Inilah 5 Ikon Fesyen Hijabi Malaysia Yang Paling Cantik Berturban, Gaya Siapa Paling Win?

Fesyen turban senantiasa menjadi topik sensasi untuk diperdebatkan. Meskipun lilitannya yang menampakkan susuk sanggul dan mendedahkan leher bercanggah dengan gaya Muslimah, namun ia selalu menjadi stail hijab pilihan di kalangan ikon fesyen.

Lebih versatil, urban, moden, muda dan stailo… Mungkin inilah kelebihan turban di pentas fesyen. Gaya yang tepat bukan saja sesuai untuk ke acara kasual, malah untuk ke majlis-majlis rasmi atau red carpet bertaraf antarabangsa.

Nona mengintai gaya 5 ikon fesyen ini yang sinonim dengan turban. Rasa rasa anda, gaya turban siapa yang paling cantik?

(1) Neelofa

 

Sering tampil bergaya kemana sahaja acara yang dihadiri, Neelofa antara seorang ikon fesyen yang menjadi perhatian media. Mempunyai wajah yang cantik serta tubuh badan yang genit, peminat sentiasa menantikan style terbaru yang digayakan Neelofa. Namun, sudah menjadi lumrah seorang selebriti tidak boleh lari daripada kecaman. Ada yang mendakwa gaya Neelofa tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai Hajah. Bertudung singkat dan berpakaian ketat antara kecaman yang sering diterimanya.

Aktres juga usahawan berjaya ini juga berani bereksperimen dalam gayanya. Tidak kiralah untuk pakaian seharian atau tujuan penggambaran, bermacam fesyen dipakai oleh Lofa, sekali pandang, macam tak kenal langsung! Menerusi perkongsian sebuah portal, ini 5 style trendy Neelofa yang mengalahkan model antarabangsa! Letop!

Gaya high fashion untuk portal fesyen

Neelofa muncul dalam satu portal fesyen dan gaya hidup, Stail.my, semalam. Apa yang membuatkan ramai teruja adalah gaya yang dikenakan pelakon cantik ini dalam sesi penggambaran. Sangat lain dari yang lain. Lofa kelihatan sangat berbeza berbanding sebelum ini. Style habis!

Kongsi ciri lelaki idaman

Dalam artikel bertajuk The Smart & Sweet: Neelofa Tentang Cinta, Lelaki Idaman dan Kecantikan itu, dia berkongsi dengan pembaca mengenai produk kecantikan kegemarannya serta yang paling penting lelaki idaman.

Antaranya dia mengimpikan lelaki yang suka membaca, ringan tulang dan bertanggungjawab untuk hadir dalam hidupnya.

Macam cover majalah Vogue!

Sweater jadi turban pun cantik!

Paling mencuri perhatian adalah salah satu gambar Lofa mengenakan turban berwarna merah jambu yang rupanya sehelai sweater! Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik kan? Pujian harus diberikan kepada wanita ini yang berani mencuba sesuatu yang baru.

Mana tahu lepas ini Naelofar Hijab akan keluarkan hijab yang boleh jadi sweater kan? Jimat, 2 dalam 1 lagi! -http://ceriteradunia.org

(2) Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim

Azrinaz Mazhar Hakim (lahir 23 September 1979) merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, dengan gelaran ketika itu, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Beliau merupakan bekas wartawan TV3.

Sudah Berhijab

Agak lama juga Azrinaz atau lebih mesra disapa sebagai Naz menghilangkan diri. Kini, beliau sudah kembali dengan penampilan terkininya yang sudah berhijab. Lihat saja gambar – gambarnya yang terkini, kelihatan begitu bergaya dan juga elegan.

(3) Ziana Zain

Maintain cun, bergetah dan vogue gitu. Jangan terkejut pulak kalau lepas nie pergi lepak kat KLCC, awek-awek kat sana pakai turban. Itu semua gara-gara penangan Kak Ziana Zain kita nie la.

Lagi gambar Ziana Zain memakai turban dengan membaca artikel ini sepenuhnya. – https://beautifulnara.com

(4) Rozita Che Wan

Kalau dah namanya Rozita Che Wan, pasti akan mencuri tumpuan para jurugambar di mana-mana majlis yang dihadirinya. Rozita Che Wan tampil dengan imej berturban. Memang gorgeous sangat!!! – https://beautifulnara.com

(5) Yuna

Gaya tudung semakin banyak ada digayakan diluar sana. Terbaru artis terkenal Malaysia yang simbolik dengan fesyen tudungnya telah menghasilkan video cara pemakaian tudung gaya beliau sendiri. Yuna Zarai artis yang tidak asing lagi yang dimaksudkan. Selendang hasil produk beliau sendiri mampu membuatkan fesyen turban ini semakin digemari ramai. –

Home

Tip!

Tak semua wanita sesuai berturban. Terutama sekali mereka yang berwajah bulat akan nampak lebih bulat. Turban seharusnya menampakkan ruang dahi sedikit bagi menyerlahkan sisi wajah yang lebih tirus.

sumber :

5 Ikon Fesyen Hijabi Malaysia Yang Cantik Berturban, Gaya Siapa Paling Win?