Inilah Wajah Terkini Pemilik Suara Upin Ipin, Dari Gadis Pemalu Semakin Matang Dan Meningkat Dewasa!!

Asyiela Putri binti Azhar (lahir 27 April 2000)[1] merupakan seorang pelakon suara kanak-kanak yang menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat hingga sekarang.

Asyiela turut terkenal dengan bakat nyanyian dengan meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin & Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu “Terima Kasih Cikgu” pada tahun 2012.

Jadi Upin Ipin, dari gadis pemalu Asyiela Putri semakin matang (VIDEO)

Lapan tahun membawa nama “Upin dan Ipin,” pelakon suara Asyiela Putri Azhar mengakui pengalaman menambahkan keyakinan dan mematangkannya.

Tidak pernah bosan mengucapkan “betul, betul, betul,” Asyiela, 17, berjaya mengikis sifat pemalu sejak kecil selepas memegang watak animasi kanak-kanak kembar sejak tahun 2010.

“Saya dulu seorang yang pemalu. Kalau ada pertandingan apa-apa saya takut nak masuk. Saya segan nak bercakap dengan orang,” katanya dalam wawancara bersama ProjekMMO.

“Tapi selepas menjadi suara Upin Ipin ini, keyakinan diri lebih tinggi. Jalan ceritanya juga banyak mesej dan pengajaran yang mendidik.”

Asyiela terpilih menggantikan Nur Fathiah Diaz bermula musim keempat ketika usianya 10 tahun.

Akui sukar menjiwai dua watak dalam pelbagai situasi termasuk sedih dan gembira, Asyiela sentiasa mengulang kaji untuk meningkatkan mutu suaranya.

“Upin Ipin adalah kanak-kanak yang periang. Kalau nak berdialog, muka saya pun kena riang. Saya kena fahami babak-babak tertentu untuk nada suara saya sesuai.

“Selalunya pihak penerbit akan bantu saya menerangkan babak,” katanya lagi.


Asyiela perlu menyesuaikan nada suaranya dalam pelbagai situasi.
Sebagai selebriti, Asyiela juga tidak dapat lari daripada kritikan masyarakat terutamanya di media sosial.

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, katanya pengalaman mengajar dirinya mengawal emosi dengan lebih bijak.

“Upin Ipin ini ada peminat dia sendiri tapi adalah juga orang suka mengecam. Dari pengalaman, saya belajar cara kawal emosi.

“Saya tidak bertindak terburu-buru dan marah [dengan kecaman] tidak tentu hala,” katanya.

Animasi terbitan Les’copaque bersiaran sejak tahun 2007 melalui saluran TV9.

[VIDEO] Asyiela Putri (Pemilik Suara Upin Ipin) ~ Sekarang sangat cantik!

Dubbing, pencampuran atau rakaman semula adalah proses pasca produksi yang digunakan dalam pembuatan filem dan video di mana rakaman tambahan atau tambahan “bercampur” dengan bunyi pengeluaran asal untuk membuat soundtrack selesai.

Proses ini biasanya berlaku pada peringkat dub. Selepas editor bunyi mengedit dan menyediakan semua trek yang diperlukan (dialog, penggantian dialog automatik (ADR), kesan, Foley, dan muzik), pencampur dubbing atau mixer teruskan untuk mengimbangi semua elemen dan merekam soundtrack selesai. Dubbing kadang kala dikelirukan dengan ADR, yang juga dikenali sebagai “penggantian dialog tambahan”, “rakaman dialog automatik”, dan “gelung”, di mana pelakon asal mencatat semula dan menyegerakkan segmen audio.

Di luar industri filem, istilah “dubbing” paling merujuk kepada penggantian suara pelakon-pelakon yang ditunjukkan pada skrin dengan orang-orang pelaku yang berbeza yang bercakap bahasa lain, yang disebut “revolusioner” dalam industri filem.

Pada masa lalu, dubbing diamalkan terutamanya dalam muzikal apabila pelakon mempunyai suara menyanyi yang tidak memuaskan. Hari ini, dubbing membolehkan penyaringan bahan audiovisual kepada khalayak ramai di negara di mana penonton tidak bercakap bahasa yang sama seperti penghibur dalam pengeluaran asal.

Filem, video, dan kadang-kadang permainan video sering dijadikan bahasa tempatan pasaran asing. Dalam pengedaran asing, dubbing adalah perkara biasa dalam filem-filem yang dikeluarkan secara teatrik, filem televisyen, siri televisyen, kartun, dan anime.

Sila tonton video:

Sumber :

http://m.themalaymailonline.com

via

http://jaybondmalaysia.com