Inilah Yang Dilakukan Hairie Othman Selepas 7 Tahun Menyepi Dalam Bidang Lakonan!

Pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman sudah 5 tahun menyepi dalam industri lakonan berikutan dirinya pernah terbabit dalam dunia politik suatu ketika dahulu sehingga tidak lagi mendapat tawaran berlakon oleh pihak produksi.

Jelas Hairie, walaupun dia sudah mengumumkan dirinya tidak lagi terlibat dalam mana-mana parti politik menerusi status Facebook, namun masih ramai yang meragui dan tidak yakin untuk mengambilnya berlakon.

Namun, untuk meneruskan kehidupan, Haire terpaksa mencari pekerjaan lain dan memilih untuk menjadi pemandu Grab car. Sejurus gambarnya viral di media sosial selepas seorang penumpang menyedari statusnya sebagai artis , ramai wartawan menghubunginya untuk mengetahui perkembagan terbaru.

Jelas Hairie, dia akui rindu untuk kembali berlakon namun masih tiada rezeki disitu.

“ Saya pernah mengubungi pengarah drama yang saya kenal untuk mengambil saya berlakon tetapi nama saya pernah ditolak 3 kali”

“ Saya harus melakukan apa-apa pekerjaan sekalipun asalkan ia halal”

Hairie jelas sedih dengan nasib yang menimpanya namun terpaksa kuatkan diri untuk menanggung isteri dan 3 orang anaknya agar tidak hidup melarat.

Bawa no3 jalan2 nek mutu.. Singgah KLCC..

A post shared by hairie othman (@hairie_othman) on

Hadraji, Maulana Maulana cai karo afta jummaat..

A post shared by hairie othman (@hairie_othman) on

Sumber : Mike Manicka

Artikel berkaitan

Hairie Othman belajar ilmu agama sampai ke India

KUALA LUMPUR: Lima tahun tidak aktif berlakon, Hairie Othman, 45, menggunakan tempoh berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Malah, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik.

“Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha.

“Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghukum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara.

“Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online baru-baru ini.

Ketika beliau cuba mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon.

Selepas mencuba pelbagai pekerjaan, jiwanya masih dekat dengan lakonan yang diceburi sejak hampir dua dekad. Waris terbitan Filmscape Sdn Bhd menjadi drama terakhir lakonannya yang menemui khalayak, iaitu menerusi TV3 pada Jun 2012.

“Saya memang ingin kembali berlakon dan semestinya saya berasakan kerinduan untuk berbuat demikian,” katanya yang kini bahagia dengan perkahwinan keduanya, yang sudah hampir lima tahun usianya.

Menerusi perkahwinan pertama, Hairie dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kami

Sumber : Moh Sembang

Hairie Othman bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya kira-kira seminggu lalu.

Hairie Othman bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya kira-kira seminggu lalu.

Hampir lima tahun menyepi dalam bidang seni, pelakon Hairie Othman mengakui dirinya dipergunakan semasa terlibat aktif dalam parti politik.

Hero filem Leftenan Adnan itu berkata, sebagai selebriti hiburan terkenal kata-katanya dijadikan umpan untuk menarik orang ramai hadir mendengar ceramah politik.

“Saya pula termakan umpan. Lama-lama saya baharu sedar politik tetap politik,” katanya dilapor Berita Harian.

“Jika kita tidak pandai selok-belok atau mengetahui sepak terajang dunia politik, kita takkan faham dan tidak mampu bertahan lama.”

Pemilik nama sebenar Khairi Othman berkata dirinya juga dijadikan ‘senjata’ parti politik untuk mempengaruhi masyarakat membuat keputusan.

“Kalau hendak dikata saya dipergunakan sesetengah pihak pun ada kebenarannya. Jika saya orang biasa, mungkin rasa dipergunakan tidak timbul kerana tiada sebarang kepentingan,” katanya.

Hairie menyertai PAS pada tahun 2012, banyak berkongsi pentas ceramah politik parti itu dan Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mahu aktif semula ke dunia lakonan, pengarah filem 2 Alam itu menjadikan pengalamannya dalam dunia politik sebagai pengajaran yang bernilai.

“Terpulanglah jika ada ingin mengatakan, apa yang terjadi sebagai salah langkah. Ia juga dianggap pengalaman dan pengajaran berharga.

“Selama ini, saya tidak memasuki dunia politik, saya hanya memandang dari luar. Apabila masuk ke dalamnya, saya nampak gambaran sebenar,” katanya

kredit : https://sukansentral.com