Inilah 7 Guru Tersenarai Paling Hot & Popular Di Malaysia Dan Menjadi Tular Di Media Sosial!

Profesion perguruan mempunyai daya penarik tersendiri. Tidak sekadar memiliki ilmu pengetahuan yang luas, guru juga perlu sentiasa berketerampilan dan menjaga pesona mereka.

Dianugerahkan rupa paras kacak dan cantik merupakan bonus bagi seseorang guru, bukan hanya menjadi daya penarik bahkan aura dimiliki mampu membuka ruang lebih luas untuk meneroka bidang baharu selain pendidik.

Kerjaya sebagai seorang guru bukan sesuatu yang mudah. Bukan saja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta tahap kesabaran yang tinggi, guru juga perlu ada daya penarik.Jika seseorang guru itu memiliki rupa paras kacak dan cantik, ia merupakan satu bonus kerana dapat menarik minat pelajar.

1. VN Kery

Wan Mohd. Khairi Wan Hassan, 30, merupakan tenaga pengajar murid-murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang sejak tujuh tahun lalu.Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 76,000.Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.

Bekas graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur itu memiliki pengikut Instagram seramai 76,000.

Pernah menerima Anugerah Ikon Guru Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub 2016.

“Apa yang boleh saya lihat, guru yang kemas dan berketerampilan mudah didekati murid-murid dan ibu bapa malah setiap pengajaran yang disampaikan mudah meanrik minat mereka dalam kelas,” katanya.

VN Kery pernah menjadi penoreh getah di kampung asalnya di Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.

 

 

 

2. Mr Az

Mohamad Aziram Zakaria, 25, antara cikgu popular yang mempunyai pengikut di Instagram seramai 105,000.Berasal dari Kelantan, guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong ini dikatakan seiras pelakon Izzue Islam.

3. Cikgu Aishah

Puteri Aishah Sulaiman, 23, pernah viral di laman sosial kerana dikatakan menerima sepucuk surat cinta daripada seorang bapa pelajar.

Cikgu Aishah pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris sementara di sebuah sekolah di Kuala Lumpur sekitar dua tahun lalu.

Malah, kecantikan yang dimiliki gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu melayakkannya menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015.

Aishah mempunyai Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan pernah membintangi drama Akulah Balqis, Cik Cinderella dan Cik Tengku, Yang Terakhir Untukku dan Cinta Rollercoaster.

4. Cikgu Dayang

Pernah viral apabila foto-fotonya tersebar di Internet, Dayang Nurhayati, 23, merupakan lulusan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dayang mengumpul pengaruh menerusi Instagram dan berjaya mempunyai lebih 44,000 orang pengikut.

Kelebihan yang dimiliki membuka peluang lebih luas untuk memasarkan produk kecantikan sendiri iaitu DAYG.

5) Kamal Effendi

 

Kisah menyentuh hati seorang guru bahasa Inggeris, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 27, yang ‘meminjamkan’ cintanya kepada seorang gadis penghidap kanser buah pinggang tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 26, tular sekitar hujung tahun lalu.

Lebih menyedihkan, isterinya meninggal dunia pada tanggal tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

“Siapa pernah terfikir untuk hari sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang,” kata Kamal.

6. Cikgu Mavellna

Seorang lagi cikgu yang pernah viral di media sosial ialah Cikgu Mavellna yang berasal dari Sabah.Cikgu Mavellna ni bukan saja seorang cikgu, tapi juga seorang model sambilan. Tapi, cikgu cantik ni dah kahwin. Melepas la lelaki semua.

7. Cikgu Debra V

Memang cantik sangat cikgu ni. Tahun lalu, nama Debra menjadi bualan ramai kerana kecantikannya dan kebijaksaannya.Gadis cantik ini berasal dari Keningau Sabah dan baru berusia 23 tahun.

kredit : http://bibirbergetar.com

via

http://www.gempak.com