Sanggup pendam tahan derita Walau Sakit Semakin Parah, Inilah Wajah Terkini Zamani Slam!!

PENYANYI Zamani Ibrahim mengakui masalah sakit tulang belakang bengkok yang dihidapinya semakin serius dan memerlukan rawatan rapi namun memilih untuk merahsiakannya kepada peminat.

Zamani, 47, yang juga penyanyi kumpulan Slam berkata, dia tidak mahu terlalu bercerita kepada peminat kerana tidak mahu mereka bimbangkan keadaannya.

“Saya sudah lama menderita penyakit ini tetapi saya lawan dengan makan ubat tahan sakit dibekalkan oleh doktor. Sakit ini semakin teruk dan sudah membawa ke perut.

“Saya pula lebih senang pendamkan sendiri daripada berkongsi dengan semua orang. Sepatutnya saya kena menjalani pembedahan tetapi saya enggan kerana faktor umur akan buat kesannya lebih teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Berbalik kepada masalah penagihan dadah yang pernah membelenggunya, Zamani berkata, dia masih merujuk perkara berkaitan masalah ini kepada Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

“Saya tidak boleh halang masyarakat buat tanggapan begini. Benda ini saya tidak berani nak cakap sudah habis kerana rawatan perlu dibuat secara berterusan sehingga akhir hayat.

“Ia boleh berulang kepada sesiapa saja. Saya memang tidak berani berkata saya sudah sihat sepenuhnya,” katanya yang pernah menerima rawatan penagihan dadah di Pengasih pada 2015.

Gambar Terkini

Orang2 Masjid Tanah mmg sporting habis… #zamanislam #zamanislam_official

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official) on

 

Zamani hebat beraksi solo

Jika selama ini selesa mendendangkan lagu bersama kumpulan Slam, Zamani membuktikan dia boleh keluar dari tempurung apabila menyampaikan pelbagai lagu pada acara Live Showcase Zamani Slam sempena sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Satu kelainan bagi pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim ini apabila menyampaikan lagu di luar lingkungan zon selesanya, selain karya popular bersama Slam.

Hampir 500 peminat yang hadir ke persembahan eksklusif anjuran D’Saji KL Titiwangsa dan BEST FB KL serta turut mendapat kerjasama Indera Entertainment ini menyambut baik apa yang dilakukan.

Biarpun ada segelintir peminat mahukan dia menyanyikan lagu Slam sepenuhnya, Zamani berkata, perubahan ini perlu dibuat bagi membezakan persembahan solonya dan ketika bersama kumpulan itu.

“Saya puas hati dengan apa yang ditampilkan dalam persembahan ini. Ini persembahan solo dan saya kenalah pelbagaikan antara lagu Slam dan lagu artis lain.

“Tak dinafikan ada peminat bertanya kenapa saya banyak menyanyikan lagu artis lain, tetapi mereka kena faham konsep persembahan ini.

“Insya-Allah sekiranya ada peluang buat persembahan solo lagi selepas ini, saya akan pastikan menyanyikan lagu sendiri sahaja agar peminat puas hati,” katanya.

ZAMANI bersama Ameng dan Amir menyampaikan lagu Isabella. FOTO Mahzir Mat Isa

Zamani, 46, yang memikat pendengar menerusi pelbagai lagu seperti Tak Mungkin Berpaling dan Gerimis Mengundang berkata, dia jarang menyanyikan lagu artis lain dan apa yang dilakukan ini adalah percubaan beraninya agar persembahan nampak segar.

“Saya pilih lagu yang biasa didengar dan sebuah lagu Inggeris. Alhamdulillah nampaknya peminat terima dan boleh layan.

“Paling saya bersyukur ialah kehadiran peminat yang agak ramai. Mulanya saya risau kerana sambutan yang diberikan sangat perlahan sehinggakan saya sendiri terpaksa turun padang jual tiket.

“Apabila nampak peminat memenuhi lokasi sebelum persembahan bermula, saya amat bersyukur dan terus bersemangat untuk naik ke atas pentas,” katanya.

Zamani juga gembira kerana masih ada peminat generasi era Slam dan generasi kini yang hadir menyaksikan persembahannya.

“Mereka tunggak kekuatan saya. Dalam pada itu, saya sebenarnya mempertaruhkan nasib kerana hasil kutipan acara ini dibahagikan sama rata dengan penganjur.

“Ini pertama kali saya buat kerana biasanya hanya ambil bayaran sahaja. Kejayaan ini membawa banyak maksud terutama sokongan peminat, ahli Zamani Fans Club dan penganjur yang bekerja keras.

“Selepas ini saya mahu buat lagi program sebegini yang santai dan intim apabila sambil berhibur peminat boleh menikmati sajian yang disediakan,” katanya.

Dalam persembahan membabitkan dua segmen ini, Zamani menyampaikan 19 lagu antaranya Kembali Merindu, Mentari Muncul Lagi, Syair Si Pari-Pari, Kau Pergi Jua (Adam Ahmad), Tak Mungkin Berpaling, Sedang Ingin Bercinta (Dewa), Better Man (Robbie Williams),

Cinta Kristal (Rahim Maarof), Hati Emas dan Jika Kau Rasa Getarnya.

Tidak ketinggalan, dia secara spontan mengajak Ameng dan Amir Ukays yang hadir memberikan sokongan naik ke pentas menyanyikan lagu Isabella.

BERDUET dengan penyanyi latarnya menerusi lagu Tak Mungkin Berpaling. FOTO Mahzir Mat Isa

Bahkan Zamani turut menjemput Sharifah Zarina menyanyikan lagu Gerimis Mengundang secara duet.

Tidak nampak tanda-tanda dia kepenatan atau suaranya ‘koyak’ ketika persembahan, sekali gus membuktikan Zamani penyanyi yang hebat.

Selain Ameng, Amir Ukays dan Sharifah Zarina, persembahan ini turut ditonton pengacara Maria Tunku Sabri, penyanyi Siti Saerah serta Thalia Mentor.

Rindukan Slam

Meskipun nampak selesa beraksi solo, Zamani tetap merindui kumpulan Slam. Dia memberikan bayangan akan kembali beraksi dengan Slam pada tahun depan.

“Minggu lalu, saya terbabit menjayakan Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun di Panggung Anniversari.

“Persembahan saya mendapat perhatian daripada orang atasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan tempat itu dan dia menawarkan Slam beraksi di situ.

“Perbincangan sudah berlangsung dan boleh dikatakan sangat positif. Insya-Allah saya akan menyampaikan berita ini kepada anggota Slam dan sekiranya mereka okey, kami akan cari tarikh sesuai, mungkin pertengahan tahun depan,” katanya.

Tanpa berselindung, Zamani berterima kasih kepada Slam kerana terus melamarnya menjayakan Konsert Kurnia Slam di Kuala Lumpur dan Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin di Johor sebaik dia selesai menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) pada tahun lalu.

“Ketika di Pengasih saya pernah beritahu tak yakin untuk tampil menyanyi solo. Apabila terbabit dengan konsert Slam, saya semakin yakin bertemu peminat.

“Kemudian, saya bergabung dengan Datuk Jamal dalam Konsert 3 Suara di Istana Budaya dan daripada situlah keberani saya bertambah,” katanya.

sumber :https://www.hmetro.com.my