Inilah 5 Selebriti Popular Sebagai Hot Mama Cantik Dan Kekal Bergaya Walau Kini Sudah Berhijab!

Selebriti hot mama kekal cantik walau pun setelah bergelar ibu. Walau pun sibuk menguruskan anak dan kerjaya, gaya dan penampilan tidak diabaikan. Siapa 5 mama dimaksudkan?

Berstatus selebriti tentu membuatkan diri mereka sentiasa menjadi tumpuan. Masing-masing tetap tampil fresh walaupun sudah berhijab. Apabila sudah menjadi ibu, paling mustahak sekali ialah penggayaan yang praktikal. Antaranya ialah ciri pemakaian yang memudahkan pergerakan dalam mengawal selia anak dan seterusnya tidak menghalang penyusuan susu ibu. Walau pun telah bertudung, masing-masing masih mengekalkan identiti gaya tersendiri.

HANIS ZALIKHA

Mummy kepada Yusuf Iskandar ini pandai bergaya dan mencetuskan fenomena dalam penggayaan tudung dengan ‘shawl Keknis’. Apa sahaja yang dipakai kelihatan sesuai dan praktikal selepas Hanis menjadi seorang ibu. Pelakon, pengacara dan model ini juga sering kali berkongsi tip keibubapaan di laman Instagram beliau.

Oh camni rasa dia

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Noah & Adam, Tinis sayanggg sangat such good boys! Senangkan mom & dad okay ❤️

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

SYATILLA MELVIN

Ibu muda tinggi lampai, Syatilla Melvin juga tidak ketinggalan sentiasa tampil kemas dan bergaya. Beliau yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 mula berhijab sejak November 2015. Isteri kepada Sam Shaheizy dan ibu kepada Syeriv Samheizy ini sentiasa tampil cantik dalam apa jua acara.

Buaih sampai stoking panjang boleh tecabut😡

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

 

WAWA ZAINAL

Pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal sentiasa berpenampilan cantik. Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa ini mula berhijab pada tahun 2013 dan pandai menyesuaikan gaya dengan pilihan pakaian.

Dgr @aeril_zafrel membebel be like😋

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

hey u…yess u…@attarhayla

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

TYA ADNAN

Mommy kepada Aira Ameena ini sering tampil kemas dan cantik. Tya yang juga isteri kepada Shukri Yahya mula berhijab pada penghujung 2015. Ibu muda ini adakalanya mengenakan pakaian matchy-matchy dengan Ameena, cukup comel!

Malam ni takde video tutorial, tapi kan tya nak share tentang minyak rambut organic ni untuk pertumbuhan rambut baby. Kadang2 ada baby yang lahir rambut tak lebat dan nipis je kan. Try sapu minyak @mamadontworryhq ni. Boleh guna dekat baby seawal usia 30 hari tau sebab minyak ni memang organic. – Pun boleh untuk masalah cradle cap (kerak air di kepala baby), rambut baby yang makan bantal, and also rambut baby yang lambat tumbuh lepas bercukur. – Mommies yang tengah gugur rambut lepas bersalin pun boleh guna, sebab dia akan kurangkan rambut gugur. So, yang ada masalah2 kat atas ni cuba ikhtiar dengan minyak @mamadontworryhq ni. Mana tahu perkongsian Tya ni dapat bantu mommies and babies ♥️ My gorgy lipstick from @girlfriendhqofficial code Belinda

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

HANEZ SURAYA

Aktres berkulit putih gebu, Hanez Suraya tidak ketinggalan tampil cantik selepas berhijab. Mommy kepada Putri Aleesya ini sering menggayakan pakaian yang praktikal, cantik serta trendy. Antara tudung yang sering digayakannya ialah shawl dan bawal.

Cinta hati mummy ❤️ @put3aleesya

A post shared by Hanez Suraya (@hanezsuraya) on

Hey cheeky baby, Mummy loves you ❤️ @put3aleesya

A post shared by Hanez Suraya (@hanezsuraya) on

Sumber :

https://www.majalahpama.my