedang editor menulis hal ini, teringat akan sebuah lagu dari Shamsul Ghau Ghau yang bertajuk Lagu Hits Buatmu. Membesar dengan hiburan dari lagenda seperti Shamsul Ghau Ghau membuatkan ramai yang tertarik untuk membaca kisah ini dan lebih mengenali beliau dari sebelumnya.

Wajah Terkini Beliau:

Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini “Ustaz” bertauliah!

MALAYSIA: Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau kini bergelar “ustaz”. Ini bukan watak dalam drama atau filem. Ini betul-betul.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, berkata tidak pernah terlintas difikirannya sebelum ini untuk menjadi seorang guru agama.

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat. – Shamsul Ghau Ghau

Shamsul menambah, beliau berasa malu apabila ada yang mula memanggilnya “Ustaz”, lapor laman mStar.

“Sejujurnya saya tidak pernah mimpi atau terfikir pun nak jadi seorang guru dan agak malu apabila ada yang memanggil saya dengan gelaran ustaz.

“Selalunya, sebelum memulakan ceramah saya akan beritahu tetamu jangan panggil ustaz, saya segan sebab tinggi sangat tahap tu,” katanya.

“Apa yang saya lakukan ini hanya berkongsi ilmu dengan masyarakat dan saya anggap ini perancangan terbaik yang telah diatur oleh Allah SWT,” katanya kepada mStar Online.

LALUI PROSES PENTAULIAHAN

Shamsul memberitahu bahawa beliau baru sahaja lulus temuduga bagi melayakkan dirinya menerima tauliah untuk menyampaikan ceramah di negeri Selangor.

Beliau perlu melalui beberapa proses ujian berkaitan agama Islam sebelum diberi kelayakan tersebut.

“Untuk bergiat aktif sebagai penceramah agama atau motivasi, kita kena ada sijil kelayakan dan kerana itu saya hadiri temuduga tersebut.

“Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sijil tersebut kerana banyak proses dan ujian yang perlu dilalui.

“Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat,” katanya.

MASIH AKTIF SEBAGAI PELAKON, PENGACARA

Menyentuh mengenai kerjaya seni, pelakon berusia 50 tahun ini mengakui masih aktif bergelar pelakon dan pengacara.

Bagaimanapun, katanya, terdapat syarikat-syarikat penerbitan yang menyangka bahawa beliau sudah bersara dan enggan lagi berlakon.

“Industri seni ini merupakan sumber pendapatan saya dan kerana itu saya tidak boleh nak berhenti menjadi seorang pelakon.

“Tetapi ada produksi yang menyangka saya tak nak berlakon lagi dan mereka fikir saya hanya boleh bawa watak bapa dan ustaz sahaja.

“Insya-Allah kalau ada tawaran yang bersesuaian, saya tidak menolak. Sesekali itu rindu juga nak beraksi depan kamera,” katanya.

Selain bergelar penceramah dan pelakon, Shamsul juga aktif sebagai pengacara dan penyanyi, lapor mStar Online.

– Agensi berita/NK/nk

Sumber:https://www.orangperak.com

via https://berita.mediacorp.sg